Thursday, September 20, 2012

PELANCARAN BUKU 'LAUT LEBIH INDAH DARI BULAN' TULISAN NAM RON



Syarikat penerbitan Merpati Jingga akan melancarkan buku; LAUT LEBIH INDAH DARI BULAN oleh Nam Ron.

Sebuah kompilasi antara skrip terbaik yang pernah ditulis oleh Nam Ron. Matderihkolaperlih, Proses, Lembu, Aku Nak jadi Bintang dan Laut Lebih Indah Dari Bulan ialah skrip yang tidak memerlukan prop bernilai jutaan ringgit. Kekayaannya terletak pada isi kandungannya.

Lembu merupakan kisah cinta yang sangat biasa, seolah-olah sebuah drama yang sudah klise. Nam Ron menjadikan kisah cintanya ini lain daripada yang lain, kerana cinta itu terhalang akibat perbezaan pegangan politik ahli keluarga teruna-dara. Apa yang lebih menarik, Nam Ron mengambil pendekatan komedi, dengan mengenengahkan peristiwa kehilangan seekor lembu yang sepatutnya menjadi korban untuk meraikan kedatangan seorang pemimpin. Dalam pada itu, beliau ketara menyuntik dan menjentik hal-hal yang dirasakan mengganggu fikirannya.

Proses mengangkat masalah sosial yang sejak berkurun sudah mewarisi kehidupan masyarakat Melayu: kemiskinan dan tidak berpendidikan. Situasi ini diburukkan lagi dengan sikap sesetengah orang Melayu sendiri yang tidak begitu cerdik untuk mengatur kehidupan. Memberhentikan anak daripada persekolahan dan mengahwinkannya dalam usia muda jelas merosakkan terus masa depan anak itu.

Matderihkolaperlih sebagai sebuah monodrama, mengambil pendekatan penceritaan dari sudut pandangan beberapa watak. Selain Derih sendiri, cerita juga disampaikan oleh watak rakannya, Solleh dan Wati. Kisah watak ‘budak’ nelayan dari Kuala Perlis yang bertukar menjadi gedebe yang mengutip duit perlindungan, menjadi tauke Song di Padang Besar, hingga akhirnya bertukar menjadi ahli politik. Detik paling menarik dalam riwayat Matderih ini ialah apabila dia menembak lelaki yang cuba memperkosa Wati dan didapati lelaki itu ialah ayahnya sendiri, yang dicari-cari selama ini. Ini adalah sisi gelap kehidupan ‘seorang Matderih’ yang cuba diperlihatkan oleh Nam Ron, sebagai analogi kepada kehidupan manusia yang memungkinkan segala-galanya,
di sebalik takdir.

Aku Nak Jadi Bintang mengungkapkan kisah seorang gadis desa dengan impian besarnya untuk menjadi bintang – sebagai artis yang hidup penuh glamor. Bagaimanapun dia terjebak dengan Alex yang menjadikannya “bintang” lain. Si gadis mula mengenali segala macam lelaki yang berjanji untuk menjadikannya bintang. Gadis lalu melayani kesemua mereka. Akhirnya dia bertemu dengan Johan yang bekerja dalam bidang perfileman dan gadis sangat meyakininya. Dan dia menyerah kepada Johan. Hingga akhirnya dia terbabit dalam perlakuan dan aksi yang membawa kepada tragedi.

Laut lebih Indah dari Bulan semacam sekuel kepada Aku Nak Jadi Bintang, mengambil premis daripada satu peristiwa yang pernah berlaku dan menggemparkan negara tidak berapa lama dahulu. Kalau Aku Nak Jadi Bintang merupakan monolog atau penceritaan oleh gadis yang mahu menjadi ‘bintang” itu, Laut... memilih pendekatan penceritaan dari sudut pandangan isteri kepada lelaki yang menghadapi tuduhan sebagai pembunuh (Johan dalam Aku Nak Jadi Bintang?). Si isteri (Bulan) yang sangat setia dan percaya pada suaminya (Laut) itu sangat sukar untuk mempercayai kecurangan pasangannya, sehinggalah dia menemui bukti-bukti yang nyata.

BIODATA PENULIS

NAM RON atau nama sebenarnya Shahili Abdan merupakan seorang pengarah, penulis, pelakon teater, tv dan filem. Di arena teater beliau mula terlibat dengan aktiviti ini bermula dari tahun 1989. Pada tahun 2000, selepas tamat pengajian di Akademi Seni Kebangsaan beliau menubuhkan Alternative Stage dan menjadi pengarah artistik hingga kini. Selain dari penggiat seni beliau juga turut menyumbang tenaga sebagai pensyarah sambilan. Beberapa karyanya telah tercalon ke peringkat akhir di Anugerah Seni Cameronian sebagai pengarah, pelakon dan penulis antaranya adalah Lembu, Matderihkolaperlih, Laut lebih Indah dari Bulan dan VV(WIP). Pada tahun 2003 Matderihkolaperlih memenangi ketegori skrip bahasa melayu terbaik pada anugerah tersebut. Pencapaian beliau yang lain adalah apabila menerima anugerah graduan cermerlang bagi ketegori teater oleh ASWARA pada tahun 2007. Nam Ron juga adalah salah seorang ahli dalam pertubuhan Lohan Journey, sebuah pertubuhan teater antarabangsa yang bertapak di Tokyo.


