Saturday, September 16, 2017

MALAY.... YOU


Sungguhpun stand-up comedy telah pun wujud di United Kingdom di abad ke-18 lagi, namun ianya masih dianggap baru di Malaysia ini. Tiada terjemahan khusus untuk stand-up comedy yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Maka dengan itu, ianya digelar lawak berdiri walaupun tidak mendapat pengiktirafan daripada pihak yang berwajib. Hipotesis kami meletak bahawa melayu mungkin sukar untuk menerima bahan yang sinis, sukar bagi seseorang komik itu berada sendirian di atas pentas, membuat jenaka spontan dan berinteraksi dengan penonton.

Budaya lawak berdiri masih tidak popular di Malaysia tetapi ianya diangkat oleh kumpulan teater radikal RUMAH ANAK TEATER untuk memberkenalkannya dalam bahasa melayu. Sebagai permulaan, RUMAH ANAK TEATER mengadakan projek printis bersama PJLive Arts. Projek perintis dimulakan pada 1 Mei 2014 bertempat di Cabaret PJLive Arts, Petaling Jaya. Ianya diadakan secara konsisten dan setakat ini telah berjaya mementaskan 46 episod sehingga kini. Ia dijalankan di merata tempat termasuk di Shah Alam dan Johor Bahru.


PEMENTASAN

23 September 2017  (9pm), Sabtu
24 September 2017 (9pm), Ahad

Tempat: Black Box, Tingkat 2 SACC Mall, 40000 Shah Alam.

TIKET

RM15 bagi umum
RM10 bagi pelajar (pelajar, OKU)

Setiap pementasan mempunyai 10 minit waktu rehat.

TEMPAHAN
Telefon / whatsapp +60122290944

PERTANYAAN
Blog: www.rumahanakteater.blogspot.com
Facebook: Rumah Anak Teater 
Twitter: RumahAnakTeater  #CeritaMalamJumaat
Instagram: Rumah Anak Teater
Emel: rumahanakteater@gmail.com


TENAGA PRODUKSI





PENERBIT EKSEKUTIF
Faisal Mustaffa (46 tahun) merupakan Pengarah Urusan kepada RAT Production. Memiliki Sarjana Perniagaan dan Pengurusan UKM (2001), beliau juga memiliki syarikat penerbitan sendiri, Merpati Jingga. Di bawah RAT Production, beliau telah menerbitkan Teater Kompilasi vol 1 (2008), Teater Kompilasi II (2009), teater Tanda Kompilasi III (2010), teater Pokok Kelapa Sayang (2010), teater Banduan Akhir di Sel AKhir (2011), teater kanak-kanak Kampung Semut + Tanda Kecil kompilasi IV (2011), teater Short Eyes (2011), teater SeNaPas (2011), Aku Manusia Berdosa Kompilasi V (2012). teater Beng Hock (2012). Beliau juga menerbitkan filem Jalan Pintas (2011) yang diarahkan oleh Nam Ron dan Ragut (2013).

KOMIK
HISHAMUDDIN RAIS seorang pelawak berdiri (sebut, stand-up comedian) sepenuh masa disamping mengemaskini blognya TUKARTIUB setiap hari. Beliau juga yang memulakan kumpulan DAPUR JALANAN yang memberi makanan percuma kepada gelandangan setiap Ahad di Kuala Lumpur. Sebagai seorang aktivis politik, beliau banyak mengongsikan pengalaman beliau setiap kali ditahan dalam persembahannya.

TERUNA WANGI adalah seorang wartawan politik dan gemar bercerita tentang pengalaman bertemu personaliti-personaliti politik. Jika tidak menulis, beliau akan menari bachata dan salsa bersama gadis-gadis Kuala Lumpur yang cantik dan wangi. Selain menari, beliau juga seorang cikgu dating. Jika tidak mengajar, beliau berlari marathon atau makan pizza. Topping pizza kegemarannya adalah MILF.

