Thursday, April 26, 2012

Curtain Call: Projek Asas Teater

Drama queens and kings, rejoice! Jointly organized by myHarapan and acclaimed performing arts collective Rumah Anak Theatre, Projek Asas Teater is an intensive 9-week course designed to equip aspiring thespians with basic skills and knowledge in acting, dance, music and scenography.

Under the watchful eyes of a group of trainers and facilitators from various art and media backgrounds, participants will be coached in their respective chosen fields based on specially-constructed syllabi. These include trips to actual performing arts productions and the opportunity to star in one of their very own!

Lest you think that is all Projek Asas Teater has going for it, think again. Malaysia is a treasure trove of hidden creative talents. But like all treasure troves, they must be unearthed first. This is the foremost objective of the project, in addition to providing a platform for budding young individuals to develop their abilities, showcase them to a wider audience and hopefully further their careers in the cutthroat make-or-break world of entertainment.

Training will commence every Tuesday + Wednesday and Saturday + Sunday from April 24th to July 18th at Studio 1, PJ Live Art Theatre (directions). Actors and actresses will take to the floor at 9 to 11 a.m. followed by dancers at 11 a.m. to 1 p.m., musicians and singers at 2 to 4 p.m. and scenographers at 4.30 to 6.30 p.m.

Modules are as follows:

Drama | Breathing techniques, vocal projection, body exploration, blocking, observation, imagination, movement, expression, improvisation and memory recall.

Dance | Body manipulation, movement, dance & breathing techniques, step plan & music beat identification, dance count basics, movement & dance expression and dance & movement choreography basics.

Music and vocal training | Vocal & notation basics, singing, listening, breathing & instrument techniques, song-writing, pop & musical singing and music & song choreography.

Scenography | Scenography basics, color, shape, form, line, light & space identification, perspective, set sketching and set model construction.

If we have piqued your curiosity or if you have any burning questions, send them over to Siti Yuhanis at sitiyuhanis@myharapan.org.



*********************************************************************************************

Memanggil semua peminat-peminat drama! Dianjurkan oleh myHarapan dan kolektif seni persembahan Rumah Anak Teater, Projek Asas Teater ialah sebuah kursus intensif 9-minggu yang direka untuk melengkapkan penghibur-penghibur muda dengan kemahiran dan pengetahuan asas dalam bidang lakonan, tarian, muzik dan sinografi.

Di bawah pemerhatian sekumpulan jurulatih dan fasilitator dari pelbagai latar belakang seni dan media, para peserta akan dibimbing dalam bidang masing-masing berdasarkan sukatan pelajaran yang dibina khas. Ini termasuk lawatan ke persembahan teater sebenar dan peluang untuk terlibat dalam produksi teater musikal sebenar!

Jika anda berfikir yang inilah semua yang melambangkan Projek Asas Teater, fikirkan sekali lagi. Malaysia mempunyai pelbagai bakat-bakat kreatif tersembunyi yang perlu dicungkilkan. Ini adalah objektif terkemuka projek ini, di samping menyediakan satu platform untuk para individu muda membangunkan kebolehan mereka, mempamerkannya kepada khalayak ramai dan melanjutkan kerjaya mereka dalam dunia hiburan.

Latihan akan bermula pada setiap hari Selasa + Rabu dan Sabtu + Ahad dari 24hb April hingga 18hb Julai di Studio 1, PJ Live Art Theatre (hala tujuan). Pelakon bermula pada pukul 9 hingga 11 pagi, diikuti oleh penari pada 11 pagi hingga 1 petang, pemuzik dan penyanyi pada 2 hingga 4 petang dan ahli sinografi pada 4.30 hingga 6.30 petang.

Modul adalah seperti berikut:

Drama | Teknik pernafasan, projeksi vokal, eksplorasi tubuh, ‘blocking’, observasi, imaginasi, pergerakan, ekspresi, improvisasi dan ‘memory recall’.

Tarian | Pengolahan tubuh, teknik pernafasan, gerakkan, tarian & koreografi, pengenalan tubuh, bit lagu & pelan langkah, asas kiraan, ciptaan tarian & gerakan dan ekspresi gerakan.

Musik and vokal | Asas vokal & notasi, teknik pernafasan, nyanyian, pendengaran & instrumen, penulisan lirik, penciptaan musik dan lagu dan nyanyian pop & musikal.

