Friday, March 4, 2011

SHORT EYES: Zahiril Adzim sebagai Clarke Davis


Selain berlakon, Zahiril Adzim juga banyak menulis puisi, skrip dan bermain alat muzik. Beliau juga pernah mengarah teater.

Sejak selesai pengajian dalam seni lakon, beliau sudah berlakon berpuluh-puluh siri tv dan telemovie. Pencapaiannya di dalam bidang lakonan ialah apabila dipilih sebagai penerima anugerah Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia ke 22 melalui filem KAMI. Filem KARAOKE lakonan beliau pula pernah dihantar ke Festival Filem Cannes, Perancis, untuk dicalonkan Camera d'Or (Golden Camera). Beliau juga pernah dicalonkan untuk Anugerah Bakat Muda Selangor 2010.

Zahiril Adzim juga pernah tercalon sebagai 'Most Promising Artist' - Boh Cameronian Awards, KLUE Blue Chili Awards dan juga Best On Screen Chemistry - 8TV Shout Awards bagi filem KAMI The Movie.

Selain itu, beliau luangkan masa lapangnya dengan menulis rencana yang suatu waktu dahulu pernah diterbitkan di dalam thenuttgraph.

Keterangan lanjut mengenai SHORT EYES.

Thursday, March 3, 2011

SHORT EYES: Faisal Mustaffa sebagai Capt Allard dan juga Penerbit Eksekutif

FAISAL MUSTAFFA (40 tahun) merupakan pemegang amanah Rumah Anak Teater (RAT Production). Pelakon filem-filem pendek, penulis skrip, mengarah filem dokumentari, penulis lirik, penulis rencana. Beliau bertanggungjawab menguruskan semua projek di bawah Rumah Anak Teater termasuk filem dan kelas lakonan. Sering menjalani aktiviti skuba di masa kesempatan. Beliau sering menjadi mangsa dan diambil kesempatan oleh pihak yang konon hebat dalam pelbagai bidang.

Keterangan lanjut mengenai SHORT EYES.

Tuesday, March 1, 2011

SHORT EYES: Taiyuddin Bakar sebagai Longshoe Charlie Murphy


SALLEHUDDIN ABU BAKAR @ Taiyuddin Bakar (26) seorang artis independen yang terlibat dalam banyak aktiviti seni termasuk filem, teater, siri tv dan filem pendek.

Terlibat sejak 2002, Taiyuddin sudah berlakon sebanyak 28 teater, 5 filem dan 25 siri tv dan filem pendek. Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam menyumbang suara dalam beberapa suara latar dalam kempen dan pengiklanan.

Antara teater yang pernah dilakonkan oleh Tai ialah Tun Abdul Razak The Musical (2008), Jebat Menderhaka (2007), Mak Yong (2004) dan Perempuan Seorang Lt Inggeris (2002). Selain Legasi di dalam Teater Kompilasi vol 2, pada tahun 2009 juga terlibat dalam teater Gelanggang dan Sirah Junjungan Tahajud Cinta.

Melalui filem, beliau pernah berlakon di dalam filem Libas (2009), Lu Pikirlah Sendiri de Movie (2008), Punggok Rindukan Bulan (2008), 1957 Hati Malaya (2007) dan Mokhsin (2006).

Tai terlibat dalam lakonan siri tv sejak 2003. Antaranya ialah Sayangnya Khalid (2003), Daerah Permai (2004), Anjakan (2005), Selamat Hari jadi Abah (2006), Anak Pontianak (2007), Misteri Penarik Becha (2008) dan Aca da Atuk (2009).

Taiyuddin yang juga seorang pengarah tujuh (7) pementasan teater pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik dalam Festival Teater Kuala Lumpur (2005) melalui pementasan Anak Bulan di Kg Wa’ Hassan. Beliau juga pernah dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di BOH Cameronian Awards.

Keterangan lanjut mengenai SHORT EYES.