Saturday, January 30, 2016

Standup Comedy Melayu Diteruskan Bersama Komik Indonesia



Setelah berusaha memperkenalkan persembahan standup comedy berbahasa Melayu di Malaysia sejak Mei 2014, kumpulan Rumah Anak Teater teruskan dengan membawa komik-komik dari Negara seberang untuk merancakkan persembahan mereka.

Februari ini, seorang lagi komik independen yang lahir daripada program Standup Comedy Indonesia musim ke-4, Dzawin Nur Ikram (24 tahun) akan membuat persembahan dua hari di lokasi yang berbeza di Selangor.

Dzawin atau lebih dikenali di Indonesia dengan nama Dzawin Noor akan membuat persembahan di Lawak Studio IOI Boulevard Puchong pada Selasa 9 Februari 2016 melalui persembahan Lawak Berdiri dan pada Khamis 11 Februari 2016 di PJ Live Arts melalui slot Cerita Malam Jumaat.

Persembahan bulan Oktober 2015 lalu Rumah Anak Teater menampilkan Indra Jegel, komik muda dari Medan yang menjelajah dengan membuat persembahan di Johor Bahru melalui Tahun Melawak Johor yang kemudiannya dibatalkan atas arahan pihak penganjur. Namun, dua persembahan lain Indra di Selangor mendapat sambutan luar biasa daripada peminat-peminat komedi pentas di Lembah Kelang.

 Dzawin yang sudah berkecimpung dalam dunia standup comedy sejak 2011 sudah membuat persembahan di serata Indonesia sehinggalah bakatnya dicungkil di dalam program Standup Comedy Indonesia 2014 musim ke-4.  Selain menjadi komik sepenuh masa, Dzawin juga seorang penulis karya-karya yang bergenrekan komedi.

Dalam kedua-dua persembahan beliau nanti, Dzawin akan didokong oleh persembahan-persembahan daripada komik-komik di bawah anjuran Rumah Anak Teater.  Persembahan spontan improvisasi juga akan membuatkan penonton-penonton tidak kering gusi.

Selain Dzawin, tiga lagi komik akan turut membuat persembahan mereka di atas slot persembahan yang sama iaitu Mo Sidik (foto bawah) , Awwe dan Gilang Bhaskara. Selain daripada Mo Sidik, kedua mereka merupakan penampilan pertama di Malaysia sungguhpun sudah menjadi selebriti TV di Indonesia.



 Dalam temubual bersama pelopor standup comedy melayu di Malaysia, Faisal Mustaffa daripada Rumah Anak Teater, beliau mengakui lapangan standup comedy di Malaysia masih baru lagi sungguhpun sudah bertapak hampir dua tahun. “Kita masih ketinggalan jauh di belakang”, ujarnya.

Oleh yang demikian, Faisal yang secara konsistennya mementaskan “open mic night” di Lawak Studio Puchong setiap Jumaat masih optimis bahawa standup comedy akan melalui eranya nanti. Apa yang lebih mustahak ialah bagi persembahan seperti standup comedy diteruskan.

Melihat kepada sambutan setakat ini, Faisal percaya standup comedy mempunyai masa hadapan yang cerah di Malaysia.

Namun, Faisal berkata, kita masih kekurangan komik sungguhpun ramai yang berminat menjadi pelawak dalam sketsa-sketsa komedi. “Bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang standup comedy ini boleh terus hubungi kami”, katanya mengakhiri perbualan.

 Bagi mereka yang ingin menonton kedua-dua persembahan komik dari Indonesia ini, mereka boleh menghubungi Faisal Mustaffa di talian 0122290944.

Sunday, January 3, 2016

YELLOW MANIA 8 JANUARI 2016, 830pm


Persembahan #lawakberdiri (sebut #standupcomedy) pada 8 Januari 2016 akan dibarisi oleh komik-komik tempatan dan seorang dari Indonesia.

Tarikh: 8 Januari 2016 (Jumaat)
Masa: 830pm
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.

Komik yang akan membuat persembahan:
1. Syahid
2. DibJualKata
3. Harekeshwaran
4. Sim Tong
5. Hishamuddi Rais
6. Newendi (Indonesia)

5.

Tiket masuk: derma minima RM10

Maklumat lanjut.


Saturday, January 2, 2016

LAWAK BERDIRI 5 Januari 2016


Kami mulakan tirai 2016 dengan persembahan #lawakberdiri (sebut #standupcomedy) pada 5 Januri 2016.

Persembahan sulung 2016 ini menampilkan seorang komik dari Indonesia, Newendi.

Newendi atau nama sebenarnya Wendi Septian yang berasal dari Lampung, Indonesia. Mula bergiat aktif dalam standup comedy sejak 2011. Berkelulusan sarjana muda dalam undang-undang, beliau memilih standup comedy sebagai kariernya.

Muncul di kebanyakan rancangan standupcomedy di stesyen TV Indonesia, ini merupakan persembahan pertama beliau di Malaysia.

Tarikh: 5 Januari 2016 (Selasa)
Masa: 9pm
Tempat: Lawak Studio Cafe & Bistro, BV220-F1, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya.
Waze: lawakstudiocafe
GPS: 3.045296, 101.622400

Komik lain yang turut membuat persembahan:

1. Shashic
2. Aloy
3. Mad Sabah
4. Bob Tungau
5. JD Raja Lawak.

Tiket masuk ialah RM15 dan hanya untuk penonton matang.

Sebarang pertanyaan whatsapp 0122290944. 
Maklumat lanjut