Thursday, November 27, 2014

KOMEDI BA-HAHA-SA EP. #04 - 1 DISEMBER 2014

Projek ini adalah gabungan Rumah Anak Teater bersama The Crackhouse Comedy Club KL di Taman Tun Dr Ismail dalam satu persembahan lawak berdiri (sebut stand-up comedy) bukan Bahasa Inggeris.

Tarikhh: 1 Disember 2014 (Isnin)
Masa: 9-11pm
Tempat: Tkt 1, No 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Dapatkan peta anda di sini.

Antara komik yang akan membuat persembahan dalam projek penggabungan ini ialah:

1. Botak
2. Teruna Wangi
3. Benjy
4. Rayza Mukmin

UNTUK PERHATIAN: Persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan matang.

Tiket untuk masuk menonton persembahan ini ialah RM15.

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi 017-624 3412.

Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk ke POZIBLE.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.

Maklumat lanjut di sini.

Sekiranya anda mahu melihat perkembangan aktiviti lawak berdiri di Malaysia, sila rujuk ke pautan ini.

Tuesday, November 18, 2014

CERITA MALAM JUMAAT EDISI NOVEMBER RAIN

EDISI MUSIM HUJAN

Walaupun kita berada dalam musim hujan, lawak berdiri CERITA MALAM JUMAAT diteruskan. Kali ini kita paparkan dua komik berbangsa cina yang selalu muncul dalam ONE MIC STAND yang kali ini mereka akan membuat persembahan mereka dalam bahasa Melayu. Mereka ialah Sim Tong dan Aaron Aw. Juga jarang-jarang kita menyaksikan Benjy yang kali ini akan membuat persembahan standup beliau.

Tarikh: 20 November 2014 (Khamis)
Masa: 9-11pm
Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Dapatkan peta anda di sini.

Antara komik yang akan membuat persembahan nanti ialah:

1. Botak
2. Teruna Wangi
3. JD Raja Lawak
4. Hishamuddin Rais
5. Rayza Mukmin
6. Fadhil Jaffri
7. Benjy
8. Sim Tong
9. Aaron Aw

 .
Seperti biasa, hos anda ialah JD Raja Lawak.

UNTUK PERHATIAN: Persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan matang.

Tiket untuk masuk menonton persembahan ini ialah RM20.

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi  017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.

Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk ke POZIBLE.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.

Monday, November 17, 2014

AIMAN HAKIM dalam Teater KALUNG OH! KALUNG

AKTOR AIMAN HAKIM

Aiman mengambil bahagian dalam pertandingan bakat Mentor 5 yang dianjurkan oleh TV3 untuk musim kelima pada tahun 2011. Aiman berjaya melepasi ke pusingan keempat sebelum tersingkir. Aiman menghasilkan nyanyian solo Isyarat Hati, ditulis oleh Adi 6ixth Sense. Drama pertama Aiman, Vanilla Coklat, yang disiarkan di TV3 pada tahun 2011. Selepas drama tersebut tamat , Aiman berlakon dalam beberapa siri televisyen dan drama telemovie.

Maklumat lanjut tentang pementasan

Friday, November 14, 2014

PELAKON TEATER 'KALUNG OH! KALUNG' 20-22 NOV 2014

AKTOR AMIN ABU BAKAR

Anak seni berusia dua puluh empat tahun ini menamatkan pengajiannya di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA pada November 2011. Setelah melibatkan diri dalam dunia teater selama ini, ternyata jelas anak seni ini memiliki bakat semula jadi dalam lakonan pentas. Kini beliau menggalas tanggung jawab sebagai aktor sepenuh masa.

Maklumat lanjut mengenai pementasan

Tuesday, November 11, 2014

PELAKON PROJEK TEATER 'KALUNG OH! KALUNG'

AQEELA KAMARUL berasal daripada Kuala Lumpur berumur 25tahun berbintang Libra. Graduan Diploma Theater Aswara 2010. Graduan Ijazah Sarjana Muda Drama Universiti Malaya. Darah seni yang ada dalam diri beliau bermula daripada bonda tercinta sebagai penari KBN dan menjadi sumber inspirasi kepada beliau until meneruskan legasi dalam bidang kesenian. Lakonan, nyanyian Dan tarian menjadi medium utama beliau dalam dunia kesenian beliau, teater fizikal minat utama.Beliau percaya pengalaman mengajar untuk mematangkan diri, cabaran dan dugaan adalah adat sebagai anak seni. Percaya dan yakin 'Love the arts in yourself not yourself in the arts' . Antara lakonan beliau ialah Teater Fizikal Tiga, Theater Eksperimental Janda Setinggan, Teater Fizikal Meta M(1&2), Opera Primadona, Bangsawan Harris Fadilah, Makyong Sindo, Teater Klasik Lysisyrata dan sebagainya.

