Monday, December 29, 2014

IMRPOVINDO LIVE IN MALAYSIA 19-20 April 2015



Indonesian very own “Who’s Line Is It Anyway”, IMPROVINDO features 5 wellknown comedians.

Adalah grup Komedi Improvisasi profesional pertama di Indonesia.

Jenis komedi group yang menampilkan komedi impromtu,
spontan dan interaktif berdasarkan keinginan penonton

"ini komedi masa depan Indonesia!” - Rahmat Gobel

"Gaya komedi yg sangat menghibur dan cerdas!”
- Martha Tilaar

"Wonderful funny guys with big hearts”
- Red Nose Foundation

“Ini lawakan gila! Luar Biasa!”
- Indro Warkop


Featuring:
Mo Sidik
Randhika Jamil
Isman HS
MC Danny Lim
Reno Fenady

Host: JD Raja Lawak

Dates:
19 April 2015, 3pm
19 & 20 April 2015, 830pm

Tickets:
RM35, RM50
Buy 5 get 1 free.

How to get your tickets:
017-2BUY-TIX (017-2289-849)
www.tix.my

Venue:
PJ Live Arts address should read as follows:
Level 1 The Square @ Jaya One
72A Jalan Universiti
46200 Petaling Jaya
GPS: 3.1183119. 101.636152

More information

KOMEDI BA-HAHA-SA EP. #05 - 5 JANUARI 2015



Projek ini adalah gabungan Rumah Anak Teater bersama The Crackhouse Comedy Club KL di Taman Tun Dr Ismail dalam satu persembahan lawak berdiri (sebut stand-up comedy) bukan Bahasa Inggeris.

Kami akan tampilkan stand-up comic terkemuka dari Jakarta, DWIKA PUTRA.

Tarikhh: 5 Disember 2014 (Isnin)
Masa: 9-11pm
Tempat: Tkt 1, No 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Dapatkan peta anda di sini.

Antara komik yang akan membuat persembahan dalam projek penggabungan ini ialah:

1. Botak
2. Teruna Wangi
3. JD Raja Lawak
4. Rayza Mukmin
5 Cemkar Singh


UNTUK PERHATIAN: Persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan matang.

Tiket untuk masuk menonton persembahan ini ialah RM15.

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi 017-624 3412.

Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk ke POZIBLE.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.

Maklumat lanjut di sini.

Sekiranya anda mahu melihat perkembangan aktiviti lawak berdiri di Malaysia, sila rujuk ke pautan ini.

Saturday, December 27, 2014

CERITA MALAM JUMAAT MUSIM KE-3 (8 JANUARI 2015)


Cerita Malam Jumaat kini kembali dengan musim yang baru. Kali ini kami tampilkan stand up komik terus dari Indonesia iaitu Dwika Putra. persembahan kali ini mungkin persembahan kali terakhir untuk Hishamuddin Rais kerana tanggal 8 Januari adalah tarikh beliau dijatuhkan hukuman.

Tarikh : 08 Januari 2015 (Khamis)
Masa : 9:00 mlm - 11:00 mlm
Tempat : Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Dapatkan peta disini : PJ LIVE ARTS

1. Dwika Putra
2. Hishamuddin Rais
3. Rayza MukMin
4. Botak Alhakeem
5. JD Raja Lawak
6. KC Teruna Wangi

Hos anda pada malam nanti ialah seorang pelawak iaitu KC Teruna Wangi.

UNTUK PERHATIAN : persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan juga matang,

Tiket untuk masuk menonton ialah  RM15 shj.

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi  017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.

Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk ke POZIBLE.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.


Wednesday, December 17, 2014

LAWAK BERDIRI MUSIM CUTI 18 Disember 2014



EDISI MUSIM CUTI

Menjelang hujung tahun, ramai antar kita yang mahu menghabiskan cuti tahunan mereka. Ada yang nak kahwin (ataupun berzina), ada nak menyambut Natal (sebut Krismas), ada yang ingin membeli-belah membuat persiapan untuk anak-anak ke sekolah.

Bagi mereka yang tidak mempunyai perancangan apa-apa (sebut loser), jemputlah menonton lawak berdiri CERITA MALAM JUMAAT. Kali ini kita paparkan dua komik berbangsa bukan Melayu. Yang lainnya tak pasti tahap kemelayuan mereka. Ini merupakan persembahan terakhir bagi musim kedua CERITA MALAM JUMAAT dan terakhir untuk 2014.

Tarikh: 18 Disember 2014 (Khamis)
Masa: 9-11pm
Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Dapatkan peta anda di sini.

Antara komik yang akan membuat persembahan nanti ialah:

1. Botak
2. KC Teruna Wangi
3. Fadhil Jaffri
4. Sulaiman Azmil
5. Rayza Mukmin
6. Cemkar Singh
7. David Chen

UNTUK PERHATIAN: Persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan matang.

