Azzad Mahdzir mempunyai ijazah dalam bidang pendidikan Bahasa Inggeris. Sebelum berkecimpung dalam bidang seni sepenuh masa sebelum 2011, Azzad sudah pun dihantar untuk mengajar selama beberapa tahun di beberapa kolej di Labuan (with a short stint in Dehradun, Uttarakhand). Semenjak itu, beliau banyak membuat kerja-kerja penterjemahan, penyelidikan dan menulis bahan buat rancangan televisyen. Beliau juga membantu pengarah dalam pembikinan video muzik, dokumentari televisyen dan layar perak disamping pementasan eksperimental. Penampilan pertamanya ialah menerusi pementasan teater Beng Hock (2012), di mana dia menjadi pengurus pentas dan pada masa yang sama mwmbawa watak yang kecil.
Pada tahun ini, Azzad akan mempamerkan instalasi videonya buat pertama kali berjudul “Going” untuk DreamLab Exhibition di Art Row, Publika. Sebagai penerima geran mentor-mentee oleh Kakiseni dan Jabatan Kebudayaan dan kesenian Negara (JKKN), beliau akan bekerjasama dengan Nam Ron dalam mementaskan teater pada November 2013 akan datang. Beliau juga sedang dalam proses eksplorasi hijab untuk projek instalasi videonya yang bakal diterbitkan pada penghujung tahun ini.
Keterangan lanjut mengenai pementasan SELAK : SERAK