Wednesday, February 22, 2017

CERITA MALAM JUMAAT 9 Mac 2017

 Persembahan lawak tunggal (sebut standup comedy) CERITA MALAM JUMAAT sudah memasuki episod ke 43. Dari Petaling Jaya, kami berpindah ke Shah Alam dan kini kami menapak di sebuah tempat yang agak terpencil tetapi amat menarik di Setia Alam.

Dalam persembahan pada 9 Mac 2017 nanti, kami bawakan kepala garisan (sebut headliner) Hishamuddin Rais. Beliau tidak dibenarkan ke luar negara, mahu pun di Sarawak. ANda tidak akan dapat melihat dia beraksi di depan kaca televisyen sungguh pun banya skrip tv hasil daripada tulisan beliau. Anda amat bertuah kan?

Hishamuddin Rais akan ditemani dengan komik-komik dari melayu. Ada yang datang dari Johor untuk membuat persembahan kali ini. Oh ya, ada seorang komik bangsa India.

Persembahan ini mendapat sokongan daripada 2 syarikat lokal yang amat berseni iaitu Unit 23 Cafe dan BrainPot.
Beriut ialah senarai komik yang akan membuat persembahan nanti:

1. Raja Hazeeq
2. Syahid Ben Atim
3. Ard Selamat 
4. Ayim Razak
5. Shashic
6. Filzah Azmi (dari kumpulan AWOK)
7. Agus
8. Bobby Bon aka Bob Tungau aka Bob Comel
9. Keren Bala Devan

Tiket masuk: RM15
PERHATIAN: Untuk penonton matang atau 18 tahun ke atas sahaja.

Lokasi: BrainPot - The Cooler Space
81-3, Jln Setia Gemilang BG U13/BG,
Setia Alam, 40170, Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

Landmarks:
1. Corner lot / Level 3 (lift)
2. Above Restoran Siti Hajar
3. Same block as Speedmart99

Google Map:
https://goo.gl/maps/8dFXJAcJFyj

Ketarangan lanjut: Boleh whatsapp +60122290944 atau lihat ke pautan ini.

No comments:

Post a Comment