Friday, November 12, 2010

Kursus Jangka Pendek lakonan oleh RAT

- Untuk yang menyimpan hasrat untuk menjadi pelakon tetapi keliru cara-caranya
- Untuk mereka yang ingin menambah keyakinan diri dihadapan khalayak ramai
- Untuk mereka yang mahu menambah keyakinan diri semasa proses temuduga
- Untuk mereka yang masih belajar dan ingin meningkatkan pencapaian dalam subjek lakonan
- Untuk mereka yang ingin mendapat pengalaman baru dalam kehidupan
Rumah Anak Teater (RAT) Production dengan bangganya akan mengadakan satu kursus jangka pendek lakonan untuk anda dibawah kendalian Nam Ron.

Maklumat tenaga pengajarn Nam Ron:
  • Nam Ron merupakan seorang pengarah, pelakon dan penulis untuk teater, tv dan filem
  • Mempunyai pengalaman mengajar selama 9 tahun di ASWARA di Jabatan Teater dan kini mengajar sambilan di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang berkaitan
  • Beliau banyak mengendalikan bengkel-bengkel lakonan dan pengarahan di seluruh Malaysia.
  • Nam Ron juga pernah mengikuti kursus di Jepun dari tahun 2003 hingga 2005.
  • Antara filem-filem lakonannya adalah Paloh, Gubra, Dukun, Histeria, Gadoh, Misteri Jalan Lama, Aku Tak Bodoh, The Year without Summer dan lain-lain.
  • Antara drama tv lakonannya Warkah Terakhir, Dendam Kesuma, tersungkur di pintu syurga, Lembing dan Layang, Lima dan lain-lain
  • Antara teater arahannya adalah Look back in anger, Lina dan Lijah, Proses, Misi, Gedebe, Jangan bunuh Sam, Matderihkolaperlih, Lembu, WIP dan lain-lain lagi

Berikut adalah butir-butir tentang kursus yang bakal dianjurkan oleh RAT Production:

  • Kursus Jangka Pendek Lakonan oleh RAT Production
  • Tenaga Pengajar: Nam Ron
  • Tempoh: 4 Minggu (8 sessi, 2 jam setiap sessi)
  • Jadual: Setiap Selasa dan Khamis, jam 8.00 - 10.00pm
  • Tarikh: 25 November 2010 - 21 Disember 2010
  • Bayaran: RM 300
  • Borang penyertaan: Boleh diperolehi dari link ini: http://bit.ly/clImRc
  • Tempat: Studio RAT Production, No 56-2, Jalan 1/76 D, Desa Pandan, Kuala Lumpur
  • Google Map Link: http://bit.ly/bUfjMv
  • Untuk mendapatkan borang penyertaan dan maklumat Lanjut, hubungi; Faisal 019-2232002 atau email: rumahanakteater@gmail.com
Setiap pelajar yang menamatkan kursus ini dan berminat untuk menjadikan lakonan sebagai satu kerjaya, anda boleh memilih untuk bernaung di bawah RAT Production.

Pemilihan Bakat-Bakat Baru untuk Rumah Anak Teater (RAT)

"Untuk mereka yang menyimpan hasrat untuk menjadi pelakon di bawah naungan Rumah Anak Teater (RAT) dan terlibat di dalam industri teater, siri televisyen & filem"
Rumah Anak Teater (RAT) Production dengan bangganya akan mengadakan satu sesi pemilihan bakat-bakat baru sempena perancangan Produksi untuk menerbitkan teater, siri televisyen & filem.

Maklumat mengenai RAT
  • Ditubuhkan secara tidak rasmi pada Oktober 2008. Ianya diasaskan oleh Nam Ron bersama beberapa anak muda seni yang berjiwa kental.
  • RAT adalah sebuah kumpulan atau group yang dianggotai oleh pengiat muda seni persembahan. Penubuhan RAT pada asasnya adalah bagi memastikan kesinambungan kerja-kerja seni persembahan diteruskan oleh anak-anak muda melalui bengkel, diskusi dan persembahan.
  • Bagi memastikan usaha-usaha ini bergerak RAT telah melaksanakan suatu rancangan jangka panjang yang dinamakan Projek Komuniti Kental atau singkatannya Projek KoKEN.
Anggota-anggota pengasas RAT adalah terdiri dari :
Nam Ron (pengarah/pengarah artistik)
FaredAyam (pengarah/penulis)
Zahiril Adzim (pengarah/pelakon)
Yusman Mokthar (pengarah/sinografer)
Khirunazwan Rodzy (pengarah/penulis)
Amerul Affendi (pelakon)
Khairil Ridzuan (pelakon)
Indra Zaaba (pengarah muzik/pemuzik)
Moizzis R.cong (pengarah/penulis)
Sharifah Mariam (pelakon)
Faisal Mustafa (penerbit/pengarah pengurusan)

Berikut adalah butir-butir sesi pemilihan
  • Tarikh: 27 Nov 2010 (2.00 - 8.00pm) & 28 Nov 2010 (2.00 - 8.00pm)
  • Pendaftaran: Email kepada rumahanakteater@gmail.com (Subjek; Bakat Baru Rumah Anak Teater)
  • Tempat: Studio RAT Production, No 56-2, Jalan 1/76 D, Desa Pandan, Kuala Lumpur
  • Google Map Link: http://bit.ly/bUfjMv
  • Untuk maklumat Lanjut, hubungi; Faisal 019-2232002 atau hantarkan email ke; rumahanakteater@gmail.com
Mereka yang terpilih akan bernaung di bawah RAT Production.

