Wednesday, April 24, 2013

M.Butterfly: When is a play not a play?



When a new play is premiered, the focus of the criticism is on the text. Is it original? Is it relevant? Is it spelt out in a way that makes sense? The team’s technical abilities are secondary to the idea being presented.

Further reading

Sunday, April 7, 2013

PENGURUS PENTAS M.BUTTERFLY: Nur Ameera Ramli




NUR AMEERA BT MOHD RAMLI 
Gadis berusia 27 tahun yang dibesarkan di Kuala Lumpur ini mula melanjutkan pelajaran dalam bidang lakonan di UiTM pada tahun 2004 dalam jurusan Diploma Seni Persembahan (Seni Lakon) sebelum melanjutkan pelajaran ke Jabatan Drama Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Muda (Pengarahan).
 
Sikap ramah dan mudah didekati beliau menyebabkan beliau banyak mendapat tawaran untuk berlakon dalam short film oleh para pelajar kursus skrin semasa di UiTM, walaupun beliau merupakan seorang pelajar teater. Bermula dengan teater SELENDANG JIWA, beliau kemudiannya terlibat dalam teater ALANG RENTAK SERIBU arahan Azhan Abd Rani sebagai pelakon dan teater MUZIKAL RAM, juga sebagai pelakon sebelum menyertai Festival Teater Selangor 2006 bersama THE ART STAGE CLUB (A.S.C) melalui teater AYAM JANTAN AYAM BETINA dan WAJAH LUMPUR sebagai WATI. Melalui watak WATI, beliau telah memenangi anugerah PELAKON WANITA TERBAIK bagi  Festival Teater Selangor 2007 dan Festival Teater Kebangsaan 2008.
 
Selain itu, beliau juga banyak terlibat dalam program mendeklamasi puisi sebagai penyajak, sebagai pekerja belakang tabir produksi teater dan terlibat sebagai korus dalam Teater URMI yang dipentaskan di Istana Budaya. Teater THE BIRDS merupakan penilaian beliau di Universiti Malaya yang dipentaskan di Auditorium Muzium Negara. Membawa watak Iskandar Muda di dalam pementasan MAK YONG TITIS SAKTI arahan Zizie Zulkifli yang dipentaskan di KLPAC. TANGAN KIRI AYAH adalah persembahan monodrama beliau yang telah berjaya di Festival Teater Selangor baru-baru ini dan terpilih untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. Terbaru beliau baru mementaskan teater KOMPILASI VOLUM 2 (LEGASI) di bawah Rumah Anak Teater (RAT).

Graduan Sarjana Muda ini pernah mengarah naskah “OOI YANG DI ATAS SANA” karya allahyarham Samoza untuk penilaian akhirnya di Universiti Malaya pada tahun 2010. Beliau juga banyak melibatkan diri di belakang tabir sebagai Pengurus Pentas bagi pementasan RANCANGAN HARI JADI TERHEBAT ADLI, SCANDALICIOUS ISSUE, SERANGAN PERTAMA ZOMBIE DI MALAYSIA, MEDEA, MUZIKAL UDA DAN DARA, MUZIKAL TERIMA KASIH CINTA, LAT KAMPUNG BOY SEBUAH MUZIKAL & PROJEK DISKO BALDI.

Sifat ingin tahu dan mencuba yang tebal dalam diri beliau kini membuatkan beliau beralih arah ke dunia tv/filem sebagai penolong pengarah/koordinator artis di PESONA PICTURES. Beliau baru sahaja selesai pembikinan filem PUTERA NEGARA arahan Shuhaimi Baba. Walaupun begitu berkarya di atas pentas masih lagi menjadi keutamaan beliau. Terbaru di dalam telemovie Aku Dia Dan Tong Sampah serta 90 Hari beliau mencuba posisi sebagai Penolong Penerbit. Beliau baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama 8 episod bertajuk Arka arahan Shuhaimi Baba sebagai coordinator artis/penolong pengarah(3). Selain itu beliau juga aktif berlakon antaranya di dalam teater Kawan Kawan Yang Kita Suka dan terbaru filem pendek Odah arahan Junad M. Nor.

Art is your personal diary where you may colour your thoughts and emotions on a page. –Sara, Los Cerros Middle School, 1999.









Wednesday, April 3, 2013

KENYATAAN MEDIA: Remy Ishak Tarik Diri Berlakon Teater M.BUTTERFLY

Pelakon TV Paling Popular Berita Harian (2009 & 2010) dan Pelakon Filem Terbaik Anugerah Skrin TV3 (2011), Remy Ishak menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada berlakon dalam produksi teater M.BUTTERFLY yang dijadualkan dipentaskan bermula 11-14 April 2013 ini di Blackbox, PUBLIKA Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Remy (31 tahun) memaklumkan kepada pihak produksi bahawa pihak pengurusannya tidak bersetuju untuk beliau memainkan naskah M.BUTTERFLY yang mempunyai elemen seksual dan politik.

Drama  yang diinspirasikan oleh opera Madama Butterfly Giacomo Puccini memaparkan watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China. Gallimard jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.

M.BUTTERFLY pernah dipentaskan di Euqene O’Neill Theatre, New York Amerika Syarikat pada 20 Mac 1988 hingga 27 Januari 1990 selama 777 kali pementasan yang diarahkan oleh John Dexter dan pernah difilemkan selama tiga kali yang berlainan pengarah iaitu David Cronenberg, Jeremy Irons dan John Lone.

Selain itu filem M.Butterfly pernah memenangi dua anugerah iaitu Cerita Terbaik di Drama Desk Award dan Tony Award pada tahun 1988.

Peranan yang dimainkan oleh Remy Ishak akan dipikul oleh Benjy. Benjy (35 tahun) mula berkecimpung dalam dunia lakonan seawal usia satu tahun. Beliau muncul buat pertama kali dalam drama hitam putih, Lembayung Petang. Sejak itu, Benjy membintangi banyak drama televisyen, siri komedi, filem dan pementasan teater. Antaranya ialah Perempuan, Kembali, Baginda, Kampungku, Buddies, Hanya Untukmu, Charlie’s Aunty, Spilt Gravy on Rice dan Kerana Cintaku Saerah (Jibek). Benjy pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin untuk lakonannya dalam drama Kembali dan Hanya Untukmu. Kemenangannya dalam Kembali mencatatkan kali pertama dalam sejarah Malaysia di mana ibu (biduanita Azean Irdawaty) dan anak dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik dalam drama yang sama. Beliau juga pemenang termuda dalam kategori itu.

Pementasan M.BUTTERFLY karya asal David Henry Hwang ini akan diarahkan oleh Mislina Mustaffa, pelakon/pengarah teater dan filem. M.BUTTERFLY yang bakal dipentaskan ini merupakan teater yang dialih bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

Pementasan produksi Rumah Anak Teater (RAT Production) ini mendapat geran pengurangan kos produksi kelolaan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dan menjadi sebahagian daripada MAP Festival yang berlangsung 23Mac-21 April di PUBLIKA, Sloaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan boleh diusulkan kepada Faisal Mustaffa (012-2290944 atau rumahanakteater@gmail.com) selaku penerbit.