Friday, October 25, 2013

AKU NAK JADI BINTANG

Dipertunjukkan oleh Sharifah Amani.

Keterangan lanjut di sini.

Friday, October 18, 2013

LAUT LEBIH INDAH DARI BULAN - Teater Kompilasi Nam Ron



Sofia Jane memulakan karier lakonan beliau sejak berusia 17 tahun melalui dunia model dan iklan tv. Selepas terlibat dalam beberapa drama tv, filem dan pementasan teater, beliau akhirnya diterima sebagai pelakon utama filem U-Wei Hj Shaari, “Perempuan, Isteri & …” yang mencalonkan beliau sebagai Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia 11. Beliau jua pernah bekerja bersama nama-nama yang terkenal seperti Krishen Jit, Normah Nordin, Kamal Ishak, dan Ida Nerina.

Antara filem lakonan beliau yang lain termasuk “Cinta Kita”, “Kekasih Awal & Akhir”, dan “Puteri Gunung Ledang”. Antara anugerah yang dimenangi Sofia Jane ialah Aktres Terbaik Anugeah Skrin TV3 2007 menerusi drama tv “Sebuah Ijtihad”.

Selain lakonan, Sofia juga pernah muncul sebagai hos rancangan tv, “123 Dutch Lady”, yang mengongsikan pengalaman beliau sendiri sebagai ibu.

Pada tahun 2010, beliau sekali lagi bersama pengarahan U-Wei Hj Shaari melalui filem purba berjudul ‘Hanyut’. Pengalaman dalam industri filem selama 24 tahun juga telah membawa beliau bekerja di belakang tabir. Beliau kini berjinak-jinak dalam bidang penulisan skrip drama dan filem serta menubuhkan syarikat produksinya sendiri.

Keterangan lanjut pementasan di sini

Thursday, October 17, 2013

TEATER KOMPILASI NAM RON - Laut Yang Tenang



Vanidah Imran mula dikenali melalui pertandingan ratu cantik 1993. Setakat ini Vanidah sudah pun terlibat dalam 25 buah filem dan 14 buah drama tv. Antara pencapaian beliau ialah menerusi filem The Red Kebaya (2006) yang mengiktirafnya sebagai Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia 2007 dan Anugerah Skrin 2007. Filem Akhirat (2008) juga membawa beliau sebagai Aktres Terbaik Oskar PPFM 2008.

Selain itu, Vanidah juga pernah dicalonkan sebagai Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik, Taipei (1999), Aktres Terbaik Anugeah Skrin TV3 (1999), Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia (1999), Aktres Terbaik Anugerah Cameronian (2004), 5 Aktres Filem Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular  (2007 & 2008).

Dalam dunia teater, Vanidah terlibat dalam Keris Sang Puteri (1999) sebagai persembahan  pembuka tirai Istana Budaya sebagai peneraju utama yang menyanyi lapan buah lagu secara langsung yang diiringi oleh orkestra. Vanidah juga terlibat dalam pementasan Tun Perak (2000), Lantai T. Pinkie (2000 & 2006) dan Wangi Jadi Saksi (2006). ‘Wangi Jadi Saksi’ merupakan pementasan pembuka tirai kepada dewan teater baru Dewan Bahasa Pustaka (DBP) pada tahun 2006.  ‘Cuci The Musical’ mencabar Vanidah untuk menyanyi, menari dan rap.

Vanidah juag banyak terlibat dalam lakonan iklan tv dan duta kepada pelbagai produk.

Maklumat lebih lanjut di sini.



Wednesday, October 16, 2013

TEATER KOMPILASI NAMRON: Aku Nak Jadi Bintang



Sharifah Amani (Sharifah Amani Syed Zainal) seorang pelakon sepenuh masa yang mempelajari dan memperluaskan ilmu perfileman daripada arwah Yasmin Ahmad. Beliau sudah pun berlakon sekurang-kurangnya 20 buah filem dan 18 drama tv.

Beliau pernah dicalonkan untuk anugerah Artis Paling Popular dan Artis Baru Paling Popular di dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006. Beliau juga dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di dalam Filem di dalam anugerah yang sama pada tahun 2009. Selain itu, Sharifah Amani pernah menggondol anugerah Pelakon Baru Terbaik dalam Festival Filem Malaysia melalui watak Orked di dalam filem Sepet (2005). Setahun selepas itu, beliau menggondol pula Artis Wanita Terbaik melalui watak Orked juga melalui filem Gubra (2006) yang juga memenangi Anugerah Filem Terbaik. Melalui filem Muallaf, Sharifah Amani memenangi Pelakon Wanita Terbaik melalui Anugerak Skrin TV3 (2010).

