Tuesday, June 7, 2016

CERITA MALAM JUMAAT 9 Jun 2016



Malaysia's first Malay-language open mic platform for stand-up and improv comedy features some of the nation's most renowned comics and storytellers.

ADMISSION:
RM15

CONCESSIONS:
RM10 at the door for students with valid identification

Comics: 
1. Bob Tungau ( Yusop Shaari )
2. Wan Linggitom ( Linggitom Puta Wan Alilak )
3. Kashmir Amir
4. Mad Sabah ( Achmad Rusli )
5. Judith

Kepala garisan (headliner) : JD Raja Lawak ( Ahmad Zaidi Masri )

Sebarang pertanyaan: whatsapp 0122290944

Monday, June 6, 2016

LAWAK BERDIRI Ep #08

 


Persembahan LAWAK BERDIRI : Standup comedy bahasa melayu (bukan Bahasa Inggeris) kali ini menampilkan:

1. Bob Tungau
2. Judith
3. Shashic Iewan
4. Kashmir Amir
5. Aloy Sameer
6. Wan Linggitom

Kepala garisan (headliner) untuk persembahan ini: Mad Sabah

Tarikh: 7 Jun 2016
Masa: 9-11pm
Tempat: LAWAK STUDIO BV20-F1, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47150 Puchong
Tiket: RM15
Pertanyaan: 0122290944

Saturday, January 30, 2016

Standup Comedy Melayu Diteruskan Bersama Komik Indonesia



Setelah berusaha memperkenalkan persembahan standup comedy berbahasa Melayu di Malaysia sejak Mei 2014, kumpulan Rumah Anak Teater teruskan dengan membawa komik-komik dari Negara seberang untuk merancakkan persembahan mereka.

Februari ini, seorang lagi komik independen yang lahir daripada program Standup Comedy Indonesia musim ke-4, Dzawin Nur Ikram (24 tahun) akan membuat persembahan dua hari di lokasi yang berbeza di Selangor.

Dzawin atau lebih dikenali di Indonesia dengan nama Dzawin Noor akan membuat persembahan di Lawak Studio IOI Boulevard Puchong pada Selasa 9 Februari 2016 melalui persembahan Lawak Berdiri dan pada Khamis 11 Februari 2016 di PJ Live Arts melalui slot Cerita Malam Jumaat.

Persembahan bulan Oktober 2015 lalu Rumah Anak Teater menampilkan Indra Jegel, komik muda dari Medan yang menjelajah dengan membuat persembahan di Johor Bahru melalui Tahun Melawak Johor yang kemudiannya dibatalkan atas arahan pihak penganjur. Namun, dua persembahan lain Indra di Selangor mendapat sambutan luar biasa daripada peminat-peminat komedi pentas di Lembah Kelang.

 Dzawin yang sudah berkecimpung dalam dunia standup comedy sejak 2011 sudah membuat persembahan di serata Indonesia sehinggalah bakatnya dicungkil di dalam program Standup Comedy Indonesia 2014 musim ke-4.  Selain menjadi komik sepenuh masa, Dzawin juga seorang penulis karya-karya yang bergenrekan komedi.

Dalam kedua-dua persembahan beliau nanti, Dzawin akan didokong oleh persembahan-persembahan daripada komik-komik di bawah anjuran Rumah Anak Teater.  Persembahan spontan improvisasi juga akan membuatkan penonton-penonton tidak kering gusi.

Selain Dzawin, tiga lagi komik akan turut membuat persembahan mereka di atas slot persembahan yang sama iaitu Mo Sidik (foto bawah) , Awwe dan Gilang Bhaskara. Selain daripada Mo Sidik, kedua mereka merupakan penampilan pertama di Malaysia sungguhpun sudah menjadi selebriti TV di Indonesia.



 Dalam temubual bersama pelopor standup comedy melayu di Malaysia, Faisal Mustaffa daripada Rumah Anak Teater, beliau mengakui lapangan standup comedy di Malaysia masih baru lagi sungguhpun sudah bertapak hampir dua tahun. “Kita masih ketinggalan jauh di belakang”, ujarnya.

Oleh yang demikian, Faisal yang secara konsistennya mementaskan “open mic night” di Lawak Studio Puchong setiap Jumaat masih optimis bahawa standup comedy akan melalui eranya nanti. Apa yang lebih mustahak ialah bagi persembahan seperti standup comedy diteruskan.

Melihat kepada sambutan setakat ini, Faisal percaya standup comedy mempunyai masa hadapan yang cerah di Malaysia.

