Wednesday, July 18, 2012

Tayangan Perdana Antarabangsa JALAN PINTAS di Festival Filem Fantastik Antarabangsa Puchon ke 16



19 Julai 2012: Untuk Siaran Serta-merta

Tayangan Perdana Antarabangsa JALAN PINTAS di Festival Filem Fantastik Antarabangsa Puchon ke 16

Filem drama kehidupan sosial, JALAN PINTAS telah dijemput untuk mengadakan tayangan perdana antarabangsanya bersempena dengan Festival Filem Fantastik Antarabangsa Puchon (PIFAN) ke 16 yang berprestij 19 hingga 29 Julai 2012.

PIFAN yang bermula pada 1997 menjadi simbol kepada bandar Bucheon yang dikenali sebagai pusat budaya yang menggabungkan animasi, kartun, permainan dan filem.

JALAN PINTAS, ditulis Ayam Fared dan diarahkan oleh Nam Ron dipaparkan di dalam seksyen Vision Express.

Nam Ron berkata, “Inilah filem yang menampilkan kehidupan sebenar berdasarkan realisme. Projek filem ini menyerlahkan bakat bintang filem tempatan yang sukar untuk mereka perolehi di filem-filem arus perdana.”

Sementara itu, Faisal Mustaffa selaku penerbit berkata, “Saya bersyukur kerana filem ini diterima di peringkat antarabangsa sungguhpun ia merupakan filem pertama terbitan saya dan Rumah Anak Teater. Saya juga berharap agar filem ini dapat diterima oleh penonton tempatan sekiranya ia ditayangkan di pawagam kelak.”

JALAN PINTAS merupakan sebuah cereka yang berkisar mengenai watak Bakar – seorang pemuda lepasan ijazah dalam jurusan kejuruteraan, juga seorang anak lelaki tertua dalam keluarga (yang tidak lagi berbapa), yang datang ke Kuala Lumpur dari kampung, untuk mencuba nasib demi menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga – ibu dan seorang adik perempuannya.

Melalui JALAN PINTAS, kita melihat watak seorang pemuda yang biasa, yang boleh kita temui di mana-mana, yang menjadi mangsa kepada janji-janji delusi Kuala Lumpur. Menelusuri perjalanan yang Bakar tempuhi dalam ruang waktu satu hari – dari pagi ke petang, hanya dengan tujuan untuk menghadiri sesi temuduga; kita sebenarnya tanpa sedar sedang melihat sebuah kehidupan seorang manusia, yang terperangkap antara harapan dan beban, hingga akhirnya, disebabkan kenyataan, angan-angan berubah menjadi dendam.

Bakar yang sentiasa membiarkan pilihan-pilihan hidup bermain di ruang ciptaan kotak fikirnya, tanpa sengaja telah menghasilkan justifikasi kebarangkalian serta risiko yang bakal dihadapinya untuk setiap pilihan yang bakal dibuat. Dan pada akhirnya, Bakar, juga kita, tetap keliru; apakah kita yang terlalu bodoh dan dungu, atau takdir hidup memang seharusnya begitu?

JALAN PINTAS dibintangi oleh Auf Razak, Sharifah Amani, Beto Kusyairy dan Bront Palarae.

Filem ini juga bakal ditayangkan di Festival Filem Torino, Itali.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Faisal Mustaffa / 017 200 2944

Youtube - http://www.youtube.com/watch?v=Dq8YC_f51j0
Blog - http://rumahanakteater.blogspot.com
Facebook - https://www.facebook.com/pages/JLN-Pintas-Projek-Filem-KoKEN/177114705665431



19th July 2012: For Immediate release

JALAN PINTAS’s International Premiere at 16th Puchon International Fantastic Film Festival

Malaysian social life drama, JALAN PINTAS has been invited to have its International premiere at the prestigious 16th Puchon International Fantastic Film Festival(PIFAN) held from 19th to 29th July 2012.

Puchon International Fantastic Film Festival has grown by leaps since 1997 from its birth and became the most representative symbol of Bucheon City known as a mecca of the culture with combination of Animation, Cartoon, Game and Film moving forward to its change and creativity.

JALAN PINTAS, written by Ayam Fared and directed by Nam Ron, is featured in the Vision Express section.

Nam Ron said, "This is a feature film based on the real-life realism. This film project highlight the talents of local film stars difficult for them to get in mainstream films. "

Meanwhile, Faisal Mustafa as the produser said, "I am grateful that this film received at the international level, although it was the first film my issue and the Home Theatre. I also hope that this film can be received by local audiences when it screened in cinemas soon. "

JLN. PINTAS is a fiction that revolves around the character of Bakar, a young graduate degree in engineering, also the eldest in the family (whose father left the family), came to Kuala Lumpur from a village to try his luck in the exercise of his responsibility to the family-mother and a sister.

By taking a shortcut (which also the meaning of the title), we see the character of a typical ordinary young man, who became a victims of delusional promises of Kuala Lumpur. Tracing the course of a one-day journey of his life - from morning to evening, about him attending an interview. Without realising it, we saw a life of a man caught between hopes and responsibilities. Finally, due to the fact, his dreams had turned into a revenge fantasy.

Bakar, who always leave his choice of life linger in his mind, deliberately producing the probabilities and risks from every options that he will make. And finally, Bakar (who also represents us), left in his confusion state of mind. Are we being too stupid and dumb, or is it the destiny of life we are living in?

It stars Auf Razak, Sharifah Amani, Beto Kusyairy and Bront Palarae.

This highly anticipated film will be screened at Torino Film Festival, Italy.

For more information, please contact:
Faisal Mustaffa / 017 200 2944

Youtube - http://www.youtube.com/watch?v=Dq8YC_f51j0
Blog - http://rumahanakteater.blogspot.com
Facebook - https://www.facebook.com/pages/JLN-Pintas-Projek-Filem-KoKEN/177114705665431


No comments:

Post a Comment