Sunday, January 11, 2009

Projek KoKEN - Teater Kompilasi Vol 1


Tag Line : 4 Kes – 1 Motif

Tarikh : 28 JAN – 1 FEB 2009
Masa : 8.30 malam (28 Jan – 31 Jan)
3 petang dan 8.30 malam (1 Feb)

Tempat : Stor Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur

Tiket : Melalui sumbangan minimum RM 20.00.


KONSEP

Teater Kompilasi Vol. 1 adalah sebuah kerja kolaborasi 4 orang pengarah. Dengan menggunakan tag line 4 kes satu motif, teater ini akan dibahagikan kepada 4 cerita yang dihasilkan melalui proses devised di antara pengarah dengan pelakon dan proses ini diikatkan dengan satu tema iaitu Kuasa. Ke empat-empat cerita ini akan dipersembahkan selama 30 minit setiap satu secara berterusan selama 2 jam.

TEMA

Tema bagi projek ini adalah Kuasa. Melalui tema ini ke empat-empat pengarah bersama pelakon akan menjelajahi isu-isu berkaitan dengannya seperti penindasan, dendam, cinta, pembunuhan dan sebagainya.


11 comments:

Ajami Hashim said...

InsyaAllah dtg ;-)

good luck utk KoKEN!

Raja Azrul said...

sALAM...

RAT ada buka keahlian tak?

masMZ said...

eRMmmm MeNaRiKkkkkk :D
Boleh tePeK PRoMo nie KaT BLoG kiTa??

GuD LucK 4 KoKeN

Rumah Anak Teater said...

Kami menanti kehadiran mu Ajami. :)

Raja Azrul, insyallah tapi bukan dalam masa terdekat ni. Nanti akan diumumkan.

Boleh masMZ! Kami alu-alukan tempekkan tu. Dan, datanglah bawa kawan-kawan yang lain.

Pegawai Khalwat said...

Alamak, show time kerja? Macam mana aku nak pi.

Rumah Anak Teater said...

Kami faham pegawai khalwat, kamu jauh di atas sana. Moral support pun dah kira ok. :)

???? said...

Aku suka korang sume..Aku taklah berapa kental tapi aku tahu mcm mana cara utk 'mengentalkan' diri...
Bak kata2 manis Ayam, "Kau tahu apa yg kau buat dan kau tahu apa yg kau nak!"
Syabas utk RAT yg KENTAL!!!

Jaja Kadir / Coffeeholic said...

inshaALLAH Datang;)

Ahmad Syukri said...

Salam.. Tumpang tanye..

Semlm aku pegi tgk teater nih. Well done!

Aku minat btol lagu last mase first play tuh. Boleh korang bgtau aku lagu ape tu, aku nak cari la.. Video yang ade rumput2 tu mmg vclip lagu tu ker?

Harap dpt jawapan. Thanx.

Zahiril Adzim said...

Salam. Terima kasih kerana datang Ahmad Syukri.

Nama lagu tu - Faking The Books by Lali Puna dan video rumput - rumput tu bukan video klip dia. Itu video custom made sendiri bikin (koyak tampal) :)

MunIERah said...

sayang ta tengok.
korang tade wat rakaman tuk teater ini ke?

Post a Comment