Usaha kami (Rumah Anak Teater) membawa Kumpulan Teater Kami Ltd (Singapura) bagi menjayakan Teater Kembara MERdEKAnyaKITA ke Malaysia berkecai apabila Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Pengambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-Puspal) tidak membenarkan kami mementaskannya di Malaysia.
Pementasan ini yang kebetulan bersesuaian dengan sambutan kemerdekaan Malaysia yang jatuh pada 31 Ogos, dikatakan menyentuh sensitiviti sosial dan politik masyarakat Malaysia.
Teater yang mendapat naungan daripada National Arts Council (Singapore) terpaksa pulang dengan perasaan hampa dan kejadian ini akan dilaporkan kepada pihak berwajib di Singapura atas tindakan JK-PUSPAL yang berada di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia.
Berikut ialah beberapa paparan media:
Malaysiakini
Harian Metro
Awani 28 Ogos 2013
Awani 29 Ogos 2013
Cyberita
1 comment:
Salam nak tanya teater awek chuck Taylor bila akan dipentaskan?? Tq ^^
Post a Comment