Monday, August 22, 2011

Teater SeNaPas Temui Anda Di Syawal Ini


Rumah Anak Teater (RAT) yang seringkali mempersembahkan pementasan-pementasan kritis sejak penubuhannya empat tahun yang lalu, mereka berhibernasi untuk seketika bagi menghormati bulan Ramadhan.

Namun, sebaik sahaja Syawal tiba, mereka akan beraksi lagi melalui pementasan teater SeNaPas.

Ini bermakna di dalam bulan puasa ini, masa RAT akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti berkarya melalui penulisan skrip.

Latihan ringan dua kali seminggu bagi SeNaPas ini sudah pun bermula dua bulan yang lalu dan latihan intensif akan dijalankan bermula hrai raya kelima.

Tulisan selanjutnya di sini.

Saturday, August 20, 2011

Trailer SeNaPas





Dilakonkan oleh Aznah Mohamed Ramli dan Hasbullah Boolat.


Keterangan lanjut pementasan di sini.

Saturday, August 6, 2011

Pelakon Teater SeNaPas - Aznah Mohamed Ramli


Aznah Binti Mohamed Ramli Anak jati Negeri Perak ini merupakan seorang anak muda yang berjiwa besar dalam industry seni teater. Beliau menyandang gelaran graduan diploma teater Aswara dalam pengkhususan lakonan. Sepanjang pengajian di Aswara, Aznah telah melibatkan diri dalam pelbagai bidang kerja seperti krew pentas untuk The Crusible dan The Castle, Bahagian Mekap untuk Bangsawan Raden Galoh dan West Side Story dan lain-lain. Antara pementasan teater yang mendapat sentuhan lakonan dari beliau adalah Opera Primadona, Teater Eksperimental Kapital Mall, Teater Klasik Lysistrata, Teater Kanak-kanak Bila Zoo di tutup dan lain-lain. Di samping itu, beliau juga pernah terlibat sebagai pelakon extra dalam drama Pria terbitan Astro dan Kl Menjerit.

Keterangan lanjut mengenai pementasan SeNaPas di sini.

Friday, August 5, 2011

Pelakon Teater SeNaPas


Hasbullah Solehin Bin Zamri atau lebih mesra dengan panggilan Bulat, merupakan salah seorang graduan Aswara jurusan diploma teater dalam pengkhususan lakonan. Anak muda berusia 26 tahun ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang teater. Antara penglibatan beliau adalah seperti ‘Muzikal Gamat’ arahan Zaifri Husin yang pernah di pentaskan di Aswara, Istana Budaya dan Taman Budaya, Perlis, sebagai Ikan Buntal. Selain daripada itu, beliau juga pernah berlakon dalam pelbagai genre teater seperti Teater kanak-kanak SRI AYU 2007, Teater Moden LAWYER DAHLAN, Teater Klasik MACTBETH, VERTIGO arahan Nam Ron, Teater Bangsawan Raden Galoh dan banyak lagi. Di samping itu, minat yang mendalam terhadap seni tidak membataskan penglibatanya hanya sebagai seorang pelakon tetapi juga Hasbullah merupakan salah seorang anggota perkusi dalam White Percusion.

Maklumat lanjut mengenai pementasan di sini.

Wednesday, August 3, 2011

Biodata Pengarah Teater ‘SeNaPaS’


Khairunazwan Rodzy merupakan salah seorang graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Teater dalam pengkhususan pengarahan dan bergiat aktif sebagai aktivis teater di sekitar Kuala Lumpur.

Beliau merupakan seorang pengarah muda yang sangat berbakat dan mendapat perhatian serta kepercayaan pelbagai pihak. Antaranya, ASWARA yang telah memberikan kepercayaan kepada beliau menjadi pengarah teater muzikal bertajuk ‘Muzikal Tun Abdul Razak’ (2008) yang telah di pentaskan di Panggung Eksperimental Aswara. Di samping itu, beliau juga mendapat kepercayaan tinggi dari pengarah filem popular terkenal iaitu Erma Fatima yang melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada teater arahan Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dalam pementasan ‘Teater Sirah Junjungan’, ‘Sirah Junjungan Tahajud Cinta’ Dan ‘Teater Natrah’.
Selain daripada itu, Khairunazwan Rodzy merupakan seorang pendidik yang berkaliber. Beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan realiti TV ‘Pilih KASIH 1 dan 2’ terbitan RTM. Beliau juga mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater. Antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘Pegawai Khalwat (ASWARA)’ , ‘Teater Eksperimental; Manusia Hina (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (ASWARA)’, ‘No Exit (ASWARA)’, ‘Romeo dan Juliet (ASWARA)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (ASWARA)’, ‘Waktu – Sebuah Eksperimen Merdeka (MTC)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (ASWARA. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASWARA)’, ‘Projek Koken – Pokok Kelapa Sayang (Stor DBP)’, ‘Projek Koken – Tanda – Ikan Paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (Stor DBP)' , ‘Pokok Kelapa Sayang (UM, SOLARIS, ASWARA)’, ‘Menyerahnya Seorang Perempuan (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi.

Baru-baru ini, beliau telah diberi kepercayaan oleh Istana Budaya untuk menjadi pengarah kepada pementasan ‘Teater Badai Semalam’ yang bakal dipentaskan pada bulan November 2011 di Panggung Sari Istana Budaya.

Maklumat lanjut mengenai pementasan ini di sini.

Monday, August 1, 2011

Pementasan Teater SeNaPas


Sinopsis

‘Sejarah Nasib Lepas’ (‘SeNaPas’), Razak merupakan anak muda yang dikatakan berpendirian matang yang hadir dari keluarga yang mengamalkan kehidupan yang bertitik tolak dari rasa cinta. Pertemuan Razak dengan Kamariah iaitu guru tuisyennya telah memutikkan sebuah rasa cinta diantara mereka akhirnya merubahkan kehidupan Razak kepada kehidupan yang benar-benar matang. Kamariah yang lebih usia daripada Razak telah berjanji untuk bersama Razak demi cinta mereka walaupun keluarga kedua-dua pihak membantah keras, mereka akhirnya telah bersekedudukan jauh daripada keluarga dan hidup sebagai sepasang suami Isteri yang sah. Maka bermulalah KISAH CINTA BERNAFAS HARAM. Setelah lama bersekedudukan, pada suatu hari Kamariah hamil dan mereka spakat untuk menggugurkan kandungan. Pelbagai kaedah telah dilakukan tetapi semuanya gagal. Suatu hari, saudara Kamariah berjumpa Kamariah dan mengetahui keadaan Kamariah lalu memberitahu keluarganya. Razak dan Kamariah teruk dibelasah oleh keluarga masing-masing. Akhirnya mereka bersetuju membenarkan pasangan ini bernikah sehingga tempoh berpantang tamat kemudian mereka dikehendaki berpisah dan anak itu diserahkan kepada pihak lain. Selepas melahirkan, Kamariah dan Razak seakan berat hati untuk menyerahkan anak mereka dan berharap agar kedua-dua orang tua mereka berubah hati dengan keputusan terdahulu apabila melihat anak mereka.

Keterangan lanjut mengenai pementasan di sini.