Wednesday, September 30, 2009

RIGHT TO READ FESTIVAL – Rumah Anak Teater Bagi Bengkel




Siapa kata Rumah Anak Teater (RAT) bikin teater sahaja? RAT juga dengan tenaga produksi dalam pelbagai bidang akan mengadakan bengkel dalam persembahan teater. Dengan pengalaman yang mereka junjung, mereka akan mendidik orang awam dalam persembahan teater.

Tenaga yang telah diperuntukkan untuk bengkel ini ialah Fared Ayam, Khairunazwan Rodzy, Yusman Mokhtar dan Khairil Ridzuan (K’N).

Di akhir bengkel ini, peserta akan membuat persembahan cara percuma kepada orang awam. Namun, bagi mereka yang berminat, mereka mestilah mempunyai asas dalam persembahan teater dan pelajar-pelajar seni persembahan, sekurang-kurangnya pernah menyertai kelab teater di sekolah. Bengkel ini adalah sebahagian daripada Mini Arts Fest yang dianjurkan oleh Sisters In Islam dan Centre For Independent Journalism. Projek ini dipanggil PAGE@STAGE. Ia diadakan pada 10 – 11 Oktober 2009 jam 11 pagi.

Festival yang digelar “Right To Read Festival”, idea-idea gala dalam mempromosikan pemikiran independen dijalankan atas kebebasan berkespressi dan hak untuk mendapat maklumat.

Buku menjadi kunci dalam kebebasan berkespressi. Buku boleh member pengisian kepada minda, membersihkan jiwa serta menggalakkan perubahan positif di dalam individu dan masyarakat. Hidup tanpa buku seperti hidup di dunia tanpa udara. Justeru, kita tidak boleh hidup tanpa buku. Tindakan mengharamkan buku seolah-olah seperti mengharamkan udara. Di antara 1971 dan 2009, kerajaan Malaysia telah mengharamkan lebih 1,500 buku.

Sekiranya berminat, sila hubungi Syue at 03-7785 6121.

Maklumat lanjut klik di sini.

Sunday, September 27, 2009

Sinopsis buku ' Laut lebih Indah dari Bulan' karya Nam Ron


Lembu merupakan kisah cinta yang sangat biasa, seolah-olah sebuah drama yang sudah klise. Nam Ron menjadikan kisah cintanya ini lain daripada yang lain, kerana cinta itu terhalang akibat perbezaan pegangan politik ahli keluarga teruna-dara. Apa yang lebih menarik, Nam Ron mengambil pendekatan komedi, dengan mengenengahkan peristiwa kehilangan seekor lembu yang sepatutnya menjadi korban untuk meraikan kedatangan seorang pemimpin. Dalam pada itu, beliau ketara menyuntik dan menjentik hal-hal yang dirasakan mengganggu fikirannya.

Proses mengangkat masalah sosial yang sejak berkurun sudah mewarisi kehidupan masyarakat Melayu: kemiskinan dan tidak berpendidikan. Situasi ini diburukkan lagi dengan sikap sesetengah orang Melayu sendiri yang tidak begitu cerdik untuk mengatur kehidupan. Memberhentikan anak daripada persekolahan dan mengahwinkannya dalam usia muda jelas merosakkan terus masa depan anak itu.

Matderihkolaperlih sebagai sebuah monodrama, mengambil pendekatan penceritaan dari sudut pandangan beberapa watak. Selain Derih sendiri, cerita juga disampaikan oleh watak rakannya, Solleh dan Wati. Kisah watak ‘budak’ nelayan dari Kuala Perlis yang bertukar menjadi gedebe yang mengutip duit perlindungan, menjadi tauke Song di Padang Besar, hingga akhirnya
bertukar menjadi ahli politik. Detik paling menarik dalam riwayat Matderih ini ialah apabila dia menembak lelaki yang cuba memperkosa Wati dan didapati lelaki itu ialah ayahnya sendiri, yang dicari-cari selama ini. Ini adalah sisi gelap kehidupan ‘seorang Matderih’ yang cuba diperlihatkan oleh Nam Ron, sebagai analogi kepada kehidupan manusia yang memungkinkan segala-galanya,
di sebalik takdir.

