Sunday, September 19, 2010

PENGARAH ARTISTIK "BANDUAN AKHIR DI SEL AKHIR": NAM RON


NAM RON atau nama sebenarnya Shahili Abdan (40 tahun) merupakan seorang pengarah, penulis, pelakon teater, tv dan filem. Di arena teater beliau mula terlibat dengan aktiviti ini bermula dari tahun 1989. Pada tahun 2000, selepas tamat pengajian di Akademi Seni Kebangsaan beliau menubuhkan Alternative Stage dan menjadi pengarah artistik hingga kini. Selain dari penggiat seni beliau juga turut menyumbang tenaga sebagai pensyarah sambilan. Beberapa karyanya telah tercalon ke peringkat akhir di Anugerah Seni Cameronian sebagai pengarah, pelakon dan penulis antaranya adalah Lembu, Matderihkolaperlih, Laut lebih Indah dari Bulan dan VV(WIP). Pada tahun 2003 Matderihkolaperlih memenangi ketegori skrip bahasa melayu terbaik pada anugerah tersebut. Pencapaian beliau yang lain adalah apabila menerima anugerah graduan cermerlang bagi ketegori teater oleh ASWARA pada tahun 2007. Nam Ron juga adalah salah seorang ahli dalam pertubuhan Lohan Journey, sebuah pertubuhan teater antarabangsa yang bertapak di Tokyo.

Nam Ron or his real name is Shahili Abdan (40) is a director, theatre players, film and tv actors by profession. He started his theatre activities from 1989. In 2000, he finished his studies in Akademi Seni Kebangsaan and later on formed Alternative Stage and became artistic director since then. Besides art, he also lectures. Some of his works have nominated to the Cameronian Awards as director, cast and actors like in Lembu, Matderihkolaperlih, Laut lebih Indah dari Bulan dan VV(WIP). In 2003, Matderihkolaperlih won the best malay script. He also the received the best students awards in theatre (ASWARA, 2007).Nam Ron is also a member to Lohan Journey, an international body in theatre base in Tokyo.

Keterangan lanjut mengenai pementasan, sila layari di sini.


No comments:

Post a Comment