Friday, August 10, 2012
Anda dijemput ke Penilaian Akhir Pengambilan Kedua Bengkel Asas Teater 48 Hours Method (to be a performer)
Tarikh: 12 Ogos 2012, 830pm
Tempat: No.28-1, Jalan PJU 5/20D, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya, Selangor
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Faisal Mustaffa (Rumah Anak Teater) 0172002944 atau rumahanakteater@gmail.com
Persembahan akhir ini merupakan hasil latihan dan kolaborasi sesama perserta di bawah seliaan Ayam Fared. Ia mengandungi segmen-segmen yang mungkin tidak saling berkaitan, tetapi pada akhirnya ia seakan membentuk sebuah perjalanan, atau sekurang-kurangnya, cebisan-cebisan yang penuh warna dan rasa. Yang menjadipelaku / pelakon / pendukung watak-wataknya semua adalah mereka juga, para peserta, yang kononnya telah 48 jam ditunjuk ajar oleh Ayam untuk kenal dan faham, tentang tubuh, tentang masa, tentang ruang, tentang dialog, tentang niat, tentang tindakbalas, tentang memberi dan menerima, tentang memperguna dan diperguna, tentang peniruan, tantang kepalsuan, tentang hormat, tentang percaya, dan akhir sekali, tentang gembira melakukan sesuatu yang mereka suka.
Bengkel ini diadakan pada 27 Julai – 12 Ogos 2012 selama 48 jam di PJ Live Arts dan Enfiniti Academy.
Tenaga pengajar bagi pengambilan kali ini ialah Ayam Fared.
Mereka yang dinilai:
1. Hairul Nur Frqyadatul binti Zainor Sham (20 tahun)
2. Mohd Saiful Mazuan bin Muhammad (21 tahun)
3. Vivi Haslina binti Hasan (13 tahun)
4. Muhamad Nur Yusuf bin Rosli (23 tahun)
5. Mohd Nohman bin Mohd Isa (30 tahun)
6. Arifin (20 tahun)
7. Rozainal bin Rosli (17 tahun)
8. Mohd Zaidi bin Zazali (17 tahun)
9. Johari bin Jamil (15 tahun)
10. Muhamad Yusri bin Yahya (17 tahun)
11. Hafizi bin Muhd Nasir (17 tahun)
12. Azlan bin Azman (17 tahun)
13. Noor Diana Syafiqah binti Mazlan (12 tahun)
14. Muhammad Hafis bin Mohd Edy (16 tahun)
15. Alif Haziq bin Mohd Nezam (15 tahun)
16. Nurul Nasha binti Rizuan (13 tahun)
17. Nursuazliana binti Sulaiman (13 tahun)
18. Nuraini binti Mohamad Zanori (13 tahun)
19. Nuralya Batrisyia binti Norhamidi (14 tahun)
Mereka akan dinilai berdasarkan kepada latihan explore dan kenal tubuh, penggunaan masa dan ruang. Dengan skrip olahan dan arahan Ayam Fared. Antaranya, Short Eyes, Naturalisasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment