Wednesday, November 7, 2012
TEATER TATOO GESTAPO : BERKESPRESI DAN MENDIDIK MASYARAKAT
Petaling Jaya. YB Rodziah Ismail selaku EXCO Kebudayaan, Kerajaan Negeri Selangor telah menaja sebahagian daripada produksi pementasan teater di bawah produksi kumpulan Rumah Anak Teater. Teater ini bertajuk Teater Gestapo yang mana ianya adalah naskah baru yang di tulis oleh Hariry Jalil
Dengan arahan oleh Nam Ron dan dibarisi oleh pelakon hebat dan berbakat iaitu Benjy, Pekin, Azman Hassan dan pendatang baru iaitu Doul telah mendapat sambutan hangat di kalangan peminat teater serta mendapat liputan beberapa media online seperti gua.com.my, murai.com.my, sinarharian dan selangorku
YB Rodziah ketika memberikan ulasan berkenaan pementasan ini berkata "Berkespresi (Ekspressi) melalui pementasan teater akan menjadi salah satu medium penyampai maklumat yang berkesan kepada masyarakat umum yang mana ia mestilah mempunyai faktor WOW dari aspek kreativitiviti, kualiti jalan cerita dan pementasan supaya mesej-mesej yang positif dapat disampaikan kepada penonton dengan berkesan. Sesuatu hasil kerja yang baik tidak dapat dinilai dengan wang ringgit tetapi dapat dilihat dari kesan jangka panjang dalam kehidupan diri kita"
Bacaan selanjutnya di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment