Wednesday, October 16, 2013

TEATER KOMPILASI NAMRON: Aku Nak Jadi Bintang



Sharifah Amani (Sharifah Amani Syed Zainal) seorang pelakon sepenuh masa yang mempelajari dan memperluaskan ilmu perfileman daripada arwah Yasmin Ahmad. Beliau sudah pun berlakon sekurang-kurangnya 20 buah filem dan 18 drama tv.

Beliau pernah dicalonkan untuk anugerah Artis Paling Popular dan Artis Baru Paling Popular di dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006. Beliau juga dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di dalam Filem di dalam anugerah yang sama pada tahun 2009. Selain itu, Sharifah Amani pernah menggondol anugerah Pelakon Baru Terbaik dalam Festival Filem Malaysia melalui watak Orked di dalam filem Sepet (2005). Setahun selepas itu, beliau menggondol pula Artis Wanita Terbaik melalui watak Orked juga melalui filem Gubra (2006) yang juga memenangi Anugerah Filem Terbaik. Melalui filem Muallaf, Sharifah Amani memenangi Pelakon Wanita Terbaik melalui Anugerak Skrin TV3 (2010).

Di dalam teater, Sharifah Amani pernah berlakon di dalam Hamlet dan Endgame.

Sharifah Amani juga seorang pengarah dalam filem pendek “Sangkar” untuk Her Story Film Project (2010), “Kampung Bangsar” untuk My Hometown Project (2012) dan  “Hawa” untuk Short Film Project (2013).

Untuk maklumat lebih lanjut di sini.

No comments:

Post a Comment