Friday, September 8, 2017



The Oppressed Production dengan kerjasama Rumah Anak Teater mempertunjukkan

TEATER “KRONIK

Karya & Arahan: Fahmi Harun

Sebuah cerita yang bergenrekan Tragikomedi

Lakonan: Amirul Syakir, Roshafiqroslee, Adena Sams

SINOPSIS:
Kisah seorang pesakit yang mengalami gangguan halusinasi yang pergi mendapat khidmat nasihat seorang Doktor (Psychiatrist) untuk mendapatkan rawatan akibat kegagalan beliau untuk mengawal perasaan setelah putus hubungan dengan kekasih hatinya. Keadaan pesakit yang sering berhalusinasi kekasih sebenarnya, menurut doktor tersebut telah berada pada tahap yang membimbangkan. Namun, pesakit bertekad untuk meneruskan rawatan meskipun ianya sangat merbahaya. Persetujuan diantara pesakit dan juga doktor sudah dicapai. Selanjutnya, kaedah rawatan doktor menentukan kesudahan teater ini. Segalanya akan terjawab di dalam pementasan teater Kronik.

TEMA:
Karya ‘Kronik’ ini dihasilkan di dalam bentuk teater untuk mengangkat martabat seorang perempuan bahawasanya, wanita bukanlah hamba kepada lelaki-lelaki. Wanita adalah kaum yang perlu dijaga dan dilindungi oleh kaum lelaki. Perbuatan lelaki yang mempergunakan wanita untuk kepuasan mareka adalah suatu perbuatan tercela dan memalukan.


"Saya selaku pengarah dan penulis teater Kronik ini berharap agar teater ini dapat mendidik masyarakat kita untuk menghargai kaum wanita dengan menjaga dan melindungi mereka secara tulus ikhlas. Islam mengajar kita untuk sentiasa berkelakuan baik dan menghormati mereka. Sebagai penganut agama Islam kita dituntut mendengar segala perintah Allah swt ke atas kaum wanita yang perlu diketahui oleh para lelaki. Akhir kata dari saya Fahmi Harun, saya berdakwah melalui teater dan saya berharap masyarakat boleh menerima karya saya in shaa allah.
“Berteater kerana Allah, dan Allah akan memberkatinya!
” - Fahmi Harun


 Penerbit Eksekutif: Faisal Mustaffa
Pengarah Artistik: SakDon

Tarikh: 8 & 9 September 2017
Masa: 830 - 11pm
Tiket: RM15 (umum), RM10 (pelajar)

Tempat: SACC Mall, Jalan Perbadanan 14/9, 40000 Shah Alam

Sebarang pertanyaan: Whatsapp +60122290944

2 comments:

Judi Online said...

Live Casino 338A is an abbreviation of Sports Bookie Online Bet which provides online betting services in the field of sports. Not only Sports, Sbobet also has a Casino game or commonly known as Sbobet 338a or 338a.

Terrence M said...

Appreciate you blogginng this

Post a Comment