Tuesday, July 9, 2013

Teater Mengenang Kematian Dalam Tahanan




Pada bulan Julai 2009, terdapat dua kematian dalam tahanan berlaku di Negara ini. Seperti yang sedia maklum, pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) Ean Yong Hian Wah, Teoh Beng Hock mati ketika disoalsiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan R.Gunasegaran mati ketika berada di dalam lokap polis.

Menurut statistik badan bukan kerajaan Suara Rakyat Malaysia SUARAM, sejak tahun 2000 hingga Mei 2013 sudah terdapat seramai 218 orang mati ketika berada dalam tahanan. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2011, terdapat seramai lebih 1,500 orang mati dalam tahanan dalam tempoh tahun 2003 hingga 2007.

Memandangkan kes yang begitu banyak dan menjadi suatu perkara yang tidak asing lagi di Malaysia, sebuah kumpulan penggiat teater, Rumah Anak Teater akan mementaskan sebuah teater berjudul SELAK : SERAK. Pementasan itu akan berlangsung di panggung PJ Live Arts di Jaya One, Petaling Jaya pada 11-14 Julai 2013 ini. Terdapat lima pementasan sepanjang tempoh tersebut.

Pada Jun tahun lepas, Rumah Anak Teater telah berjaya mementaskan sebuah pementasan berjudul BENG HOCK di KL Performing Arts Centre (KLPac) dan di PenangPAC.

“Sambutan di kedua-dua panggung pementasan tersebut amat menggalakkan,” kata Faisal Mustaffa selaku Penerbit Eksekutif Rumah Anak Teater.

Akibat daripada permintaan yang amat menggalakkan itu, Rumah Anak Teater berhasrat untuk mementaskan sebuah naskah yang lain. Ianya bermain dengan isu-isu kematian yang berlaku semasa disoal-siasat dan ianya didedikasikan kepada Teoh Beng Hock.

SELAK : SERAK diarahkan oleh Pengarah Ayam Fared (28 tahun) bersama kolaborasi pelakon Lorna Hoong dan Khairil Ridzuan K’N.

Ketiga-tiga mereka amat teruja dengan projek pementasan ini kerana sedikit sebanyak menyumbang kepada kempen kesedaran tentang isu semasa terutama kepada kes yang melibatkan nyawa insan yang masih belum terbukti kesalahan. 10 peratus daripadahasil penjualan tiket ini akan disumbangkan kepada Tabung Membantu Keluarga Mangsa Mati Dalam Tahanan yang dikelolakan oleh kumpulan masyarakat sivil yang menggelar diri mereka Malaysians for Beng Hock.

Orang ramai boleh membeli tiket dengan menghubungi Box Office PJ Live Arts di talian 017-2BUY-TIX (0172289849) atau di pautan www.tix.my atau hubungi wakil Malaysians for Beng Hock di talian 01222658448.

Makumat lanjut mengenai pementasan ini. 

Friday, July 5, 2013

Pengarah teater SELAK : SERAK




Ayam Fared atau nama sebenarnya Mohd Fared Jamaluddin  (28 tahun) pernah dicalonkan sebagai Most Promising Artist di BOH Cameronian Arts Award untuk tahun 2008. Melalui pementasan teater Short Eyes (2011), Ayam Fared yang bertindak sebagai penagarah telah memenangi piala Pengarah Terbaik dalam BOH Cameronian Arts Awards 2012.

Binatang separa orang, perempuan separa jantan, yang sebahagian hidupnya cuma melayan kekecewaan, dan sebahagian lagi cuba menatang kemarahanm bersama cinta yang kononnya masih membara. Di Felda tempat dia membesar, orang-orang kampung memandangnya tidak lebih dari sekadar seorang anak yang sering memalukan keluarga, sedang di KL kota lumpur kepalsuan, selalu saja masyarakat menyalahertikannya sebagai orang gila.

Maklumat lanjut pementasan di sini.

Tuesday, July 2, 2013

SELAK : SERAK Kolaborator / Pelakon




Khairil Ridzuan K’N (28 tahun) merupakan anak kelahiran Langkawi, Kedah. Tamat zaman persekolahan, K’N menyambung pendidikan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam jurusan lakonan. Sehingga kini, K’N sudah berlakon dalam empat buah filem; antaranya Hati Malaya 1957, Songlap, Jalan Pintas dan sebuah filem terbitan KOMAS, Gadoh.