Laman Sesawang; http://rumahanakteater.blogspot.com/
Facebook; http://on.fb.me/9RBmQW

Wednesday, November 3, 2010

Memories, Emptyness, Lonelyness.





Penerbit Eksekutif | Executive Producer: Dato’ Faridah Merican
Pengarah Artistik | Artistic Director: Joe Hasham OAM
Karya Asal | Written by: Redza Minhat, Adiwijaya & Ayam Fared
Pengarah | Directors: Megat Sharizal, Yusman Mokhtar & Ayam Fared
Para Pelakon | Cast: Redza Minhat, Sandee Chew, Ashraf Zain & Shamaine Othman




Malaysia’s first zombie attack. Like the first national car, is yet another milestone for Malaysia. The first known reported case was in Port Dickson, in a Tom Yam restaurant close to the army base camp. Shima Mat Jidin (victim) was singing Ku Cari Seiras Wajah made popular by SKOIN in the Sunday night open mic karaoke, when she started coughing non-stop with smoke coming out from her Japanese curled, artificial brownish gold ...coloured hair. She fell unconscious and a minute later started eating people alive, and then those people eaten alive started eating other people who were alive and then… well it didn’t quite stop from there. But then again, people do die due to strange causes in this country; like over eating; or being flattened out by concrete slabs; from having too much money or brain cancer from mobile phones radiation - mostly due to the way they live or perhaps haven’t been living any other way, being eaten by zombies? Why should it be any different?

Nothing is certain at the moment apart from the fact that the zombies are coming to get you. We kid you not.

Serangan zombi peringkat kebangsaan di negara ini tidaklah sama seperti penghasilan otomobil pertama namun ianya tetap signifikan terhadap perjalanan sejarah negara Malaysia. Kes pertama yang diketahui dilaporkan di Port Dickson, di sebuah Restoran Tom Yam berhampiran kem angkatan tentera Malaysia. Shima Mat Jidin (mangsa) sedang menyanyikan lagu “Ku Cari Seiras Wajah” daripada Kumpulan SKOIN pada malam karaoke terbuka sebelum beliau mula batuk dengan dahsyat dan asap berkepul-kepul keluar dari rambutnya yang diwarnakan dengan warna perang-perang emas. Beliau kemudian bangun semula dan mula menggigit pengunjung pengunjung restoran itu yang kemudiannya turut dijangkiti. Populasi Port Dickson lenyap dalam masa enam jam.

Tapi sememangnya rakyat Malaysia sering menemui ajal secara pelik - mati akibat terlebih makan, dihempap slab konkrit, akibat terlalu banyak wang atau kanser otak disebabkan radiasi telefon bimbit - secara generalnya disebabkan oleh gaya hidup mereka. Apa apa pun, mungkin ia tak terlalu berbeza dengan mati digigit zombi.

Belum ada yang pasti tentang kejadian ini - namun ianya sangat sangat ngeri! Serius tak tipu!



Presenter: The Actors Studio Teater Rakyat
Date & Time: 24 Nov @ 8.30pm (preview); 25 - 27 Nov @ 8.30pm, 27 - 28 Nov @ 3pm
Venue: Pentas 2, klpac,
The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac), Sentul Park, Jalan Strachan off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Kuala Lumpur, Malaysia
Ticket Price: RM35 / RM23 (students & the disabled)
Promotions: RM23 flat (preview night only)

Special Promotions:
Zombi Menyerang klpac!: 26th November 2010 @ 8:30pm (Friday)
*Dress up as a zombie and get a ticket for RM23!
*Datang berpakaian sebagai Zombi dan dapatkan tiket pada harga RM23!

BOX OFFICE:
Call / Walk In klpac (03 4047 9000 - ticket collection at klpac)
Call / Walk In The Actors Studio @ Lot 10 (03 2142 2009 / 2143 2009 - ticket collection at TAS)
Walk In only Axcess HQ (Jln. Semangat) & 1-Utama

Online Purchase: http://www.klpac.org/Welcome.asp?c=whatsontheatreview&theatreID=449&theatrecatID=5


P/S : Persoalan takkan terjawab kalau tak datang watch.