Namun, Faisal berkata, kita masih kekurangan komik sungguhpun ramai yang berminat menjadi pelawak dalam sketsa-sketsa komedi. “Bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang standup comedy ini boleh terus hubungi kami”, katanya mengakhiri perbualan.

 Bagi mereka yang ingin menonton kedua-dua persembahan komik dari Indonesia ini, mereka boleh menghubungi Faisal Mustaffa di talian 0122290944.

Sunday, January 3, 2016

YELLOW MANIA 8 JANUARI 2016, 830pm


Persembahan #lawakberdiri (sebut #standupcomedy) pada 8 Januari 2016 akan dibarisi oleh komik-komik tempatan dan seorang dari Indonesia.

Tarikh: 8 Januari 2016 (Jumaat)
Masa: 830pm
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.

Komik yang akan membuat persembahan:
1. Syahid
2. DibJualKata
3. Harekeshwaran
4. Sim Tong
5. Hishamuddi Rais
6. Newendi (Indonesia)

5.

Tiket masuk: derma minima RM10

Maklumat lanjut.


Saturday, January 2, 2016

LAWAK BERDIRI 5 Januari 2016


Kami mulakan tirai 2016 dengan persembahan #lawakberdiri (sebut #standupcomedy) pada 5 Januri 2016.

Persembahan sulung 2016 ini menampilkan seorang komik dari Indonesia, Newendi.

Newendi atau nama sebenarnya Wendi Septian yang berasal dari Lampung, Indonesia. Mula bergiat aktif dalam standup comedy sejak 2011. Berkelulusan sarjana muda dalam undang-undang, beliau memilih standup comedy sebagai kariernya.

Muncul di kebanyakan rancangan standupcomedy di stesyen TV Indonesia, ini merupakan persembahan pertama beliau di Malaysia.

Tarikh: 5 Januari 2016 (Selasa)
Masa: 9pm
Tempat: Lawak Studio Cafe & Bistro, BV220-F1, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya.
Waze: lawakstudiocafe
GPS: 3.045296, 101.622400

Komik lain yang turut membuat persembahan:

1. Shashic
2. Aloy
3. Mad Sabah
4. Bob Tungau
5. JD Raja Lawak.

Tiket masuk ialah RM15 dan hanya untuk penonton matang.

Sebarang pertanyaan whatsapp 0122290944. 
Maklumat lanjut





Wednesday, December 16, 2015

Watak Laila II



Feqdyatul atau nama penuhnya Hairul Nur Feqdyatul Bt Zainor Sham (23 tahun) berasal dari Selangor dan amat berminat dalam bidang lakonan khususnya teater. Beliau merupakan peserta bengkel anjuran Rumah Anak Teater pada 2013.

Monday, December 7, 2015

#CERITAMALAMJUMAAT 10 DISEMBER 2015



Persembahan lawak berdiri (sebut standup comedy) minggu ini kami meraikan Hari Jadi Nabis Isa. (sebut Hari Natal).

Anda dibenarkan membawa rusa, bapa santa dan hadiah.

Tarikh: 10 Disember 2015
Masa: 9pm
Tempat: Cabaret, PJLiveArts, 72 Jalan Universiti , Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya
Peta di sini

Senarai komik:
1. Mad Sabah
2. Nizam
3. Shashic
4. Aloi

5. Kashmir
6. Syahid
7. Harekeshwaran
8. Peng
9. Saiful
10. KC Teruna Wangi
11. JD Raja Lawak
12. Hishamuddin Rais

Cara anda menempah tiket
Keterangan lanjut

Friday, November 27, 2015

Watak Laila (Seyogia)



Nora Ahmad atau nama sebenar Siti Norrafidah Bt Ahmad (21 tahun) digarap bakatnya oleh Fauziah Nawi dari Stefani Events. Mula berjinak dengan lakonan sejak tahun ini dan menggali pengalaman melalui bengkel-bengkel lakonan anjuran FINAS. Teater pertama Nora berjudul Dari Bintang ke Bintang (2015) arahan Fauziah Nawi.
Beliau juga terlibat dalam pembikinan filem pendek Nadia Ngidam Cili (2015) arahan Mohd Izham dan 7 Demensi Alif (2015) arahan Faizal Ishak yang masih belum ditayangkan di pawagam.

Antara drama tv yang beliau terlibat termasuklah Teman Lelaki Upahan, Memori Cinta Suraya dan Girlfriend Dari Neraka.




