Friday, November 12, 2010

Pemilihan Bakat-Bakat Baru untuk Rumah Anak Teater (RAT)

"Untuk mereka yang menyimpan hasrat untuk menjadi pelakon di bawah naungan Rumah Anak Teater (RAT) dan terlibat di dalam industri teater, siri televisyen & filem"
Rumah Anak Teater (RAT) Production dengan bangganya akan mengadakan satu sesi pemilihan bakat-bakat baru sempena perancangan Produksi untuk menerbitkan teater, siri televisyen & filem.

Maklumat mengenai RAT
  • Ditubuhkan secara tidak rasmi pada Oktober 2008. Ianya diasaskan oleh Nam Ron bersama beberapa anak muda seni yang berjiwa kental.
  • RAT adalah sebuah kumpulan atau group yang dianggotai oleh pengiat muda seni persembahan. Penubuhan RAT pada asasnya adalah bagi memastikan kesinambungan kerja-kerja seni persembahan diteruskan oleh anak-anak muda melalui bengkel, diskusi dan persembahan.
  • Bagi memastikan usaha-usaha ini bergerak RAT telah melaksanakan suatu rancangan jangka panjang yang dinamakan Projek Komuniti Kental atau singkatannya Projek KoKEN.
Anggota-anggota pengasas RAT adalah terdiri dari :
Nam Ron (pengarah/pengarah artistik)
FaredAyam (pengarah/penulis)
Zahiril Adzim (pengarah/pelakon)
Yusman Mokthar (pengarah/sinografer)
Khirunazwan Rodzy (pengarah/penulis)
Amerul Affendi (pelakon)
Khairil Ridzuan (pelakon)
Indra Zaaba (pengarah muzik/pemuzik)
Moizzis R.cong (pengarah/penulis)
Sharifah Mariam (pelakon)
Faisal Mustafa (penerbit/pengarah pengurusan)

Berikut adalah butir-butir sesi pemilihan
  • Tarikh: 27 Nov 2010 (2.00 - 8.00pm) & 28 Nov 2010 (2.00 - 8.00pm)
  • Pendaftaran: Email kepada rumahanakteater@gmail.com (Subjek; Bakat Baru Rumah Anak Teater)
  • Tempat: Studio RAT Production, No 56-2, Jalan 1/76 D, Desa Pandan, Kuala Lumpur
  • Google Map Link: http://bit.ly/bUfjMv
  • Untuk maklumat Lanjut, hubungi; Faisal 019-2232002 atau hantarkan email ke; rumahanakteater@gmail.com
Mereka yang terpilih akan bernaung di bawah RAT Production.

Laman Sesawang; http://rumahanakteater.blogspot.com/
Facebook; http://on.fb.me/9RBmQW

No comments:

Post a Comment