Friday, November 27, 2015

Watak Laila (Seyogia)



Nora Ahmad atau nama sebenar Siti Norrafidah Bt Ahmad (21 tahun) digarap bakatnya oleh Fauziah Nawi dari Stefani Events. Mula berjinak dengan lakonan sejak tahun ini dan menggali pengalaman melalui bengkel-bengkel lakonan anjuran FINAS. Teater pertama Nora berjudul Dari Bintang ke Bintang (2015) arahan Fauziah Nawi.
Beliau juga terlibat dalam pembikinan filem pendek Nadia Ngidam Cili (2015) arahan Mohd Izham dan 7 Demensi Alif (2015) arahan Faizal Ishak yang masih belum ditayangkan di pawagam.

Antara drama tv yang beliau terlibat termasuklah Teman Lelaki Upahan, Memori Cinta Suraya dan Girlfriend Dari Neraka.




Monday, November 16, 2015

Teater SEYOGIA - Watak Jazreen



Nur Nazliah Binti NorAzman (25 tahun) atau mahu dikenali sebagai Lya Azman berkelulusan Diploma Seni Teater ASWARA (2013). Walaupun teater menjadi pilihan, namun undangan untuk berlakon dalam drama tv juga jarang ditolak. Beliau mula berkecimpung dalam drama tv bermula 2009 melalui drama Merah Putih. Antara drama tv lain lakonan Lya ialah Cornetto Kisah Cinta Uda & Dara (2013), Impak Cinta (2012), Wasiat Rindu (2012).    

Bermula dengan teater Pukau (2010), Lya Azman sudah berlakon dalam puluhan pementasan teater.Antaranya termasuk Hexa X Unus (2015), A Mystery Murder (2014), Sitora Harimau Jadian (2013) dan banyak lagi.





Pementasan SEYOGIA di Johor
Pementasan SEYOGIA di Kuala Lumpur

Saturday, November 7, 2015

CERITA MALAM JUMAAT 12 NOV 2015



CERITA MALAM JUMAAT episod kali ini akan ada improv!

Edisi November 2015 ini juga akan menampilkan seorang lagi komik dari Indonesia, Dzawin Nur Ikram.

Antara komik lain yang akan membuat persembahan:

1. Peng
2. Aloi
3. Shashic
4. Bob Tungau
5. Kashmir

Bocil Saywho terpaksa pulang ke kampung halaman Indonesia atas sebab-sebab kecemasan.

Maklumat lanjut di sini. 

Cara menempah tiket di TIX atau menghubungi 017-2BUY-TIX

Tiket teater SEYOGIA bagi persembahan di Johor dan Kuala Lumpur juga akan dijual di sepanjang persembahan ini nanti. 

Rumah Anak Teater Bawakan Lagi Komik Indonesia

Setelah menampilkan beberapa komik terkemuka di Indonesia untuk membuat persembahan di Negara ini, Rumah Anak Teater membawakan seorang lagi komik dari Jakarta untuk menggeletak penonton-penonton komedi di Negara ini.

November ini, seorang lagi komik independen yang lahir daripada program Standup Comedy Indonesia musim ke-4, Dzawin Nur Ikram (24 tahun) akan membuat persembahan dua hari di lokasi yang berbeza di Selangor.
Dzawin atau lebih dikenali di Indonesia dengan nama Dzawin Ranger akan membuat persembahan di Lawak Studio IOI Boulevard Puchong pada Selasa 10 November 2015 melalui persembahan Lawak Berdiri dan pada Khamis 12 November 2015 di PJ Live Arts melalui slot Cerita Malam Jumaat.

Pada April lalu, Rumah Anak Teater pernah membuat persembahan Improvindo ke Malaysia yang terdiri dari pelawak-pelawak filem. Antara lain, Mo Sidik, Randika Djamil, McDanny, Isman HS dan Reno Fenady.

Persembahan bulan lalu Rumah Anak Teater menampilkan Indra Jegel, komik muda dari Medan yang menjelajah dengan membuat persembahan di Johor Bahru melalui Tahun Melawak Johor yang kemudiannya dibatalkan atas arahan pihak penganjur. Namun, dua persembahan lain Indra di Selangor mendapat sambutan luar biasa daripada peminat-peminat komedi pentas di Lembah Kelang.

Dzawin yang sudah berkecimpung dalam dunia standup comedy sejak 2011 sudah membuat persembahan di serata Indonesia sehinggalah bakatnya dicungkil di dalam program Standup Comedy Indonesia 2014 musim ke-4.  Selain menjadi komik sepenuh masa, Dzawin juga seorang penulis karya-karya yang bergenrekan komedi.

Dalam kedua-dua persembahan beliau nanti, Dzawin akan didokong oleh persembahan-persembahan daripada komik-komik di bawah anjuran Rumah Anak Teater.  Persembahan spontan improvisasi juga akan membuatkan penonton-penonton tidak kering gusi.

Dalam temubual bersama pelopor standup comedy melayu di Malaysia, Faisal Mustaffa daripada Rumah Anak Teater, beliau mengakui lapangan standup comedy di Malaysia masih baru lagi sungguhpun sudah bertapak hampir dua tahun. “Kita masih ketinggalan jauh di belakang”, ujarnya.

Oleh yang demikian, Faisal yang secara konsistennya mementaskan “open mic night” di Lawak Studio Puchong setiap Jumaat masih optimis bahawa standup comedy akan melalui eranya nanti. Apa yang lebih mustahak ialah bagi persembahan seperti standup comedy diteruskan.

Melihat kepada sambutan setakat ini, Faisal percaya standup comedy mempunyai masa hadapan yang cerah di Malaysia.

Program Komediri dan Lawak Sorang-sorang yang kini ditayangkan di televisyen merupakan kerjasama Rumah Anak Teater.

Namun, Faisal berkata, kita masih kekurangan komik sungguhpun ramai yang berminat menjadi pelawak dalam sketsa-sketsa komedi. “Bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang standup comedy ini bleh terus hubungi kami”, katanya mengakhiri perbualan.

Bagi mereka yang ingin menonton kedua-dua persembahan Dzawin Ranger November ini, mereka boleh menghubungi Faisal Mustaffa di talian 0122290944.


Tuesday, November 3, 2015

Tiket teater #SEYOGIA di Mabopa Jualan Buku Akhir Tahun



Tiket teater #SEYOGIA akan dijual di Mabopa Jualan Buku Akhir Tahun . Cari Booth MERPATI JINGGA.

Pementasan di MAP NUSAJAYA
Pementasan di MAPKL PUBLIKA 


Sunday, November 1, 2015

Wakil Jualan Tiket Teater SEYOGIA

Tiket boleh dibeli di:
1.MPH Nu Sentral
2. MPH City Mall
3. MPH Alamanda
4. MPH Alpha Angle
5. MPH Taman Universiti Skudai
6. MPH JB City Square
7. KIlang Bateri Tampoi, Kedai Projek Buku
8. I Am Lejen Shop, SS15 Subang Jaya
9. DuBook Store, Bandar Baru Bangi
Anda juga boleh whatsapp di 0122290944 atau emel ke rumahanakteater@gmail.com