Monday, November 16, 2015

Teater SEYOGIA - Watak Jazreen



Nur Nazliah Binti NorAzman (25 tahun) atau mahu dikenali sebagai Lya Azman berkelulusan Diploma Seni Teater ASWARA (2013). Walaupun teater menjadi pilihan, namun undangan untuk berlakon dalam drama tv juga jarang ditolak. Beliau mula berkecimpung dalam drama tv bermula 2009 melalui drama Merah Putih. Antara drama tv lain lakonan Lya ialah Cornetto Kisah Cinta Uda & Dara (2013), Impak Cinta (2012), Wasiat Rindu (2012).    

Bermula dengan teater Pukau (2010), Lya Azman sudah berlakon dalam puluhan pementasan teater.Antaranya termasuk Hexa X Unus (2015), A Mystery Murder (2014), Sitora Harimau Jadian (2013) dan banyak lagi.





Pementasan SEYOGIA di Johor
Pementasan SEYOGIA di Kuala Lumpur

Saturday, November 7, 2015

CERITA MALAM JUMAAT 12 NOV 2015



CERITA MALAM JUMAAT episod kali ini akan ada improv!

Edisi November 2015 ini juga akan menampilkan seorang lagi komik dari Indonesia, Dzawin Nur Ikram.

Antara komik lain yang akan membuat persembahan:

1. Peng
2. Aloi
3. Shashic
4. Bob Tungau
5. Kashmir

Bocil Saywho terpaksa pulang ke kampung halaman Indonesia atas sebab-sebab kecemasan.

Maklumat lanjut di sini. 

Cara menempah tiket di TIX atau menghubungi 017-2BUY-TIX

Tiket teater SEYOGIA bagi persembahan di Johor dan Kuala Lumpur juga akan dijual di sepanjang persembahan ini nanti. 

Rumah Anak Teater Bawakan Lagi Komik Indonesia

Setelah menampilkan beberapa komik terkemuka di Indonesia untuk membuat persembahan di Negara ini, Rumah Anak Teater membawakan seorang lagi komik dari Jakarta untuk menggeletak penonton-penonton komedi di Negara ini.

November ini, seorang lagi komik independen yang lahir daripada program Standup Comedy Indonesia musim ke-4, Dzawin Nur Ikram (24 tahun) akan membuat persembahan dua hari di lokasi yang berbeza di Selangor.
Dzawin atau lebih dikenali di Indonesia dengan nama Dzawin Ranger akan membuat persembahan di Lawak Studio IOI Boulevard Puchong pada Selasa 10 November 2015 melalui persembahan Lawak Berdiri dan pada Khamis 12 November 2015 di PJ Live Arts melalui slot Cerita Malam Jumaat.

Pada April lalu, Rumah Anak Teater pernah membuat persembahan Improvindo ke Malaysia yang terdiri dari pelawak-pelawak filem. Antara lain, Mo Sidik, Randika Djamil, McDanny, Isman HS dan Reno Fenady.

Persembahan bulan lalu Rumah Anak Teater menampilkan Indra Jegel, komik muda dari Medan yang menjelajah dengan membuat persembahan di Johor Bahru melalui Tahun Melawak Johor yang kemudiannya dibatalkan atas arahan pihak penganjur. Namun, dua persembahan lain Indra di Selangor mendapat sambutan luar biasa daripada peminat-peminat komedi pentas di Lembah Kelang.

Dzawin yang sudah berkecimpung dalam dunia standup comedy sejak 2011 sudah membuat persembahan di serata Indonesia sehinggalah bakatnya dicungkil di dalam program Standup Comedy Indonesia 2014 musim ke-4.  Selain menjadi komik sepenuh masa, Dzawin juga seorang penulis karya-karya yang bergenrekan komedi.

Dalam kedua-dua persembahan beliau nanti, Dzawin akan didokong oleh persembahan-persembahan daripada komik-komik di bawah anjuran Rumah Anak Teater.  Persembahan spontan improvisasi juga akan membuatkan penonton-penonton tidak kering gusi.

Dalam temubual bersama pelopor standup comedy melayu di Malaysia, Faisal Mustaffa daripada Rumah Anak Teater, beliau mengakui lapangan standup comedy di Malaysia masih baru lagi sungguhpun sudah bertapak hampir dua tahun. “Kita masih ketinggalan jauh di belakang”, ujarnya.