Maklumat lanjut tentang pementasan.

Belian tiket secara online. 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-2290944 atau emel kepada rumahanakteater@gmail.com

Saturday, November 8, 2014

PELAKON TEATER KALUNG OH! KALUNG

AKTOR KIKIE CARLA

Berasal daripada Kuala Lumpur berumur 27tahun berbintang Aries. Graduan Diploma Theater Aswara 2010. Darah seni yang ada dalam  diri beliau menjadi sumber inspirasi kepada beliau untuk meneruskan legasi dalam bidang kesenian. Lakonan, dan bidang seni alih sura menjadi medium utama beliau dalam dunia kesenian beliau.Beliau percaya pengalaman mengajar untuk mematangkan diri, cabaran dan dugaan adalah adat sebagai anak seni. Percaya dan yakin 'Love the arts in yourself not yourself in the arts' . Antara lakonan beliau ialah Hanturisme, Bila Zoo Ditutup, Red Spade Black Diomand , Air Mata Syawal Theater Eksperimental Janda Setinggan, Bangsawan Harris Fadilah, Makyong Sindo, Teater Klasik Lysisyrata dan sebagainya. Antara bidang seni alih suara yang dilakonkan semula adalah seperti The Pollar Express, Panday Kids dan sebagainya.

Maklumat lanjut tentang pementasan teater #KalungOhKalung

Tuesday, November 4, 2014

CERITA MALAM JUMAAT RAIKAN JOKOWI

Sempena kemenangan Jokowi sebagai Presiden Republik Indonesia, kami menumpang gembira dengan membawa seorang pelawak terkemuka dari Jakarta, MO SIDIK. Pelawak ini sering tampil di rancangan-rancangan komedi di Indonesia dengan lawak-lawak bersahaja, Kami berharap ribuan rakyat Indonesia yang berada di sekitar Lembah Kelang untuk penuhkan panggung bagi mengetahui perkembangan politik dan senario di Indonesia.

Selain MO SIDIK, kami juga tampilkan Dr Jason Leong yang baru-baru ini mengadakan persembahan TO KNOW MALAYSIA, IS TO LOVE MALAYSIA.

Berikut ialah maklumat mengenai persembahan:

Tarikh: 6 November 2014 (Khamis)
Masa: 9-11pm
Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Dapatkan peta anda di sini.

Antara komik yang akan membuat persembahan nanti ialah:

1. Botak
2. Teruna Wangi
3. JD Raja Lawak
4. Hishamuddin Rais
5. Rayza Mukmin
6. Fadhil Jaffri
7. Harikeshwaran
8. Cemkar Singh
9. Mo Sidik

Seperti biasa, hos anda ialah Faisal Mustaffa

UNTUK PERHATIAN: Persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan matang.

Tiket untuk masuk menonton persembahan ini ialah RM20.

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi  017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.

Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk ke POZIBLE.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.

Sunday, November 2, 2014

Komedi BA-HAHA-SA bersama MO SIDIK (Indonesia)

Selepas membawa komik dari Singapura, kali ini kita bawa anda ke Indonesia. Projek ini adalah gabungan Rumah Anak Teater bersama The Crackhouse Comedy Club KL di Taman Tun Dr Ismail dalam satu persembahan lawak berdiri (sebut stand-up comedy) bukan Bahasa Inggeris.

Mo Sidik (gambar atas) merupakan seorang komik terkemuka di Indonesia.

Tarikhh: 3 November 2014 (Isnin)
Masa: 9-11pm
Tempat: Tkt 1, No 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Dapatkan peta anda di sini.

Antara komik yang akan membuat persembahan dalam projek penggabungan ini ialah:

1. Botak
2. Teruna Wangi
3. Cemkar Singh
4. Rayza Mukmin
5. Aiman Azri
6. Fadil Jaffri
7. Justin Heyes
8. Mo Sidik