Monday, July 16, 2012

Pementasan Beng Hock


Kisah berlaku pada 16 Julai 2009 di mana Teoh Beng Hock dijumpai mati di Tingkat 5 Bangunan Masalam. Pada hari sebelumnya, Beng Hock dipanggil oleh SPRM Selangor di Tingkat 14 Bangunan yang sama sebagai saksi dalam membantu siasatan ke atas tuntutan yang dibuat majikannya yang merupakan seorang YB. Semasa siasatan, Beng Hock disoal siasat selama sekurang-kurangnya selama lapan jam oleh empat orang pegawai penyiasat dalam tiga sessi berbeza. Temubual saksi bertukar menjadi interogasi. Beng Hock tidak dibenarkan pulang. Telefon bimbitnya dirampas. Mereka mahukan akses kepada emel peribadi Beng Hock. Beng Hock disoalsiasat sepanjang malam hinggalah ke subuh. Beng Hock waras, bahagia bersama tunang tercinta yang berada di ambang perkahwinan. Kewarasan itulah membawa kepada kematian -- kematian daripada ketidakwarasan penyiasat.

No comments:

Post a Comment