Sinografi | Asas sinografi, pengenalan warna, bentuk, rupa, garisan, ruang & cahaya, perspektif, lakaran set dan pembuatan model set.

Ingin tahu lebih lagi? Silalah hantar sebarang persoalan anda ke Siti Yuhanis di sitiyuhanis@myharapan.org.

Friday, April 13, 2012

TEATER EKSPERIMENTAL TEPUK AMAI-AMAI MEREALISASIKAN IMPIAN

Tepuk Amai-amai ialah lagu yang sering dimain-mainkan oleh ibu, penjaga mahupun diajar di peringkat pra-persekolahan yang sedang melalui alam pertumbuhan.
Mesej yang sama telah digunapakai oleh sebuah kumpulan teater baru dalam memperkenalkan kumpulannya dan produk terbaru mereka. Pementasan Teater Eksperimental Tepuk Amai-Amai merupakan hasil daripada usaha Revolution Stage (RS) yang telah mengadakan bengkel lakonan secara PERCUMA - FirstTimeWorkshop : Bengkel Asas Lakon yang mana telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Muzium Negara. Hanya 6 orang peserta sahaja yang telah terpilih untuk menjalani bengkel selama sebulan bermula 20 Februari 2012 lepas. RS mengambil inisiatif ini untuk membuka peluang kepada bakat-bakat baru yang berminat dalam seni teater. Melalui bengkel ini pihak RS berharap bakat-bakat baru yang berilmu dan berkualiti dapat dihasilkan. Ianya juga membuka peluang untuk mereka beraksi di pentas menemui khalayak sekaligus mempromosikan bakat yang dimiliki kepada penggiat industri. Peserta akan melakukan pementasan selama 4 hari di Auditorium Muzium Negara di akhir bengkel ini.

Teater Ekperimental ini dijadikan sebuah device play oleh Khairunazwan Rodzy bersama para peserta bengkel mereka melalui temanya, 'cita-cita dan impian' sebagai kes yang diperbincangkan serta isu yang diketengahkan.
Hasil yang diperolehi berkisarkan tentang kehidupan zaman persekolahan yang melibatkan watak-watak seperti Pelajar, Guru, Ibu Bapa dan Keluarga. Plotnya bergerak berlandaskan watak para pelajar yang berusaha keras untuk mencapai cita-cita dan impian masing-masing sehingga berjaya. Pelbagai konflik berlaku semasa proses usaha mereka, cabaran, halangan, tekanan serta dugaan telah sebati dalam diri mereka.
Pementasan teater ini dijadikan sebagai suatu karya yang penuh dengan rasa dan perasaan yang pernah dirasai oleh setiap yang sedang atau pernah bergelar sebagai seorang pelajar. Rasa dan perasaan itu telah diberi sentuhan satira yang padat oleh pengarah dan para pemainnya.
Teater ini menyentuh perihal kehidupan pelajar yang bermasalah dalam pelajaran serta bermasalah dalam kehidupan keluarga masing-masing. Disamping itu, sikap kebanyakan ibu bapa juga digarapkan bagi memberi kesedaran tentang hubungan anak, pelajaran, ibu bapa dan impian. Keadaan di sekolah yang dibangkitkan mengenai cerita guru-guru sebagai pendidik yang sangat menginginkan pelajar-pelajar mereka yang cemerlang dan berjaya mencapai cita-cita pelajar dan impian sekolah. Kesemua isu tersebut telah diberi sentuhan satira yang bakal memberi kesan menarik dan humor dalam pementasan ini.
Para peserta terdiri daripada mereka yang berada di kalangan umur 18-30 tahun dan mampu memberi komitmen selama sebulan. Bengkel tersebut bermula pada 13 Februari 2012 di Bangunan Warisan Negara, Kampung Baru. Bengkel ini akan dijalankan oleh teraju RS iaitu Khairunazwan Rodzy yang berpengalaman. Beliau merupakan Pengarah teater Badai Semalam dan pernah melatih peserta rancangan realiti Pilih Kasih I dan II.

