Inessa Irdayanty, atau Ines, telah mula berlakon pada umur 5 tahun (1995). Pada awalnya, Ines hanya berlakon TV atau filem. Antaranya, Wan Mas (1995); Sayang Anakku Sayang (1998); Anaknya Sazali (2001); dan yang terakhir, Mystery 6 (2006). Little Violet & the Angel (2004) merupakan lakonan teater pertama buat Ines, sebelum lebih melibatkan dirinya dalam dunia teater pada tahun 2009 hingga 2011. Antara lakonan teaternya termasuk Bengkel Shakespeare bersama Jeff Kevin 2009 & 2010, Jambalaya (2010), Anike (sebuah bacaan berlatih, 2010), dan Medea (2010).
Ines merupakan salah seorang murid dalam kelas terakhir bagi jurusan Seni Persembahan di SEGi College Subang Jaya, di mana dia telah menyelesaikan Diplomanya. Ines juga menjadi Pelakon Residen pertama (dan hingga sekarang, yang tunggal) di The Actors Studio (TAS), selama setahun, sepanjang November 2010 – October 2011. Ketika di TAS, Ines telah mengetuai 7 projek/pementasan, di mana lima antaranya adalah projek/pementasan kecil, seperti siri bacaan baca, manakala bakinya merupakan pementasan penuh (Madu II dan Dancing at Lughnasa).
Ines berhenti aktif dalam dunia lakonan selepas residensinya di TAS. Pada November 2013, Ines kembali berlakon dalam filem pendek arahan kakaknya, Elza Irdalynna. Awek Chuck Taylor merupakan lakonan teater pertamanya sejak akhir tahun 2011. Ines sekarang adalah seorang penggiat perniagaan, bekerja sebagai pakar runding kesihatan dan kecantikan sepenuh masa.
Pementasan begkel: 14-16 Feb 2014
Pementasan penuh: 24 & 25 Mei 2014
No comments:
Post a Comment