Aku Nak Jadi Bintang mengungkapkan kisah seorang gadis desa dengan impian besarnya untuk menjadi bintang – sebagai artis yang hidup penuh glamor. Bagaimanapun dia terjebak dengan Alex yang menjadikannya “bintang” lain. Si gadis mula mengenali segala macam lelaki yang berjanji untuk menjadikannya bintang. Gadis lalu melayani kesemua mereka. Akhirnya dia bertemu dengan Johan yang bekerja dalam bidang perfileman dan gadis sangat meyakininya. Dan dia menyerah kepada Johan. Hingga akhirnya dia terbabit dalam perlakuan dan aksi yang membawa kepada tragedi.

Laut lebih Indah dari Bulan semacam sekuel kepada Aku Nak Jadi Bintang, mengambil premis daripada satu peristiwa yang pernah berlaku dan menggemparkan negara tidak berapa lama dahulu. Kalau Aku Nak Jadi Bintang merupakan monolog atau penceritaan oleh gadis yang mahu menjadi ‘bintang” itu, Laut... memilih pendekatan penceritaan dari sudut pandangan isteri
kepada lelaki yang menghadapi tuduhan sebagai pembunuh (Johan dalam Aku Nak Jadi Bintang?). Si isteri (Bulan) yang sangat setia dan percaya pada suaminya (Laut) itu sangat sukar untuk mempercayai kecurangan pasangannya, sehinggalah dia menemui bukti-bukti yang nyata.

Saturday, September 12, 2009

Pelancaran Buku Kompilasi Skrip Vol 1 & 2

Majlis pelancarannya seperti berikut:

Tarikh: Ahad, 4 Oktober 2009
Masa: 8-11 malam
Tempat: Rumah Frinjan, No 22, Lorong Rahim kajai 13, Tmn Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Semua dijemput hadir. Program-program yang diaturkan termasuk ucapan dan persembahan dari artis-artis Rumah Anak Teater.

Sila dapat perincian program di dalam facebook.

Anda boleh membeli secara online di laman TOKOBUKU.

Skrip:

Teater Kompilasi Vol 1
1. TERUK Oleh Zahiril Adzim
2. POKOK KELAPA SAYANG Oleh Khairunazwan Rodzy
3. TAMBAT KAKI Oleh Khairil Ridzuan
4. STABIL Fared Ayam

Teater Kompilasi Vol 2
1. NATURALISASI Oleh Fared Ayam
2. LEGASI Oleh Moizzis R.Cong

Product Detail:
ISBN: -
Suntingan: Faisal Mustaffa
Publisher: Oxygen Media
Year: 2009
No of Pages: 90
Price: RM25.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Berminat untuk memiliki buku ini? Ikuti arahan berikut:

1. SMS 019-2232002 (Taip Projek KoKEN )
2. Selepas mendapat harga sebenar, jawab SMS dengan menyatakan alamat surat-menyurat dan pindahkan* wang ke akaun Faisal bin Mustaffa MBB 114179439605.

* pilihan: maybank.2u.com, Maybank kawanku ATM, atau cawangan-cawangan Maybank berhampiran.




Friday, September 11, 2009

Belian Online DVD Teater Kompilasi Vol 1


Teater Kompilasi Vol 1
1. TERUK Oleh Zahiril Adzim
2. POKOK KELAPA SAYANG Oleh Khairunazwan Rodzy
3. TAMBAT KAKI Oleh Khairil Ridzuan
4. STABIL Fared Ayam

Layari di TOKOBUKU.

Product Detail:
Year: 2009
Price: RM15.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Berminat untuk memiliki dvd ini?

Ikuti arahan berikut:

1. SMS 019-2232002 (Taip DVD KoKEN )
2. Selepas mendapat harga sebenar, jawab SMS dengan menyatakan alamat surat-menyurat dan pindahkan* wang ke akaun Faisal bin Mustaffa MBB 114179439605.

* pilihan: maybank.2u.com, Maybank kawanku ATM, atau cawangan-cawangan Maybank berhampiran.