Pementasan ini dijayakan oleh Asyraf Afif, Aznah Mohamed, Dila Abd. Ghani, Azlin Nur Mohd, Adinda Atie, Nur Ismah Atirah.
Tepuk Amai-amai akan berlangsung di Auditorium Muzium Negara Kuala Lumpur pada 12 hingga 15 April 2012, 8.30 malam. Pada 14 dan 15 April terdapat dua persembahan; 3.00 petang dan 8.30 malam.
Tiket dijual pada harga RM 20 (Dewasa) dan RM 10 (Pelajar, OKU).
Penerbitan ini mendapat kerjasama dengan Revolution Stage dan Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Muzium Negara. Sebarang pertanyaan mengenai pementasan ini boleh menghubungi Roselawaty (012-3843010).
REVOLUTION STAGE merupakan syarikat yang ditubuhkan pada 2006 pada mulanya oleh Khairunazwan Rodzy, namun kini ianya didaftarkan semula bersama graduan - graduan seni persembahan gabungan dari beberapa institusi pengajian tinggi (IPT). Revolution Stage dijadikan platform dan medan anak - anak muda ini melahirkan karya- karya bermutu bukan sahaja untuk kelompok penikmat seni malah kepada khalayak umum.

Secara tidak langsung, graduan-graduan yang menerajui Revolution Stage telah melibatkan diri ke peringkat yang lebih profesional. Selain itu, Revolution Stage juga turut bersama memeriahkan lagi industri seni tanah air dalam bidang teater. Dengan pengalaman selama menuntut di IPT masing-masing dan pengalaman yang dikutip daripada produksi-produksi luar, pengurusan syarikat ini mampu diuruskan dengan lebih sistematik dan terkawal.

Penggerak Revolution Stage terdiri daripada anak-anak muda yang mempunyai fokus serta matlamat untuk membawa pemikiran baru yang lebih efektif dan dinamik kepada khalayak umum melalui corak persembahannya. Khalayak dapat menikmati hasil sentuhan kreatif yang mempunyai dimensi baru. Bersesuaian dengan nama ‘revolution’ yang membawa maksud perubahan, membuktikan peneraju syarikat Revolution Stage membawa perubahan daripada takok lama ke era baru yang lebih mencabar.

Revolution Stage juga mendapat kerjasama dengan penggiat seni yang tidak asing lagi dalam bidang persembahan teater iaitu Sahili Abdan atau lebih dikenali dengan Nam Ron. Beliau selaku penasihat serta pengkritik bagi syarikat Revolution Stage banyak membantu daripada segi kualiti dan mutu hasil kerja kreatif Revolution Stage. Dengan kerjasama tersebut, adalah diharapkan syarikat ini akan lebih berkembang pesat seiring dengan kesenian dan warisan negara.

Antara program yang pernah dianjurkan oleh Revolution Stage, Teater WAKTU Eksperimental Merdeka di MTC (2006), Teater Naturalisasi di Black Box Aswara (2007), Teater TyIcKooUnS di Auditorium DBP (2011), Teater SeNaPas di Stor DBP (2011), Tayangan Filem Pendek : ‘PangKal’ (Panggung Akal) di Stor DBP (2011), FirstTimeWorkshop : ‘Bengkel Asas Lakon’ di Bangunan Warisan (2012) dan banyak lagi.

