Saturday, January 18, 2014

Pelakon teater AWEK CHUCK TAYLOR



Mohd Haizal Yatiran bekas pelajar Lakonan & Pengarahan di Universiti Sains Malaysia. Bergiat aktif dalam lakonan dan pengarahan pentas semasa pengajian dan dua hingga tiga tahun selepas tamat pengajian. Pernah terlibat dalam beberapa produksi teater di Pulau Pinang sebagai pengarah dan pelakon. Biasa juga terlibat dalam beberapa pementasan teater eksperimental, Mak Yong, Bangsawan,  Wayang Kulit dan Kuda Kepang. Pernah berlakon dalam teater eksperimental bertajuk “Arah”, teater “Harga Sebuah Maruah”, dalam Mak Yong berjudul “Anak Raja Gondang” dan pernah menjadi tok dalang dalam sebuah persembahan wayang kulit. Pernah berlakon dalam drama “Layang-Layang Terputus Talinya” dan “Gerak Khas – Marin”. Sebagai pengarah, beliau mengarahkan pementasan projek akhir bertajuk “Si Bongkok Tanjung Puteri”. Juga aktif dalam teater dan persembahan jalanan.


Tersedar bahawa ‘pementasan drama’ sebenar wujud di luar pentas drama teater, beliau menjerumuskan diri dalam bidang kemasyarakatan sebagai ahli produksi sepenuh masa. Bertindak sebagai pemerhati, pengkritik, aktivis dan hamba abdi dalam drama sebenar masyarakat menjadi pekerjaan tetap beliau sehingga masa biodata ringkas ini ditulis. Agar tidak menjadi seorang yang kelihatan poyo, beliau meneruskan kerja sebagai yang dinyatakan di atas.

Pementasan bengkel: 14-16 Februari 2013
Pementasan penuh: 24 & 25 Mei 2014

No comments:

Post a Comment