Di dalam teater, Sharifah Amani pernah berlakon di dalam Hamlet dan Endgame.

Sharifah Amani juga seorang pengarah dalam filem pendek “Sangkar” untuk Her Story Film Project (2010), “Kampung Bangsar” untuk My Hometown Project (2012) dan  “Hawa” untuk Short Film Project (2013).

Untuk maklumat lebih lanjut di sini.

Tuesday, October 8, 2013

Back of Town, a true story.

A boy was born in a poor neighbourhood of New Orleans, known as the "Back of Town".
His father abandoned the family when the child was an infant.
His mother became a prostitute & the boy & his sister had to live with their grandmother.

Early in life, he proved to be gifted for music & with 3 other kids, he sang in the streets of New Orleans & his first gains were the coins that were thrown to them.

A Jewish family, Karnovsky, who had immigrated from Lithuania to the USA, had pity for the 7-year-old boy & brought him into their home.
Initially given 'work' in the House, to feed this hungry child. Then he remained & slept in this Jewish family  where, for the first time in his life, he was treated with kindness and tenderness. When he went to bed, Mrs. Karnovsky sang him a Russian Lullaby that he would sing with her.
Later, he learned to sing & play several Russian & Jewish songs.
Over time, this boy became the adopted son of this family.

The Karnovskys gave him money to buy his first trumpet; as was the custom in the Jewish families, they sincerely admired his musical talent. Later, when he became a professional musician & composer, he used these Jewish melodies in compositions, such as St. James Infirmary & Go down, Moses.

The little black boy grew up & wrote a book about this Jewish family who had adopted him in 1907.

In memory of this family & until the end of his life, he wore a star of David & he said that it is in this family that he had learned "how to live real life & determination. ''

This little boy was called Louis Armstrong.


What a wonderful world!!! How far different it was for the boy in Nam Ron's film, JALAN PINTAS which the Censorship Board wanted to cut in 18 places.

Sunday, October 6, 2013

Arts group: Govt two-faced in allowing plays



PETALING JAYA: Performing arts group Rumah Anak Teater has said the Communication and Multimedia Ministry is not making any effort in portraying the country’s actual history.

“The Communication and Multimedia Ministry is found to be two-faced in determining the type of historical plays that are allowed to be staged,” it said today.

The ministry through the Central Agency Committee for Application of Filming And Performance by Foreign Artistes (JK-Puspal), in its written parliamentary reply to Petaling Jaya Selatan MP Hee Loy Sian, said the Merdekanya Kita play was banned on the grounds of touching on the sensitivity of the rakyat from political and social aspects.

Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/10/05/arts-group-govt-two-faced-in-allowing-plays/

Saturday, October 5, 2013

Art house, MP tell Putrajaya to apologise for Singapore troupe ban


KUALA LUMPUR, Oct 5 — A local art house and an MP today told the Malaysian government to apologise to Singapore for insinuating that a theatre production from across the Causeway would offend political and social sensitivities here. Rumah Anak Teater (RAT) and PKR’s Petaling Jaya-South MP Hee Loy Sian castigated the government for banning Merdekanya KITA, a stage play sanctioned by the National Arts Council Singapore that was supposed to show in Kuala Lumpur last August 29-30. In a statement today, RAT accused the government of using double standards when it blocked the theatre crew from staging the play even as it allowed the screening of a “historical film that was fictionalised”, an apparent dig at the controversial “Tanda Putera” film. -

See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/art-house-mp-tell-putrajaya-to-apologise-for-singapore-troupe-ban#sthash.FbqQqBZy.dpuf

Friday, October 4, 2013

Kerajaan ‘Double Standard’ Nilai Karya Seni dan Sejarah

Kenyataan Media Rumah Anak Teater pada 5 Oktober 2013 di Petaling Jaya

Kerajaan ‘Double Standard’ Nilai Karya Seni dan Sejarah

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia didapati bersifat ‘talam dua muka’ dalam menentukan karya-karya seni bersifat sejarah dibenarkan untuk ditayangkan mahupun dipentaskan untuk khalayak umum.

Jawapan Lisan di Parlimen pada 2 Oktober 2013 lalu yang dibawa oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, YB Hee Loy Sian jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak ada usaha untuk memaparkan sejarah sebenar yang berlaku di rantau ini malah menyokong filem sejarah yang difiksyenkan.

Teater Merdekanya KITA oleh Kumpulan Teater KAMI Ltd dari Singapura yang sepatutnya dijadualkan dipentaskan pada 29-30 Ogos 2013 lalu terpaksa dibatalkan sungguhpun kumpulan teater tersebut sudah sampai dan bersedia untuk membuat pementasan. Ianya diharamkan atas alasan menyentuh sensitiviti rakyat dari aspek politik dan sosial masyarakat.

