Friday, June 29, 2012
TRAGEDI BENG HOCK DI PENTASKAN
Tahun ini masuk tahun ketiga peristiwa berdarah yang berlaku terhadap insan bernama Teoh Beng Hock. Peristiwa ini menjadi gempar di seluruh Negara malah tempiasnya menusuk ke pelusok dunia. Beng Hock didapati mati di Tingkat 5 Menara Massalam, Shah Alam. Peristiwa itu menjadi tragedi yang amat berdarah terutamanya pihak keluarga yang mahu menuntut keadilan.
Rumah Anak Teater amat teruja dengan kronologi yang berlaku dan merasakan ianya suatu yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras yang mendakwa Beng Hock membunuh diri. Dulu, ramai yang tidak mengenali Teoh Beng Hock. Tetapi, sekarang, siapa yang tidak mengenalinya? Wajah mukanya yang ceria, wajah pilu tunangnya dan tubuhnya yang tersungkur di perkarangan bangunan di mana terletaknya SPRM terpahat di dalam ingatan semua. Ya, Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock ditubuhkan. Laporannya pun telah dikemukakan kepada Yang Dipertuan Agong ada 11 Jun 2011. Tetapi sehingga sekarang tiada pendakwaan berlaku. Malah, apa yang lebih menimbulkan persoalan ialah tiada laporan polis yang dibuat oleh SPRM atas kematian Teoh Beng Hock yang sepatutnya di bawah tanggungjawab SPRM. Pejabat SPRM terletak di Tingkat 14 bangunan yang sama.
Kita mengambil iktibar daripada kata-kata Beng Hock sendiri, “Alang berjawab, tepuk berbalas”.
Sehari sebelum mayatnya dijumpai, Beng Hock telah didatangi lima pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabatnya di Bangunan SSAS iaitu ibu pejabat Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu dalam siasatan berhubung dengan dakwaan penyalahgunaan dana peruntukan. Beliau dipanggil sebagai saksi dalam membantu siasatan ke atas tuntutan yang dibuat majikannya yang merupakan seorang YB.
Sudah tentu amat sukar untuk menceritakan seluruh huru-hara yang bermula daripada Beng Hock dipanggil ke SPRM sebagai saksi siasatan hinggalah hadirnya, pakar forensik Dr Pornthip Rojanasunand mengatakan bahawa Beng Hock telah mengalami kecederaam sebelum dia meninggal dunia. Oleh kerana terdapat kesan kecederaan lebam di tengkuk, cedera di dubur dan lebam akibat dipukul dengan objek kayu. Akibat daripada itu, dia dilarang memasuki Malaysia. Di dalam pementasan 40 minit ini, Rumah Anak Teater akan hanya menampilkan proses siasatan yang dijalankan selama 11 jam oleh enam orang dalam tiga sessi yang berlainan. Terdapat banyak percanggahan di mana ada saksi yang mengatakan urusan SPRM dan Beng Hock selesai pada pukul 3.45 pagi tetapi Beng Hock yang telah meminta untuk tidur seketika. Jika benar, mengapa Beng Hock enggan pulang dan tidak menghubungi ahli keluarganya, majikannya atau pun rakan-rakan terapat?
Temubual saksi bertukar menjadi interogasi. Beng Hock tidak dibenarkan pulang. Telefon bimbitnya dirampas. Mereka mahukan akses kepada emel peribadi Beng Hock. Beng Hock disoalsiasat sepanjang malam hinggalah ke subuh. Beng Hock waras, bahagia bersama tunang tercinta yang berada di ambang perkahwinan. Kewarasan itulah membawa kepada kematian – kematian daripada ketidakwarasan penyiasat.
Melalui fakta yang terkandung di dalam Laporan Suruhanjaya Diraja itu, Hariry Jalil telah mengolahkannya menjadi skrip untuk dipentaskan. Hariry Jalil juga bertindak sebagai pengarah kepada pementasan ini. Kita timbulkan seberapa banyak persoalan dan tandatanya kepada penonton.
Pementasan ini akan ‘mendera’ minda penonton!
Jadual pementasan:
Tempat: INDICINE, KLPAC, Sentul Park (off Jalan Ipoh), 51100 Kuala Lumpur
Tarikh: 6-8 Julai 2012 @ 8.30pm
8 Julai 2012 @ 3pm
MASUK PERCUMA
Tempat: Studio 1, PenangPAC, Level 3A, Quay One Wing, Strsits Quay, Jalan Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, 10470 Pulau Pinang.
Tarikh: 13-14 Julai 2012 @3pm dan 8.30pm
Tiket: RM 15
Hubungi: 04-8991722/2722
Facebook [logo] Malaysians for Beng Hock2
Twitter [logo] #BENGHOCK
Blog [logo] www.rumahanakteater.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Yang di KL tu bulan Jun ke Julai?
Kalau Jun, dah lepas lah ya?
salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !
Post a Comment