Wednesday, October 31, 2012
Teater Tattoo Gestapo suntik kesedaran bahaya dadah
SHAH ALAM, 31 OKT : Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negari Selangor akan mementaskan teater bertajuk Tattoo Gestapo di Free.Space@Kakiseni di SS Two Mall, Petaling Jaya pada 22-25 November ini.
Teater itu diarahkan oleh Wan Azli Wan Jusoh yang pernah mengarahkan Filem Budak Kelantan yang menimbulkan fenomena pada 2008.
Bacaan selanjutnya di sini.
Tuesday, October 30, 2012
Pengarah filem Budak Kelantan Ambil Cabaran Tattoo Gestapo
Wan Azli Wan Jusoh (Pengarah teater Tattoo Gestapo)
Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Wan Azli Wan Jusoh tetapi ramai yang pernah dengar filem Budak Kelantan yang menimbulkan fenomena pada 2008 kerana memaparkan jujur di layar perak.
Dalam arena teater pula Wan Azli yang mesra dengan panggilan Wae pernah mengarah teater yang kemudiannya dibawa ke filem oleh Nam Ron, Agi Ni Jadi Jjaha’ (2006), Supertui! Dan Transit Kaler Magenta (2006), Cikgu Mizi (2006) dan Asrar (2010) juga Asrar2 (2011).
Wae kini akan memulakan pengarahan beliau bersama Rumah Anak Teater melalui pementasan Tattoo Getapo lakonan Benjy, Pekin Ibrahim, Azman Hassan dan pelakon baruhasil didikan Rumah Anak Teater, Doul.
Rumah Anak Teater memilih beliau untuk mengarah projek terbaru mereka, Tattoo Gestapo atas kewibawaan beliau selama ini dan telus dalam membawa sesuatu naskah itu.
Apabila bertanya mengenai penarikan pengarah asal Hariry Jalil, penerbit eksekutifnya, Faisal Mustaffa memberitahu bahawa Hariry sendiri yang memaklumkan kepadanya bahawa beliau menarik diri tanpa memberi sebarang alasan. Oleh yang demikian, Nam Ron yang bertindak sebagai Pengarah Artistik bagi pementasan itu telah mencadangkan Wae untuk memikul tanggungjawab tersebut.
“Selepas meneliti jalan cerita yang berkisar mengenai dilema banduan-banduan dalam penjara yang akan dijatuhkan hukuman mati, Wae menerimanya”, jelas Faisal.
Faisal bersyukur dengan persetujuan tersebut dan mengaggap bahawa Wae amat bersesuaian dengan naskah ini. Pelantikan Wae sebagai pengarah Tattoo Gestapo ini juga telah diteima baik oleh seluruh tenaga produksi termasuk pelakon-pelakonnya yang diterajui oleh Benjy dan Pekin Ibrahim.
Atas pelantikan beliau juga telah memberi kepercayaan untuk exco Kebudayaan Negeri Selangor, YB Rodziah Ismail untuk menaja separuh daripada kos pementasan tersebut dan seterusnya menjadi salah satu program kesedaran rakyat Negeri Selangor mengenai risiko pengedaran dadah dan hukuman mati.
Teater Asrar2 yang dipentaskan pada 2011 juga ditaja sepenuhnya oleh Kebudayaan Negeri Selangor dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT).
Tattoo Gestapo akan dipentaskan di Free.Space@Kakiseni di SSTwo Mall, Petaling Jaya pada 22-25 November 2012. Tiket berharga RM25 boleh diperolehi dengan menghubungi 012-2356417.
RSVP di facebook.
RSVP di twitter.
Saturday, October 27, 2012
Kebangkitan Semula Benjy
PERTEMUAN Kosmo! bersama aktor Benjy untuk sesi fotografi Hari Raya Aidiladha yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini berjalan dengan cukup lancar.
Pertama kali menatap wajah lelaki yang pernah didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.24 gram pada Mac, 2010 dan ditahan selama dua tahun di penjara memberi pandangan yang berbeza.
Wajah dan tubuh Benjy semakin susut sejak dibebaskan tanpa syarat pada Januari tahun ini. Penampilannya nampak meyakinkan, kemas dan segak berbaju kemeja serta berseluar jean.
Dia juga cukup ramah menegur orang di sekelilingnya bagai tiada sejarah hitam yang pernah berlaku kepadanya. Senyuman juga sentiasa tersimpul di bibir tanda bersedia menghadapi khalayak.
Bacaan selanjutnya di sini.
Friday, October 26, 2012
Saturday, October 20, 2012
Keluarga sumber kekuatan
Pada tahun 2010, industri hiburan dikejutkan dengan cerita seorang pelakon popular menghadapi tuduhan memiliki makmal memproses dadah di kediaman miliknya di sekitar Kuala Lumpur.