AYIM RAZAK atau nama sebenarnya Abdul Rahim Razak seorang standup comedian muda yang menetap di Shah Alam, Selangor. Bermula sebagai regular performer di Malam Komedi BAHAHASA Crackhouse Comedy Club KL, CERITA MALAM JUMAAT (Rumah Anak Teater) dan Gelak Khas Afdlin’s Comedy Planet Kuala Lumpur. Beliau mula dikenali apabila berjaya tersenarai sebagai Top 30 LAWAK SOLO Astro pada tahun 2016 dan berjaya mendapat tempat ke-4 di dalam pertandingan KUALA LUMPUR INTERNATIONAL FESTIVAL 2017 (KLICFEST 2017) anjuran Harith Iskander.

FILZAH AWOK atau nama sebenarnya Filzah Azmi lahir dari kumpulan komedi AWOK yang menyertai Maharaja Lawak Mega (Astro 2014, 2015), Projek Komedi Warna (Astro 2015). Beliau juga muncul dalam Skool of Lawak (Naib Juara) dan Bintang Mencari Bintang (TV3). Dalam bidang teater, Filzah terlibat sebagai pelakon bagi pementasan Bangsawan Cincin Naga Api (JKKN), Pelayaran Panglima Awang (JKKN), Nyiur Gading Puncak Mahligai (JKKN), Dia Panggil Abang (JKKN), Sandera (DBP), Ladies Night (PERKEP/PDRM).
Dalam bidang standup comedy pula, beliau muncul dalam Standup Live Acoustica (KAWD), Comedy On The Go! (Elephant Rock), Standup Vaganza (Afdlin Shauki Comedy Planet), Rojak Comedy (Crackhouse Comedy Club KL), Bahahasa Raya (Crackhouse Comedy Club KL), Cerita Malam Jumaat Raya (Rumah Anak Teater), Gelak Khas Raya (Comedy Planet KL), One Mic Stand The All Female Show, Cerita Malam Jumaat Merdeka (Rumah Anak Teater), Gelak Khas Merdeka (Comedy Planet).

SHASHIC atau nama sebenarnya Muhammad Noor Shashic Iewan dicungkil bakatnya melalui persembahan Cerita Malam Jumaat dan seterusnya sering muncul dalam persembahan anjuran Crackhouse Comedy Club KL. Kariernya semakin berkembang selepas memenangi KLICFEST 2017 anjuran Harith Iskander. Beliau juga pernah dijemput menjadi juri dalam pertandingan open mic di Comedy Planet. Menerusi program tv, Shahshic pernah muncul dalam program Komediri (Astro 2015, 2016), Sembang Teh Tarik Kaw (Astro).

6.6 NIZAM JENTIK JENTIK atau nama sebenarnya Nizam Yusof merupakan seorang standup comedian, emcee dan hos bagi pelbagai acara. Beliau berjaya ke peringkat separuh akhir dalam pertandingan Lawak Solo (Astro). Beliau pernah muncul dalam program Komediri (Astro, 2016), Sembang Teh Tarik Kaw (Astro), Oit! Jaga Mulut (Ifflix) dan Huru-hara (HyppTV Inspirasi).


8.0 RUMAH ANAK TEATER
Rumah Anak Teater (RAT) adalah sebuah komuniti seni yang sudah terkenal di kalangan penggiat seni. Kumpulan ini telah ditubuhkan secara tidak rasmi pada Oktober 2008. Ianya diasaskan oleh Nam Ron bersama beberapa anak muda seni yang berjiwa kental iaitu tergolong dari kalangan bekas pelajar-pelajar Akademi Seni Kebangsaan. RAT adalah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh penggiat muda seni persembahan. Penubuhan RAT pada asasnya adalah bagi memastikan kesinambungan kerja-kerja seni persembahan diteruskan oleh anak-anak muda melalui bengkel, diskusi dan persembahan. Bagi memastikan usaha-usaha ini bergerak, RAT telah melaksanakan suatu rancangan jangka panjang yang dinamakan Projek Komuniti Kental atau singkatannya Projek KoKEN. Rumah Anak Teater (RAT) pernah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Selangor iaitu melalui teater Short Eyes pada tahun 2010 dan Teater Tanda pada (2010) iaitu kedua-dua teater ini dipentaskan hasil kerjasama antara RAT bersama Pelancongan Selangor bertempat di PJLA , Jaya One Petaling Jaya.


No comments:

Post a Comment