Pelancaran tersebut akan diserikan dengan persembahan monolog AKU NAK JADI BINTANG oleh Sharifah Amani dan persembahan koir oleh bekas pelajar-pelajar bengkel Rumah Anak Teater.

Justeru itu, kami ingin menjemput pihak media untuk datang membuat liputan mengenai pelancarannya.

Butir-butir pelancaran buku:

Tarikh             : 22 September 2012 (Sabtu)

Tempat           : Annexe Gallery Central Market, Jalan Hang Katuri, 50470 Kuala Lumpur.

Peta:  https://maps.google.com.my/maps?ie=UTF-8&q=annexe+gallery&fb=1&gl=my&hq=annexe+gallery&hnear=0x31cc4ececc1c7c97:0x524c8e31e929bc76,Petaling+Jaya,+Selangor&cid=0,0,999483564532377414&ei=xWpbUPCTA4PmrAfNvYGoDg&ved=0CHMQ_BIwAA

Masa               : 5.00 - 6.00 petang


Dilampirkan bahan-bahan berkaitan dengan acara tersebut.

Pelancaran ini adalah bersempena dengan Art4Grabs yang berlangsung 22-23 September 2012. http://www.facebook.com/events/136966399782348/

Wartawan, blogger, jurugambar dijemput untuk membuat liputan pada acara tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Faisal 012-2290944.



'ORIGINS' Project by Monash - Casting


The team of ‘I AM’, a student short film part of Monash University Sunway Campus’ ORIGINS project is looking for talents for the following roles :

AMIRAH MEI LING MUHAMMAD LEE
A seventeen year old Indian-Malay girl who just completed her SPM. She is adopted by a Chinese Muslim family and now feels the need to find her birth parents. Her persistence and determination leads her to the discovery of her birth father & maternal grandmother who shed light on the harsh truth behind Amirah’s adoption.

MRS MUHAMMAD LEE
Amirah’s adoptive mother. A petite middle aged Chinese housewife. She does all the domestic chores in the house and is very overprotective of Amirah. She is also a sensitive character as she gets rather hurt at Amirah’s request to discover her birth parents. She is also a devout Muslim as she prays with her husband and her daughter and constantly asks Amirah if she’s prayed yet.

MR MUHAMMAD LEE
Amirah’s adoptive father. A middle aged Chinese man who picks Amirah up from school. He is a quiet man who also proves to be patient and gentle in coaxing his wife into helping Amirah find her birth parents. He also trusts Amirah because he believes that this is something she just needs to do. He leads the family during prayers, showing that he is also a devout Muslim like his wife.

 MUTHUSAMY KAPALAN
Amirah’s birth father. A scruffy Indian man in his 30s. Gives out the impression that he is a drunkard as he is constantly with a drink in hand. He adopts a harsh awkward manner towards Amirah and tells her that he never wants her but shows a little compassion when he sees how much finding her birth mother means to her (Amirah).

AMIRAH’S BIRTH GRANDMOTHER
A simple old Malay lady. Gentle in her ways and is very remorseful about her daughter’s decision to give up Amirah. She doesn’t say much but conveys much sympathy through her actions and demeanor towards Amirah.
EXTRAS:
MALAY GIRL 1
Amirah’s schoolmate, also seventeen. Curious about Amirah and asks her friend a lot of questions.

MALAY GIRL 2
Amirah’s schoolmate, also seventeen. Tells her friend things she has heard about Amirah.
MALE MALAY TENANT
Malay bachelor in his 30s. Lives in a newly developed area. Gives Amirah directions.

 OLD CHINESE AUNTY
Simple old lady. Is sweeping her courtyard when Amirah asks her if she (the Chinese aunty) knows her (Amirah’s) father.
If you’re interested in being a part of this project please email your profile to Sheril at tgsheril@gmail.com. Any questions can also be sent to the same email.

Friday, September 14, 2012

Majlis Pelancaran buku LAUT LEBIH INDAH DARI BULAN


Dengan penampilan artis / pengarah Sharifah Amani yang akan mempersembahkan AKU NAK JADI BINTANG.

Maklumat lanjut majlis ini, sila ikuti di pautan ini.

Thursday, September 13, 2012

CASTING CALL

We are in the midst of doing an audition call for Seng Tat's feature. An open audition will be held on 29 and 30 Sept. Really appreciate it if you can help to spread the words and if you know anyone that might be suited for the role, do let us know. Attached is the audition call notice.