Thursday, April 28, 2011

NEXT: Slasher Horror Movie


Tidak tahu berapa banyak lagi filem seram akan dikeluarkan pada tahun ini. Lepas satu, persatu – semacam mengambil giliran. Bermula 28 April ini, filem SERU pula akan menyerang panggung. Kelainannya ialah genre filem yang kali ini berbentuk Slasher Horror Movie.

Rencana selanjutnya di sini.

Thursday, April 14, 2011

Filem SENJAKALA: Adakah Anda Mempunyai Saka?


Mutakhir ini filem-filem bergenre seram menjadi pilihan pembikin-pembikin filem. Minggu ini satu lagi filem seram akan menyerang panggung wayang. SENJAKALA satu lagi filem tempatan yang memeriahkan filem-filem hantu di Negara ini. Nampaknya, itulah strategi yang diambil oleh pengeluar-pengeluar filem, takut untuk mengambil risiko dan menganggap inilah genre menjadi kegemaran penonton-penonton wayang melayu.

Baca rencana selanjutnya di sini.

Wednesday, April 13, 2011

Pada Sebuah Ketentuan - Buku Baru Ayam Fared




Prakata oleh Amaluddin Zhafir

Tajuk: Melalonibaquloikeh

Sebelum menulis, Babi ini sedang menunggu lebih sejam di depan
sebuah klinik, sambil makan durian bersama seorang pesakit.

Waktu hujan tengah merendang, di Sentul, Babi ini mula menulis.

Dalam menulis super pantat, sebagai salah satu “suara anak muda,”
(merujuk kepada apa Ayam gelarkan kepada Babi ini tak lama dulu)
adalah perkara yang sangat-sangat mudah:

telan sebelum mula.
bila letih, itulah penghujungnya.
dan bila disiar,
berat-berat malu ini
akan berciciran sepanjang jalan,
sampai mampus.

Mereben tamat di sini; sesi meracau, bermula.

Persoalan: Siapa Ayam Fared? Sebab apa dia menulis? - benda ni, hampa
boleh google sendiri.

Alasan-alasan klise tentang “sebab apa menulis,” dah macam orang
politik/aktivis - bosan, merendang, berkickkan kenaifan, dan syok
sendiri.

Ayam Fared pernah cakap dekat aku dulu bila ditanya, macam mana dia
boleh cool bila berhadapan dengan sekumpulan polis agresif. Katanya, dia
boleh cool sebab satu benda: Puisi. Puisi weh! Ah, betapa suci murninya
kegelapan Ayam Fared. Nak menangis, tapi ego ni menggagapkan pula.

Aku tangkap yang dia menulis puisi untuk meluahkan kemarahan dia.
Kalau tak percaya, hang pi tanya brader-brader ultra cool kat Frinjan
dll., macam mana Ayam perform. Atau semak kat youtube lah senang.
Revolusi semua di youtube.

Tapi, selepas dia buang kemarahan dia, apa dia rasa lagi? Aku tak tau,
aku tak nampak dan sememangnya aku buta dengan kehijauan sintetik.

Bagaimanapun, kepedulian kita-kita, yang kemaruk membaca puisi,
bukan pada personaliti Ayam, atau t-shirt Pagoda dia pakai tu ori ka tak.

Kepedulian kita, sebagai makhluk rasional tak percaya hantu, sepatutnya
diletakkan pada ‘suara’ dia, pada puisi dia.

Apa puisi dia tulis ni?

Hah, ini kes berat. Nak menggunakan suntikan pseudo-intelektual, dan
mengeluarkan perkataan-perkataan, sangat-sangat menyesakkan aku. -
aku bukan dalam arena itu.

Lintas katok bila berxanax, lari bila ada masalah.

Tapi, tunggu dulu, godam dulu dan tapis berlapis puisi-prosa-cakar dari
makhluk ini. Cakar-cakar ‘curi’ dari Ayam Fared ini, pelik luarannya,
normal dalamnya. Niatnya, niat murni. Hatinya, adalah inner longing
kita semua - nak kick 24 jam.

Dan dunia sedang menunggu setiap kegilaan supaya menjadi pahala.
Puisi adalah malapetaka meteoroid dari dunia intergalaktik prosa
pujangga ini yang wanginya membuatkan mata-mata angkuh tertunduk
terkejut melihat kaki sendiri (sebab kebodohan, graviti dilupakan).

Tetapi dalam lingkungan penyair-penyair ini - tiada sempadan.

