- Untuk yang menyimpan hasrat untuk menjadi pelakon tetapi keliru cara-caranyaRumah Anak Teater (RAT) Production dengan bangganya akan mengadakan satu kursus jangka pendek lakonan untuk anda dibawah kendalian Nam Ron.
- Untuk mereka yang ingin menambah keyakinan diri dihadapan khalayak ramai
- Untuk mereka yang mahu menambah keyakinan diri semasa proses temuduga
- Untuk mereka yang masih belajar dan ingin meningkatkan pencapaian dalam subjek lakonan
- Untuk mereka yang ingin mendapat pengalaman baru dalam kehidupan
Maklumat tenaga pengajarn Nam Ron:
- Nam Ron merupakan seorang pengarah, pelakon dan penulis untuk teater, tv dan filem
- Mempunyai pengalaman mengajar selama 9 tahun di ASWARA di Jabatan Teater dan kini mengajar sambilan di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang berkaitan
- Beliau banyak mengendalikan bengkel-bengkel lakonan dan pengarahan di seluruh Malaysia.
- Nam Ron juga pernah mengikuti kursus di Jepun dari tahun 2003 hingga 2005.
- Antara filem-filem lakonannya adalah Paloh, Gubra, Dukun, Histeria, Gadoh, Misteri Jalan Lama, Aku Tak Bodoh, The Year without Summer dan lain-lain.
- Antara drama tv lakonannya Warkah Terakhir, Dendam Kesuma, tersungkur di pintu syurga, Lembing dan Layang, Lima dan lain-lain
- Antara teater arahannya adalah Look back in anger, Lina dan Lijah, Proses, Misi, Gedebe, Jangan bunuh Sam, Matderihkolaperlih, Lembu, WIP dan lain-lain lagi
Berikut adalah butir-butir tentang kursus yang bakal dianjurkan oleh RAT Production:
- Kursus Jangka Pendek Lakonan oleh RAT Production
- Tenaga Pengajar: Nam Ron
- Tempoh: 4 Minggu (8 sessi, 2 jam setiap sessi)
- Jadual: Setiap Selasa dan Khamis, jam 8.00 - 10.00pm
- Tarikh: 25 November 2010 - 21 Disember 2010
- Bayaran: RM 300
- Borang penyertaan: Boleh diperolehi dari link ini: http://bit.ly/clImRc
- Tempat: Studio RAT Production, No 56-2, Jalan 1/76 D, Desa Pandan, Kuala Lumpur
- Google Map Link: http://bit.ly/bUfjMv
- Untuk mendapatkan borang penyertaan dan maklumat Lanjut, hubungi; Faisal 019-2232002 atau email: rumahanakteater@gmail.com
No comments:
Post a Comment