Bermula dari situlah kehidupan Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 34, mula berubah 100 peratus apabila masyarakat serta peminat mula mencemuh walaupun mahkamah masih belum menjatuhkan sebarang hukuman ke atasnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121019/hi_01/Keluarga-sumber-kekuatan#ixzz2AxRbeEjr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, October 15, 2012
JAIS must not undermine right to silence and subvert constitutional order
16 Oct 2012
Civil Society Joint Press Statement
JAIS must not undermine right to silence and subvert constitutional order
We, the undersigned NGOs, calls for the charge against social and art activist Faisal Mustafa, who was the distributor of Canadian author Irshad Manji’s banned book, to be dropped.
The case has a significant consequence on the rule of law and constitutional order in Malaysia as Faisal was charged for exercising his right to silence during interrogation.
The Managing Director of book distributor Merpati Jingga, was charged under Section 215 of Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 for telling the Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) officials that he would answer their questions in court.
JAIS was then carrying out investigation on Merpati Jingga in connection with the Malay translation of Irshad Manji's banned title, “Allah, Liberty & Love” (Allah, Kebebasan dan Cinta).
JAIS’s decision to charge Faisal for his right to silence during interrogation, which is part of his constitutionally enshrined right to trial, is deeply disturbing and extremely alarming.
Derived from English common law, the right to silence is a key measure to protecting citizens from arbitrary actions of the government, especially persecution of political and religious dissidents.
By prosecuting Faisal, JAIS’ action has raised the question if the body has bent to demolish the right to silence and subvert Malaysia’s constitutional order.
JAIS must take an unequivocal stand on this matter. It must affirm the citizens’ right not to self-incriminate or be compelled to be a witness against themselves.
Should the unreasonable charge against Faisal be allowed to proceed on 31st January 2013 as scheduled, the JAIS will be acting against not only the right to silence, but also the common law system and the Federal Constitution it is tasked to uphold, not undermine.
Endorsing Organisations:
1. Islamic Renaissance Front (IRF)
2. Writer Alliance for Media Independence (WAMI)
3. Malaysians for Beng Hock (M4BH)
4. Lawyer for Liberty (LFL)
5. Sister In Islam (SIS)
6. Amnesty International Malaysia (AIM)
7. Centre for Independent Journalism
8. Rumah Anak Teater (RAT Production)
9. Buku Fixi
10. Matahari Books
11. ZI Publications
12. Projek Rabak
13. GOBOK Buku
14. Merpati Jingga
15. Civil Rights Committee of KL & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)
16. Tenaganita
17. LLG Cultural Development Centre
18. Pesatuan Komuniti Prihatin Selangor dan KL (PRIHATIN)
19. Bahagian Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Serdang Bharu
20. Youth Section of The KL & Selangor Chinese Assembly Hall
21. Kelab Bangsar Utama (KBU)
22. Institusi Bangsar Utama(IBU)
23. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
24. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
25. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
26. Rumah Air Panas (RAP)
27. Seksualiti Merdeka
28. Selut Press
29. Sang Freud Press
30. Solidariti Anak Muda Malaysia
31. Frinjan
Azean tetap kuat semangat, mampu berlawak
Dari kiri; Faisal Mustaffa (Penerbit), Azean Irdawaty (ibu Benjy), Pekin Ibrahim (pelakon), Nam Ron (Pengarah Artistik)
Terkejut juga melihat foto primadona Azean Irdawati dalam laman sosial Instagram milik pelakon berkarakter Pekin yang dimuatnaik petang ini. Pekin bersama rakan pelakon Namron melawat Azean yang berehat dan berubat di rumahnya melawan penyakit kanser yang dihidapi sekian lama.
Namun kata Pekin, Azean masih kuat semangat dan mampu buat lawak bila ada rakan melawatnya. Tapi dalam hati dia siapalah yang tahu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Azean memang seorang yang tabah melawan penyakitnya dan tetap mahu berubat. Sebab itu dia sedia menerima sumbangan sesiapa sahaja yang mahu menghulurkan sumbangan.
Sumbangan itu boleh mengurangkan bebannya dalam menanggung kos rawatan. Semoga Azean terus tabah melawan sakitnya itu.
Berita selanjutnya di sini.
Tuesday, October 9, 2012
Benjy lebih yakin bertemu orang ramai
9 Okt – Pernah mengalami masalah berat badan sebelum ini, Benjy kini lebih yakin untuk bertemu orang ramai setelah berat badanya turun dari 89 kg ke 74 kg.
Demi minatnya dalam bidang lakonan, pelakon yang juga anak kepada dramatis Azean Irdawaty ini memberitahu demi menjayakan wataknya di dalam pementasan teater 'Tattoo GESTAPO" dia harus menjaga dan mengawal berat badannya supaya tidak terlalu gemuk.
Bacaan selanjutnya di sini.
Thursday, October 4, 2012
Tuesday, October 2, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)