Merdekanya KITA dibawa atas naungan National Arts Council Singapore di bawah arahan Pemenang Anugerah Budaya Singapura 2011, Atin Amat. Selain Singapura dan Malaysia, teater tersebut dipentaskan di Jakarta pada tahun lalu dan mendapat ulasan yang amat membanggakan.

Tidak mungkin kerajaan Singapura akan membenarkan sesebuah naskah yang menyentuh sensitiviti rakyat untuk dipentaskan di Negara lain.

Naskah yang ditulis oleh Anwar Hadi itu merujuk kepada kemerdekaan yang berlaku sejak zaman kesultanan, penjajahan Inggeris dan Jepun serta lambakan pendatang asing. Isu-isu tersebut jelas tertulis di buku-buku teks sejarah sekolah yang mana merupakan rujukan beliau.

Adakah kerajaan sendiri menidakkan sejarah yang tertulis?

Tidak ada niat bagi kumpulan teater ini mahupun Rumah Anak Teater yang bertanggungjawab membawa kumpulan luar ini ke sini untuk menerapkan mesej-mesej yang tersirat yang cuba menggambarkan bahawa kita (rakyat Malaysia) sebenarnya masih belum merdeka sepenuhnya kerana masih dijajah bukan secara fizikal, hanya memaparkan kesamaan laluan sejarah yang dilalui oleh  Indonesia, Singapura dan Malaysia; seperti yang didakwa oleh pihak Kementerian.

Rumah Anak Teater mendesak agar Kerajaan Malaysia memohon maaf kepada Kerajaan Singapura atas ketidakpekaan JK-PUSPAL dalam menilai naskah Merdekanya KITA ini.


ENDS

Rujukan:

JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN PETALING JAYA SELATAN, YB HEE LOY SIAN PADA 2 OKTOBER 2013 DI DEWAN RAKYAT

SOALAN:

YB TUAN HEE LOY SIAN [ PETALING JAYA SELATAN ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bagaimana teater Merdekanya Kita oleh Kumpulan Teater Kami Ltd yang terpaksa membatalkan pementasan mereka pada 29 dan 30 Ogos 2013 boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia terutamanya daripada aspek politik dan sosial.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Jawatankuasa Agensi Pusat Permhonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), atau ringkasnya JK-PUSPAL telah mengadakan beberapa siri perbincangan bagi menilai permohonan untuk pementasan teater ‘Merdekanya Kita’ pada bulan Ogos 2013 lalu.

Seperti mana syor JK-Rayuan PUSPAL, satu sesi tayangan video pementasan telah diadakan pada 10 September 2013 dan dihadiri oleh wakil semua jabatan/agensi yang terlibat dalam JK-PUSPAL. Syor dan pandangan JK-Rayuan PUSPAL adalah pementasan ini boleh dibenarkan tertakluk kepada beberapa perkara seperti berikut:

(i) Waktu pementasan boleh dilaksanakan selepas bulan Kemerdekaan memandangkan pementasan teater ini pada pada bulan Ogos didapati tidak sesuai dalam konteks perayaan kemerdekaan Malaysia kerana terdapat mesej-mesej yang tersirat yang cuba disampaikan oleh pihak produksi teater ini menggambarkan bahawa kita (rakyat Malaysia) sebenarnya masih belum merdeka sepenuhnya kerana masih dijajah bukan secara fizikal dan tidak memberikan mesej jelas tentang pembangunan jati diri sebagai rakyat yang merdeka; dan

(ii)                Pendekatan engagement dengan penganjur wajar dilakukan bagi membolehkan pihak kementerian dan JK-PUSPAL berbincang secara terperinci dengan penganjur berhubung isu pindaan skrip agar isu-isu berkaitan sensitiviti politik dan sosia dapat dielakkan.
ENDS

Naskhah tulisan Namron ke pentas teater

Rumah Anak Teater bakal membawakan naskhah-naskhah tulisan Namron ke pentas teater.

Pementasan yang dinamakan Teater Kompilasi Namron itu akan bermula 31 Oktober hingga 3 November ini di DPAC (Damansara Performing Arts Centre).

Ia bakal dijayakan tiga pelakon wanita terbaik Malaysia iaitu Datin Sofia Jane, Vanidah Imran dan Sharifah Amani, di samping dramatis popular, Aqasha.

Tiket-tiket berharga RM50 dan RM80.