Dan setiap keping hati, mata, telinga dan segala bana daging-daging/
jiwa-jiwa yang terdesak melawan kebodohan, ketidakfahaman
perkataan, buat-buat angguk tanda setuju faham, akan mampus -
seperti pengulangan sejarah, seperti CD calar yang dah dimain berulang
kali. Tempat mereka dalam sejarah, ada dalam perut ulat-ulat di kubur.
Tarak guna sesen pun.

Mampus, mampus dan mampus, bila para manusia gila, para ahli falsafah
jalanan, para penyair lorong, para pelacur muda, para aktor dadah,
banduan-banduan sunyi-berisi, dan para si celaka tak rindu mak bapa
di kampung, bangun sebagai SATU malapetaka dan berkongsi sejuta cita
dan rasa sebagai seekor, seekor, seekor, seekor AYAM.

Ini, mukasurat seterusnya ialah mengenai Ayam Fared. Ayam Fared,
yang sekarang ini ditertawa berdekah-dekah oleh malaikat/setan, untuk
sebuah ketentuan.

Zhafir,
Aficionado logi nuklear.


Tajuk Buku : Pada Sebuah Ketentuan -puisi dan catatan Ayam Fared
Penerbit & Penyunting : Faisal Mustaffa
Rekabentuk Kulit : Farhan Azahan
Blurbs : Wahyudi MY & Dewa binfilem
Harga : RM20

Boleh mula didapati bermula 22 april 2011 ini di Kuala Lumpur International Book Festival) di booth Gerakbudaya, atau beli terus secara online dari Ayam Fared atau Faisal Mustaffa.

Thursday, April 7, 2011

Teater Madu II: Nasi Kangkang Bermadu




Selepas menyaksikan teater Madu II arahan U-En Ng lakonan dua adik beradik; ElzaIrdalynna dan Inessa Irdayanty, persoalan yang ingin ditanya di sini sama ada madu itu benar-benar manis?

Di dalam era globalisasi, terdedah atas pergaulan bebas – di tempat kerja, aktiviti sosial, ditambah lagi dengan tekanan hidup, adakah lelaki itu akan menurut sunnah dan ajaran al-Quran di dalam bersikap adil selepas membuat keputusan untuk berkahwin dua (atau tiga, atau empat)?

Ulasan penuhnya di sini.

Maklumat mengenai pementasannya di sini.

Wednesday, April 6, 2011

PINTU TERLARANG: Penapisan dan CCTV

Filem PINTU TERLARANG berkisarkan mengenai seorang pengukir patung bernama Gambir yang hidupnya dikawal oleh isteri dan ibunya. Gambir yagn semakin hari semakin terkenal dengan ukiran-ukirannya menyertai sebuah kelab yang khusus memberi anggotanya peluang untuk menyaksikan rakaman dan siaran langsung dari kamera cctv yang dipacak di merata tempat. Antara rakaman-rakaman yang menjadi pilihan kelab yang dipanggil HEROSASE itu ialah hubungan seksual seorang lelaki berumur dengan kanak-kanak, klip seorang wanita yang secara sengaja menjahit bajunya sambil mencucuk jarum menerusi jarinya sendiri. Rakaman yang mendapat perhatian Gambir ialah berkenaan dengan seorang kanak-kanak lelaki yang didera ibu bapanya.

Baca ulasannya di sini.

Sunday, April 3, 2011

Bengkel Teater untuk Kanak-kanak

Rumah Anak Teater bersama Jarilima Production akan mengadakan bengkel asas lakonan teater.

Bengkel sedemikian penting di dalam memupuk keyakinan diri dan menyediakan latihan vokal dari peringkat umur awal lagi.

Kelas akan bermula dari 9 April 2011 (Sabtu) dan bengkel ini berterusan sehingga dua bulan, berakhir pada penghujung Mei 2011.

Peserta-peserta kursus berpeluang untuk mengadakan persembahan di akhir bengkel ini nanti.

Yuran: RM150 (sebulan)

Tempat: Linda Jasmine Performing Arts Studio, 23C, Tkt 3, Wisma Ampang, Triangle 2, off Jalan Ampang, 68000 Ampang, Selangor (bersebelahan Ampang Point / atas CIMB).

Tenaga pengajar:

Penasihat: Nam Ron

Guru asas lakonan: Siti Noor Hafizah

Guru asas vokal: Najwa P.Ramlee

Pengarahan teater: Taiyuddin Bakar

Peserta-peserta juga akan diberikan sijil penghargaan di akhir bengkel.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 0123041242 / 0176393915