Pernah sekali masa aku tengah melepak dengan mak aku di dapur (ya, mak aku juga kaki lepak, tapi di dapur), dengan harapan yang mak aku akan buatkan Nescafe untuk aku, mak aku bertanyakan sesuatu pada aku.
Tapi sebelum tu, mak dan bapak aku sedang mengemas - ngemas bahagian dapur. Waktu bila ni? Kerana kami adalah keluarga Melayu yang tak lari dari kemeriahan menyambut Aidilfitri, maka sudah tentu ini adalah beberapa hari sebelum Hari Raya. Excited nak Raya kan...
Mak aku nak beli peti ais baru sebab dia sedar yang peti ais sekarang tak mampu nak menampung makanan - makanan anaknya, terutama yang jantan - jantan (aku lah tu). Jadi untuk tidak berkawan dengan syaitan (pembazir) mak aku pun bercadang untuk tidak membuang peti ais lama. Lalu terpancullah soalan ini dari mulut mak aku.
"Rumah Anak Teater ada peti ais? Mak ingat nak bagi peti ais ni."
Tersembur sikit air Nescafe dari mulut aku dengan niat baik mak aku tapi sebenarnya menyentap raga juga. Memang niat mak aku tu best, tapiii....
"Mak, Rumah Anak Teater ni, jangan cakap peti ais, RUMAH pun kitaorang takda, mak".
"Lah, habis tu korang meeting, buat rehearsal semua, dekat mana?"
Itu yang susah aku nak jawab tu. Takkan nak bagitau selama ni kitaorang buat rehearsal dekat tepi jalan atau mana - mana ruang yang sempat?. Aku terus sambung makan.
Jadi harapan aku dan anak - anak teater yang lain untuk waktu ini ialah, agar sesiapa ribuan, jutawan, mak Datin ke pak Dato' yang baik hati yang nak sponsor sewa rumah untuk kami ber-RUMAH, di alu - alukan. Sungguh.
Tak pun ada sesiapa yang tahu lubang rumah sewa yang cun, selesa, besar dan menarik tapi harga sewa tidak terlalu sembelih leher, silalah roger - roger kami.
Bolehlah kami jadikan studio, tempat meeting untuk projek lebih gempaq, tempat tidur bagi yang tak mampu bayar sewa rumah, tempat rehearsal dan sebagainya.
Ok tak?
-zahiril adzim

8 comments:
Aku ada port. Tapi kat Penang lah.
Sy nk tolong lebih2 sy xmampu. Sekadar bg moral support. Boleh ke? Sy jugak doakan agar niat murni ank teater dptkan rumah, tercapai secepat mungkin. Amin.
Nescafe aku pun tersembur gak masa baca ni..
Hampa.. hampa.. Nanti kalau ada info saya sampaikan..
hehe... nasib baik aku tak minum time baca entry ni. kalau tak terpacur gak air minum.
prihatin gak ibu bapa kau ya.
semoga apa dihajati tercapai nanti
adoi aiii..nak tulun tp takkan korg nak practise n meeting kat melakakan????KL mesti ade punya.. cari pelan-pelan..1 hari nanti akan ade insan yg begitu mulia n memandang tinggi karya korg,akan sediakan HOME tuk kamu semua...itu PASTI.
peti ais je ke?sofa empuk xnak dermakan ke???
Faezah
cool! even takde 'rumah' tapi still blh 'hidup'.
semoge berjaye!!
kalau kat area segambut nak tak?
ade kat puchong..bandar puchong utama..rumah kenalan aku yg nak disewa..agak besar la rumahnya..sewa murah 400 ke bwah mungkin anda berminat... 012-2758496(hjh hayati bt bakri)
-abul
Post a Comment