Kami Rakyat, dengan sekeras-kerasnya membantah penahanan 6 aktivis Parti Sosialis Malaysia(PSM) dibawah Ordinan Darurat(EO). Kami mendesak kesemua mereka dibebaskan dengan serta merta tanpa syarat atau didakwa di mahkamah terbuka. Penahanan mereka seterusnya adalah salahguna kuasa dan satu pencabulan hak asasi manusia.
6 orang yang ditahan adalah aktivis sosial dan ahli PSM yang banyak berjuang untuk rakyat secara terbuka. Mereka semua terlibat dalam isu-isu seperti perumahan selesa untuk rakyat, gaji minima untuk pekerja, hak pekerja kilang dan ladang, pendidikan percuma untuk pelajar, sistem kesihatan yang mampu dibiayai oleh rakyat dan banyak lagi aktiviti dan kempen yang dijalankan secara terbuka.
Malah Dr. Jeyakumar adalah Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat secara
demokrasi. Pihak PDRM pastinya mengetahui aktiviti yang dijalankan oleh aktivis PSM ini kerana semua program ini dibuat secara terbuka. Mereka bukannya sekumpulan pengganas atau penjenayah yang merancang untuk
menguling kerajaan.
Tandatangani petisyen di sini: http://www.petitiononline.com/mod_perl/signed.cgi?eo6&451
sumber:
http://www.parti-sosialis.org/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
jangan babitkan aktiviti seni r.a.t dengan isu politik sebegini..biar seni mengalir atas dasar seni..bukan seni atas dasar politik..
seni itu kan meluas skopnya .. even , di dlm politik juga memerlukan seni .. anda fikirlah sendiri ye .. teater ini merupakan pantulan kehidupan masyarakat kita sendiri .. usah cepat melatah , kerana inilah kebenarannya di dlm realiti kehidupan sebenarnya .. juz tengok dulu teater ni n then kita buat analisa kita tersendiri .. ok x ? ..
yang menyokong penahanan 6 orang ini juga adalah rakyat..jadinya jangan terlampua berbangga dengan menyebut rakyat, rakyat dan rakyat..penahanan 6 individu itu memang patut..kalau rakyat menyokong PDRM maka itupun patut diberi laluan bukan? seni yang bertunjangkan ketidakpuasan hati..berada di mana2....yg terjelma adalah karya yang selari atau sebaliknya...
Pendirian ini adalah pendirian RAT. Mereka punyai hak untuk menyokong apa-apa pun perjuangan politik/sosial yang mereka percayakan.
Mustahil dipisahkan politik daripada seni. Jangan kita fikirkan politik itu hanya politik kerpartian semata-mata.
Seni yang berdiam diri adalah seni yang mati.
Post a Comment