Tiket untuk masuk menonton persembahan ini ialah RM20.

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi  017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.

Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk ke POZIBLE.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.

Thursday, December 11, 2014

PELAKON (TEATER) SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA



BOTAK

BOTAK atau nama sebenarnya MUHAMMAD ALHAKEEM BIN HUSAIN merupakan seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (kepujian) Teater pengkhusus bidang Lakonan dan Pengarahan ini banyak melibatkan diri dalam komponen seni seperti lakonan, tarian, flashmob, persembahan mime, sinografi dan banyak lagi sejak menuntut di universiti sehingga kini. Botak juga banyak terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir untuk pementasan teater dan juga televisyen. Kini beliau sedang berkhidmat sebagai Jurulatih Kokurikulum Drama di Universiti Teknologi Mara kampus Puncak Perdana. Mula bergiat dalam persembahan seorang diri di atas pentas sejak menjadi pengacara dan banyak terlibat dalam gimik perasmian. “Komedi Berdiri” ini adalah antara persembahan seorang diri yang julung kali Botak lakukan. Garapan idea dari penelitian dan pandangan sekeliling banyak membantu dalam mancari satu tajuk bagi persembahan “Komedi Berdiri” untuk Cerita Malam Jumaat.

Keterangan lanjut mengenai pementasan.

Wednesday, December 10, 2014

Paparan dalam ahbar The Sun 11 Disember 2014

Keterangan lanjut pementasan.

TSHIRT 'SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA'

T-shirt eksklusif 'SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA' sudah boleh dibeli.

Baju ini boleh diperolehi dalam pelbagai saiz (XS, S, M, L, XL). Harga bagi tshirt ini ialah RM30 sahaja.

Bagi mereka yang ingin membeli secara online, anda boleh whatsapp ke 0122290944.

PELAKON (TEATER) SUPERPTUI! & TANSIT KALER MAGENTA



ROS

Nama sebenar Rosmi Fazreen Fazira Binti Othman berasal dari Pendang, Kedah merupakan pelajar IPTA dalam bidang seni persembahan. Sepanjang pengajian, beliau pernah memainkan watak utama di dalam pementasan Dendam Si Kakak Tiri yang menyertai  ‘ Short and Sweet Theatre 2014’ anjuran PenangPac ,Ensamble di dalam Pementasan Teater Muzikal Mencorak Destini anjuran Uitm pada Jun 2014 dan juga Pelakon di dalam Teater Raden Galo September 2013.

Ros merupakan penerima Anugerah Naib Chansellor UITM dalam Majlis Istiadat Konvokesyen ke 80, Diploma dalam Seni Lakon Teater dan dianugerahkan Pelakon Utama Wanita Terbaik, “ Short and Sweet Theatre” anjuran PenangPac.

Keterangan lanjut mengenai pementasan.

Tuesday, December 9, 2014

PENERBIT EKSEKUTIF (TEATER) SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA



Faisal Mustaffa

Faisal Mustaffa merupakan Pengarah Urusan kepada RAT Production. Memiliki Sarjana Perniagaan dan Pengurusan UKM (2001), beliau juga memiliki syarikat penerbitan sendiri, Merpati Jingga.

Di bawah RAT Production, beliau telah menerbitkan Teater Kompilasi vol 1 (2008), Teater Kompilasi II (2009), Teater Tanda Kompilasi III (2010), teater Pokok Kelapa Sayang (2010), teater Banduan Akhir di Sel AKhir (2011), teater kanak-kanak Kampung Semut + Tanda Kecil kompilasi IV (2011), teater Short Eyes (2011), teater SeNaPas (2011),  Aku Manusia Berdosa Kompilasi V (2012). teater Beng Hock (2012). Beliau telah dijemput untuk bekerjasama dengan Esplanade Singapura untuk mementaskan Beliau juga menerbitkan filem Jalan Pintas (2011) yang diarahkan oleh Nam Ron.

Faisal juga baru-baru ini menerbitkan sebuah filem pendek ‘Ragut’ (2014) yang memaparkan keadaan kemiskinan bandar yang menjurus kepada kenaikan kadar jenayah.

Keterangan lanjut mengenai pementasan.

PELAKON (TEATER) SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA



MUHAMMAD FANDI CHE HISHAM

Fandi Che Hisham lulusan Diploma Teater  Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA. Antara projek terawal beliau dengan menggalas tanggungjawab sebagai pelakon adalah Bangsawan Syakuntala, Presentasi Fizikal Metamorphosis, Mono Teater Asrar dan lain-lain. Kalung Oh! Kalung ini merupakan pengarahan kedua beliau selepas  Teater Asrar 2 dibawah pimpinan Jemaah Seni Suri Jawi.





