Tuesday, September 28, 2010

PELAKON "BANDUAN AKHIR DI SEL AKHIR": Mardiana Ismail



MARDIANA ISMAIL


Sudah berkahwin dan punyai dua orang anak tidak menghalang beliau untuk bergiat aktif di dalam projek kemanusiaan Amnesty International Malaysia ini. Beliau merupakan graduan Universiti Malaya di dalam pengkhususan drama. Sewaktu di dalam pengajian, Mardiana pernah dianugerahkan dengan Anugerah Buku 2006 atas pencapaiannya yang cemerlang di dalam akademik. Selain itu juga Mardiana pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik di dalam Festival Teater 2001.

Beliau pernah bekerja dengan ramai pengarah seni terkenal. Di antaranya Rosminah Mohd Tahir untuk Monolog“ Kopi Pangku”Monodrama (2004), Namron di dalam Jangan Bunuh Sam (2003) dan Monolog “Aku Nak Jadi Bintang” (2000), Krishen Jit di dalam 7 Ten (2002) dan Manchester United and the Malay Warrior (2002), Norzizi Zulkifli di dalam Menjelang Takbir (1996), Raden Galoh, Makyong “Raja Tangkai Hati”(2001) dan Makyong” Anak Raja Gondang” (2000 ), Khalid Salleh di dalam Pandirnya Si Pandir (2000), Ahmad Yatim di dalam Macbeth (1999), Midsummer Night’s Dream (Classical Theatre)(1998) , Kebun Ceri (1997) dan Atap Genting Atap Rumbia (1998) dan banyak lagi.

Selain teater, Mardiana juga banyak menyebarkan sayapnya di bidang lakonlayar dengan memegang watak utama seperti drama lapan episod “Kerana Mu Mas Intan”.

Beliau kini seorang pensyarah sepenuh masa.

Married with two children did not stop her from being active in humanity project like Amnesty International Malaysia. She was graduate from University Malaya in drama studies. During her student years, he was honored Anugerah Buku 2006 for her great achievement in academics. Besides that, he also had won the Best Actress in Festival Teater 2001.

She had worked with a lot of well-known directors namely; Rosminah Mohd Tahir for Monolog“ Kopi Pangku”Monodrama (2004), Namron in Jangan Bunuh Sam (2003) and Monolog “Aku Nak Jadi Bintang” (2000), Krishen Jit in 7 Ten (2002) and Manchester United and the Malay Warrior (2002), Norzizi Zulkifli in Menjelang Takbir (1996), Raden Galoh, Makyong “Raja Tangkai Hati”(2001) and Makyong” Anak Raja Gondang” (2000 ), Khalid Salleh in Pandirnya Si Pandir (2000), Ahmad Yatim in Macbeth (1999), Midsummer Night’s Dream (Classical Theatre)(1998) , Kebun Ceri (1997) and Atap Genting Atap Rumbia (1998) and many more.

Besides theatre, Mardiana also has spreaded her wings to act in front of camera for eight episodes “Kerana Mu Mas Intan”.

She is now a lecturer.

1 comment:

isfa rizal said...

warghhh....!!! cant wait to see c u in action!!!!

Post a Comment