Sebagai salah seorang pelopor kepada Rumah Anak Teater, K’N pernah mengarah teater dan juga berlakon bersama produksi Rumah Anak Teater seperti Tambat Kaki 0- Teater Kompilasi I (pengarah), Short Eyes (pelakon) dan Legasi – Teater Kompilasi II (pelakon). 


SIDANG MEDIA ESOK (3 JLAI 2013)


Rumah Anak Teater dan Malaysians for Beng Hock akan mengadakan sidang media untuk mengumumkan pementasan teater SELAK : SERAK, sebagai aktiviti Ulang Tahun Kematian Mendiang Teoh Beng Hock. Teater ini juga akan mendedahkan masalah penderaan dalam lokap penguatkuasa termasuk kes-kes Anwar Ibrahim, Kugan, Dharmendran dan lain-lain.

Butir-butir sidang media adalah seperti berikut:

Tarikh: 3 Julai 2013 (Rabu)
Masa: 10:00 am
Tempat: Bilik Mesyuarat Tingkat Bawah, Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor
             No. 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur, Malaysia
Sila hubungi Yap Hwa (012-2658448) atau Faisal (017-2002944) jika ada sebarang pertanyaan.

Monday, July 1, 2013

SELAK : SERAK Terima Keputusan Mahkamah Tinggi dan Mula Ubah PDRM



Mayat A. Kugan

TERJEMAHAN

Kenyataan Media SUARAM pada 1 Julai 2013

“Jika seorang pesalah itu boleh merayu, kenapa kerajaan tidak boleh?” ini kenyataan yang diberikan oleh Datuk Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri atas keputusan kerajaan untuk membuat rayuan terhadap keputusan tanda aras yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi minggu lalu. Kenyataan itu menunjukkan bagaimaa seorang Menteri Dalam Negeri sekarang berbicara mengenai hak asasi manusia dan kebebasan.

SUARAM ingin mengingatkan Menteri tersebut bahawa terdapat hak-hak lain yang beliau perlu sedar. Bagaimana pula dengan hak seseorang itu untuk hidup seperti yang termaktub dalam Artikel 3 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyebut “Tidak ada seseorang boleh mencabut nyawanya atau pun kebebasan dirinya berdasarkan undang-undang”? Adakah Menteri ini dan pihak berkuasa polis di bawah jagaan beliau sekarang tahu mengenai hak-hak sedemikian?

Hakim VT Singham telah memberikan satu keputusan tanda aras pada 26 Jun 2013 untuk saman sivil Kugan. Hakim Singham berkata Tan Sri Khalid Abu Bakar yang pada ketika itu Ketua Polis Selangor yang bertanggungjawab atas kematian Kugan empat tahun yang lepas dan mahkamah memerintahkan sejumlah RM851,700 buat ibunya, N. Indra kerana menyerang dan memukul, memeranjakan, kesakitan dan bebanan yang ditanggung. Selepas keputusan sedemikian, dia bersara.

Merayu dalam sebuah kes yang berkepentingan awam seperti kematian Kugan dalam tahanan polis yang mana jelas menunjukkan terdapat unsur-unsur ganas dan penyalahgunaan kuasa, ia menunjukkan bahawa kerajaan gagal untuk melihat kepada sentimen rakyat. Mayatnya dibawa terus dari sel lokap polis di USJ Taipan terus ke bilik mayat di Hopital Serdang pada 20 Januari 2009. Terdapat kesan dan darah dan buih keluar dari mulut mendiang.

Mengapa kerajaan tidak mengambil tanggungjawab ini dan bergerak terus untuk perubahan yang diperlukan buat Polis diRaja Malaysia? Kerajaan yang memerintah terus merudum dalam imej dan kredibiliti mata orang awam bahawa mereka akanmerayu atas keputusan mahkamah.

Pihak kerajaan dan polis sepatutnya menerima keputusan tersebut, dan mengambil tanggungjawab penuh atas kematian ketika berada dalam kawalan mereka.