Keterangan lanjut mengenai pementasan.

Monday, December 8, 2014

PENGARAH (TEATER) SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA

WAN AZLI WAN JUSOH

Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Wan Azli Wan Jusoh tetapi ramai yang pernah dengar filem Budak Kelantan yang menimbulkan fenomena pada 2008 kerana memaparkan jujur di layar perak.

Dalam arena teater pula Wan Azli yang mesra dengan panggilan Wae (sebut ‘where’) pernah mengarah teater yang kemudiannya dibawa ke filem oleh Nam Ron, Agi Ni Jadi Jjaha’ (2006), Supertui! Dan Transit Kaler Magenta (2006), Cikgu Mizi (2006) dan Asrar (2010) juga Asrar2 (2011).

Keterangan lanjut mengenai pementasan.

Teater SuperPTUI!: Ludahan kepada Sistem yang Berbeza-beza

Dari kiri: Ros (MasehDara.), Botak (Ptuih!) dan Fandi (Helium)

Komplikasi yang harus ditanggung oleh tiga beradik yang dibentukkan berbeza oleh suatu sistem yang dalam cerita ini disebut sebagai Bapak. Watak Helium Si Gas Nadir, Maseh Dara., dan Ptuih! mewakili watak masyarakat dunia yang telah terdidik sewajarnya sebagaimana kemahuan sistem tersebut.

Skrip yang membawa penonton berfikir amat kurang dalam persada teater negara dan membawa risiko yang besar dalam menarik minat pembeli-pembeli tiket namun Rumah Anak Teater mengambil cabaran tersebut atas kepercayaan kepada naskah “SuperPTUI! & Transit Kaler Magenta” karya Wan Azli Wan Jusoh.

“Cukup-cukuplah kita dibanjiri dengan skrip-skrip melankolik dan separa muzikal”, kata penerbit eksekutif Faisal Mustaffa.

“Penonton perlu bersedia untuk menerima pertunjukan yang membawa mereka berfikir dan berani mengkritik di akhir pementasan. Bukan terkesima dengan tarikan pementasan yang menonjol pelakon pujaan mereka di atas pentas mahupun persembahan separa muzikal”, tambah Faisal lagi.

Walaupun tidak memohon sebarang dana dan sengaja tidak memaparkan selebriti dalam projek teaternya, Faisal percaya teater sebegini harus diberi pendedahan. Faisal juga berkata penonton di luar Lembah Klang juga berhak untuk menonton teater-teater secara langsung.

SuperPTU! & Transit Kaler Magenta bakal dipentaskan di Panggung Pelanggang Cahaya, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada 12-14 Disember 2014 akan datang dan dibarisi pelakon-pelakon seperti Botak Alhakeem (Ptuih!), Rosmi Fazreen (MasehDara.) dan Fandi Che Hisham (Helium Si Gas Nadir). Ianya diarahkan oleh Wan Azli Wan Jusoh yang juga merupakan penulis kepada naskah tersebut.

Naskah yang sama juga telah dirancang untuk dipentaskan di PJLiveArts pada 5-7 Februari 2015 dan dalam perbincangan untuk mementaskannya di Jakarta.

Menurut Faisal, pementasan 5-7 Februari 2015 telah pun dipersetujui manakala pementasan di negara luar masih dalam peringkat perbincangan.

Naskah yang pernah dipentaskan pada 2006 dahulu menceritakan mengenai percubaan memecahkan Sindrom Stockholm yang membelenggu dan dibungkus dengan simbolisme. Teks ini cuba memberitahu bahawa mereka (kesemua kita) adalah mangsa. Superptui! & Transit Kaler Magenta adalah sebuah konsekuensi.

Skrip ini juga akan diterbitkan sebagai bahan bercetak melalui syarikat penerbitan buku independen Merpati Jingga yang sebelum ini pernah menerbitkan buku skrip Aku Manusia Berdosa karya Nur Ahmad dan Laut Lebih Indah Dari Bulan karya NamRon.





CERITA MALAM JUMAAT EDISI DECEMBER


EDISI BULAN DECEMBER

Tarikh: 11 DECEMBER 2014 (Khamis)
Masa: 9-11pm
Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor


Dapatkan peta anda di sini.

Antara komik yang akan membuat persembahan nanti ialah:

1. Isham Rais
2. Rayza MukMin
3. Haikal Idris
4. KC Teruna Wangi
5. Sulaiman Azmil
6. Fiona Reutens
7. Fadhil Jaffri
8. David Chen
9, JD Raja Lawak

hos anda pada malam nanti ialah Sulaiman Azmil

UNTUK PERHATIAN: Persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan matang.

Tiket untuk masuk menonton persembahan ini ialah RM20.

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi  017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.


Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk kePOZIBLE.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.