Oleh yang demikian, Faisal yang secara konsistennya mementaskan “open mic night” di Lawak Studio Puchong setiap Jumaat masih optimis bahawa standup comedy akan melalui eranya nanti. Apa yang lebih mustahak ialah bagi persembahan seperti standup comedy diteruskan.

Melihat kepada sambutan setakat ini, Faisal percaya standup comedy mempunyai masa hadapan yang cerah di Malaysia.

Program Komediri dan Lawak Sorang-sorang yang kini ditayangkan di televisyen merupakan kerjasama Rumah Anak Teater.

Namun, Faisal berkata, kita masih kekurangan komik sungguhpun ramai yang berminat menjadi pelawak dalam sketsa-sketsa komedi. “Bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang standup comedy ini bleh terus hubungi kami”, katanya mengakhiri perbualan.

Bagi mereka yang ingin menonton kedua-dua persembahan Dzawin Ranger November ini, mereka boleh menghubungi Faisal Mustaffa di talian 0122290944.


Tuesday, November 3, 2015

Tiket teater #SEYOGIA di Mabopa Jualan Buku Akhir Tahun



Tiket teater #SEYOGIA akan dijual di Mabopa Jualan Buku Akhir Tahun . Cari Booth MERPATI JINGGA.

Pementasan di MAP NUSAJAYA
Pementasan di MAPKL PUBLIKA 


Sunday, November 1, 2015

Wakil Jualan Tiket Teater SEYOGIA

Tiket boleh dibeli di:
1.MPH Nu Sentral
2. MPH City Mall
3. MPH Alamanda
4. MPH Alpha Angle
5. MPH Taman Universiti Skudai
6. MPH JB City Square
7. KIlang Bateri Tampoi, Kedai Projek Buku
8. I Am Lejen Shop, SS15 Subang Jaya
9. DuBook Store, Bandar Baru Bangi
Anda juga boleh whatsapp di 0122290944 atau emel ke rumahanakteater@gmail.com

Sunday, September 27, 2015

Show Tahun Melawak Johor DIBATALKAN





Persembahan lawak berdiri TAHUN MELAWAK JOHOR yang dijadualkan pada 1 dan 2 Oktober 2015 terpaksa dibatalkan atas arahan pihak penganjur.

Kami akan terus merancang untuk adakan persembahan di Johor tahun depan.

Terima kasih atas sokongan anda semua.

Saturday, September 5, 2015

Lawak Sorang-sorang (rakaman secara live)





 Anda semua dijemput untuk menonton program LAWAK SORANG-SORANG yang bakal ditayangkan di siara televisyen tidak lama lagi.

Masuk adalah percuma.

Komik yang akan buat persembahan:
1. JD Raja Lawak
2 KC Teruna Wangi
3 Botak Alhakeem
4 Peng
5 Bob
6 Kashmir


Masa: 3pm

Tarikh: 6 September 2015/ Ahad

Tempat: Lawak Studio, Puchong

Alamat: Unit BV-01 F20, IOI Boulevard,
Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya,
47100, Puchong, Selangor D.E.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0122290944

Tuesday, June 2, 2015

CERITA MALAM JUMAAT episod terakhir 4 Jun 2015


 
Korang jangan menyesal bila kitorang break lama-lama. Korang melutut pun bulan puas ni kitorang semua tak buat lawak. Ada yang nak berniaga kuih, ada yang nak pergi solat tarawih dan macam-mcam lagi pesta. Almaklum kita ni dalam Year of Festival 2015.

Untuk episod terakhir (musim ketiga) ini kita akan adakan segmen improvisasi oleh kumpulan daripada Skool of Lawak. Kita ada Shashic, Duwan dan Emal. Mereka semuanya losers juga.

PS: Korang tunggu projek kami seterusnya. Semua berlaku lepas Raya.

Tarikh : 4 Jun 2015 (Khamis)
Masa : 9:00 mlm - 11:00 mlm
Tempat : Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Dapatkan peta disini : PJ LIVE ARTS

Senarai komik:
1. Syahid
2. Duwan (Skool of Lawak)
3. Emal (Skool of Lawak)
4. Shashic (Skool of Lawak)
5. Rayza Mukmin
6. JD Raja Lawak
7. Hishamuddin Rais
8. Botak Alhakeem

Hos anda pada malam nanti ialah Faisal Mustaffa.

UNTUK PERHATIAN : persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan juga matang,

Tiket untuk masuk menonton ialah  RM15 shj. Untuk pelajar cuma RM10 (dengan syarat bawa kad pelajar sebagai pengesahan).

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi  017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.