Sunday, April 8, 2012

JLN.PINTAS : Adakah ini revolusi


Sebelum idea untuk membikin sebuah filem bebas seperti ini, kami ingin menghasilkan sebuah filem yang berupaya bersaing dengan filem-filem yang berulang-ulang dihasilkan oleh produksi filem yang sama.
Dengan segala kekurangan yang ada, kami cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan sedikit sumber pembiayaan. Namun, semua harapan gagal. Ada teman-teman yang sudah tahu tujuan asal aku memanggil, sudah tidak menjawab panggilan sungguhpun sms sudah dikirim terlebih dahulu.
Selepas berbincang dengan pengarah Nam Ron, beliau begitu optimis untuk meneruskan juga (sungguhpun tiada sumber yang dapat meyakinkan). Aku dibawa berjumpa dengan sekumpulan pelakon-pelakon dan dari itu, mereka semua bersetuju untuk menyertai projek ini dengan limitasi-limitasi yang ada.
Kami bersetuju untuk menetapkan misi bahawa filem yang bermesej seperti JALAN PINTAS ini perlu lebih mendekati khalayak ramai. Keuntungan daripada pengeluaran filem- filem tempatan banyak disalurkan kepada pengusaha-pengusaha pawagam.
Aku berfikir sejenak, “Pengeluar-pengeluar filem hanya mampu memerah idea dalam pembikinan dan hasil titik peluh tersebut, sungguhpun mendapat tarikan ramai akhirnya mendatangkan kerugian walaupun keuntungan kasar yang berbaloi.”
Aku tidak mahu perkara sebegitu berlaku kepada aku.
Aku tidak mahu filem aku nanti mendapat banyak pujian tetapi modal yang dikeluarkan tiada pulangan. Kami juga perlu bermandiri.
Aku sedia maklum lambakan filem yang ditayangkan di pawagam hanya bermotifkan keuntungan. Kualiti pembikinan tidak menjadi matlamat utama. Pada masa yang sama, aku tetap dan masih percaya keuntungan dan pengiktirafan akan datang dengan sendiri apabila kesungguhan diletakkan di dalam pengisiannya.
JALAN PINTAS merupakan filem pertama keluaran Rumah Anak Teater yang kini didaftarkan sebagai RAT Production. Ia diarahkan oleh Nam Ron dan jalan cerita oleh Ayam Fared. Ramai pelakon yang bersetuju untuk terlibat di dalam projek filem KoKEN ini termasuklah pelakon-pelakon filem seperti Bront Palarae, Zahiril Adzim, Mislina Mustaffa, Sharifah Amani, Sara Ali, Amerul Affendi. Pelakon-pelakon drama Beto Kusyairy, Xavier Fong, Azhan Rani, Ghadafi Meliki, Yaya Nadzri. Ia menampilkan bakat muda baru Auf Razak yang diberi tanggungjawab sebagai pelakon utama filem ini.
JLN.PINTAS sebuah naskah yang penuh dengan kritikan tentang sistem yang kita amalkan sekarang, kekecewaan anak muda dalam mencapai cita-cita dan penindasan hidup yang berakir dengan perlakuan jenayah.
Beban PTPTN
Aku bersimpati dengan nasib-nasib pelajar IPTA dan IPTS sekarang yang terpaksan dibebani hutang sebaik sahaja selesai pengajian mereka. Jaminan kerja masih tidak lagi diberikan oleh industri-industri yang mereka impikan sewaktu di zaman universiti lagi.
Sekiranya mereka gagal untuk membayar hutang PTPTN, mereka akan disenaraihitamkan dari pergi ke luar Negara. Tidak kira apa alasannya termasuklah tujuan ke luar Negara untuk mewakili Negara atas pencapaiannya tersendiri. Di dalam kes Mislina Mustaffa (salah seorang pelakon di dalam JLN.PINTAS, beliau terpilih untuk mewakili Malaysia untuk ke Festival Filem Cannes kerana kejayaan filem KARAOKE yang dilakonkan tetapi dihalang di imigresen Malaysia kerana tidak menjelaskan PTPTN. Dan usahanya di dalam KARAOKE bukanlah dibayar beribuan ringgit.
Tergelak pun ada, sedih pun ada….tetapi aku marah. Mengapa perkara begini berlaku. Adakah pegawai imigresen bodoh sampai ke tahap itu?

Para ibubapa sering mengongkong anak-anak mereka untuk menerima apa tawaran universiti kerana bagi mereka, yang penting ialah segulung ijazah bukannya apa yang kita pelajari nanti akan bermanfaat. Adakah itu sebenarnya kehendak industri sekarang? Bukankah ini akan menghasilkan tenaga-tenaga yang tidak professional; sekiranya belajar di bidang lain dan bekerja di bidang yang berbeza?

Pada usia seawal 20 tahun, apabila melangkah keluar dari menara gading, dan pada kebetulan menjadi harapan keluarga sebagai anak sulung yang dapat menyara adik-adiknya – ini sudah tentu menjadi tekanan. Sungguhpun sudha dibebani tanggungjawab, mereka masih lagi belum diberi hak untuk mengundi.

Justeru, bagi mencapai cita-cita golongan ini, mereka memilih untuk mengambil jalan pintas. Jalan yang mereka pilih itu tidak semestinya berlandaskan undang-undang. Ini semua untuk kemandirian diri dan keluarga mereka.

Kemiskinan membawa kepada tekanan hidup. Inilah yang menjurus kepada aktiviti jenayah.