Read more at: http://www.astroawani.com/videos/show/gala-tv/naskhah-tulisan-namron-ke-pentas-teater-16267?cp

Mengharamkan Teater Merdekanya Kita: Kerajaan Malaysia Hina Singapura

Kenyataan Media Ahi Parlimen Petaling Jaya Selatan, YB Hee Loy Sian pada 3 Oktober 2013 di Dewan Rakyat

Mengharamkan Teater Merdekanya Kita: Kerajaan Malaysia Hina Singapura

Atas arahan pembatalan teater Merdekanya Kita oleh Kumpulan Teater Kami Ltd dari Singapura Ogos lalu, jelas menunjukkan bahawa kerajaan kita masih enggan menerima hakikat daripada sejarah kemerdekaan yang berlaku di rantau ini.

Projek kembara teater ‘Merdekanya Kita’ yang dinaungi oleh The National Arts Council of Singapore bertujuan untuk memberi kesedaran kepada siri kemerdekaan yang berlaku sejak zaman kesultanan, penjajahan Inggeris dan Jepun serta lambakan pendatang asing. Isu-isu tersebut jelas tertulis di buku-buku teks sejarah sekolah yang mana merupakan rujukan kumpulan teater ini.

Sikap ‘takut pada bayang-bayang sendiri JK-PUSPAL di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia amat mengecewakan pencinta-pencinta seni teater tanahair ini yang mahu melihat cara olehan daripada kumpulan teater luar. Saya percaya kerajaan Singapura juga amat kecewa dengan pengharaman pihak Kementerian yang telah membawa kerugian kepada pihak mereka yang sudah tiba dan bersedia untuk pementasan tersebut.

National Arts Council of Singapore telah meluluskan projek kembara ini yang meliputi pementasan di Singapura, Jakarta dan Kuala Lumpur. Di kedua pementasan sebelum ini, pementasan tersebut mendapat liputan yang amat positif di kalangan penonton dan media.

Malah, pengarahnya Atin Ahmat ialah pemegang Anugerah Budaya Singapura 2011 atas sumbangan beliau dalam aspek kebudayaan di Singapura.

Tohmahan pihak Kementerian yang menggambarkan bahawa kita (rakyat Malaysia) sebenarnya masih belum merdeka sepenuhnya kerana masih dijajah bukan secara fizikal menunjukkan bahawa JK-PUSPAL dan JK-Rayuan PUSPAL langsung tidak berupaya menilai sesebuah naskah itu sama ada ianya bersifat sejarah atau propaganda.

Pengharaman sebuah produksi kerajaan Singapura di Negara ini akan melemahkan semangat setiakawan Malaysia-Singapura dan dianggap menghina.

ENDS

JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN PETALING JAYA SELATAN, YB HEE LOY SIAN PADA 2 OKTOBER 2013 DI DEWAN RAKYAT

SOALAN:

YB TUAN HEE LOY SIAN [ PETALING JAYA SELATAN ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bagaimana teater Merdekanya Kita oleh Kumpulan Teater Kami Ltd yang terpaksa membatalkan pementasan mereka pada 29 dan 30 Ogos 2013 boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia terutamanya daripada aspek politik dan sosial.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Jawatankuasa Agensi Pusat Permhonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), atau ringkasnya JK-PUSPAL telah mengadakan beberapa siri perbincangan bagi menilai permohonan untuk pementasan teater ‘Merdekanya Kita’ pada bulan Ogos 2013 lalu.

Seperti mana syor JK-Rayuan PUSPAL, satu sesi tayangan video pementasan telah diadakan pada 10 September 2013 dan dihadiri oleh wakil semua jabatan/agensi yang terlibat dalam JK-PUSPAL. Syor dan pandangan JK-Rayuan PUSPAL adalah pementasan ini boleh dibenarkan tertakluk kepada beberapa perkara seperti berikut:
(i)                  Waktu pementasan boleh dilaksanakan selepas bulan Kemerdekaan memandangkan pementasan teater ini pada pada bulan Ogos didapati tidak sesuai dalam konteks perayaan kemerdekaan Malaysia kerana terdapat mesej-mesej yang tersirat yang cuba disampaikan oleh pihak produksi teater ini menggambarkan bahawa kita (rakyat Malaysia) sebenarnya masih belum merdeka sepenuhnya kerana masih dijajah bukan secara fizikal dan tidak memberikan mesej jelas tentang pembangunan jati diri sebagai rakyat yang merdeka; dan
(ii)                Pendekatan engagement dengan penganjur wajar dilakukan bagi membolehkan pihak kementerian dan JK-PUSPAL berbincang secara terperinci dengan penganjur berhubung isu pindaan skrip agar isu-isu berkaitan sensitiviti politik dan sosia dapat dielakkan.
ENDS