Saturday, August 31, 2013

Teater MERdEKAnyaKITA diharamkan di Malaysia



Usaha kami (Rumah Anak Teater) membawa Kumpulan Teater Kami Ltd (Singapura) bagi menjayakan Teater Kembara MERdEKAnyaKITA ke Malaysia berkecai apabila Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Pengambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-Puspal) tidak membenarkan kami mementaskannya di Malaysia.

Pementasan ini yang kebetulan bersesuaian dengan sambutan kemerdekaan Malaysia yang jatuh pada 31 Ogos, dikatakan menyentuh sensitiviti sosial dan politik masyarakat Malaysia.

Teater yang mendapat naungan daripada National Arts Council (Singapore) terpaksa pulang dengan perasaan hampa dan kejadian ini akan dilaporkan kepada pihak berwajib di Singapura atas tindakan JK-PUSPAL yang berada di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia.

Berikut ialah beberapa paparan media:

Malaysiakini

Harian Metro

Awani 28 Ogos 2013

Awani 29 Ogos 2013

Cyberita



Sunday, August 11, 2013

DVD RAKAMAN SELAK:SERAK



SINOPSIS

Kalau diikutkan Kamus Dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, secara asasnya, jika disebut 'selak' (e untuk emak), ia membawa makna kayu palang untuk mengunci pintu, manakala jika disebut 'selak' (e untuk ekor), ia berubah pula menjadi tindakan menyingkap, membuka juga menyinsingkan.
Jika dilayankan lagi Kamus Dewan, kata 'serak' pula membawa makna suara yang parau atau garau (jika e untuk emak), sedang maknanya berubah menjadi tidak tersusun, berterabur, tersebar ke merata-rata tempat (jika e untuk ekor).

Selak : Serak.
Kayu palang untuk mengunci pintu, yang punya suara yang garau dan parau.
Atau mungkin menyingkap, membuka serta menyinsingkan, sesuatu yang tidak tersusun, yang berterabur, yang tersebar ke merata-rata tempat.
Bila yang di-selak ter-serak, lupakanlah e untuk emak. Makna setiap kata, bukan lagi milik Dewan Bahasa dan Pustaka. Andai kenyataan bukan lagi fakta yang mesti diambil kira, dan bukti bukan lagi saksi yang patut benar-benar diadili, lalu apa lagi yang masih tinggal untuk diteliti?
Dedikasi, buat mereka yang telah mati.


Penerbit Eksekutif: Faisal Mustaffa
Pengarah: Ayam Fared
Pelakon / Kollaborator: Lorna Hoong, Khairil Ridzuan KN
Sinografer / Pereka Visual: Azzad Mahdzir
Pengurus Pentas: Nazim Othman

Tarikh pementasan: 11-14 Julai 2013, PJLiveArts

Harga: RM15*
*tidak termasuk kos penghantaran

Reviu:
http://teohbenghock.org/2098.html
http://roketkini.com/2013/07/03/teater-%E2%80%9Cselakserak%E2%80%9D-dedikasi-buat-mangsa-kematian-dalam-tahanan/
http://roketkini.com/2013/07/12/teater-selak-serak-dramatik-beri-impak-emosi-pencerahan/
http://www.radiobangsarutama.com/2013/07/selak-serak.html
http://ceriterasaya.blogspot.com/2013/07/selakserak.html
http://www.keadilandaily.com/selak-serak-teater-deraan-anwar-dalam-tahanan/
http://www.astroawani.com/news/show/teater-selak-serak-selami-hati-orang-terdekat-si-mati-18146

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type DVD SELAKSERAK)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)

Friday, August 9, 2013

DVD Rakaman Pementasan Teater M.BUTTERFLY



karya David Henry Hwang

SINOPSIS 

Drama diinspirasikan oleh opera M.Butterfly David Henry Hwang. Babak pertama memperkenalkan watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam melekat kepada kedutaan Perancis di China. Dia jatuh cinta dengan diva opera Cina cantik, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.

Dalam opera Beijing tradisional, perempuan telah diharamkan dari pentas semua peranan-peranan wanita dan telah dimainkan oleh lelaki. Babak kedua bermula dengan Song datang ke Perancis dan melanjutkan perhubungannya dengan Gallimard. Mereka berada bersama untuk 20 tahun sehingga perkara sebenar dibongkar , dan Gallimard dituduh penderhakaan dan dipenjarakan yang tidak dapat menghadapi fakta itu yangnya "wanita yang sempurna" sebenarnya seorang lelaki, bahawa telah menggayakan kerana seorang wanita selama 20 tahun mampu mengintip, dia berundur dalam dalam dirinya dan kenangannya.

Tindakan drama digambarkan kerananya terganggu, terheret ingatan peristiwa-peristiwa keliling perhubungan mereka. Babak ketiga menggambarkan Gallimard melakukan seppuku (juga dikenali sebagai harakiri, ritual bunuh diri Jepun melalui diri pengeluaran perut) manakala Song melihat dan merokok sebatang rokok.

Penerbit Eksekutif: Faisal Mustaffa
Pengarah: Mislina Mustaffa
Pelakon: Benjy, Naque Ariffin, Mislina Mustaffa
Penolong Pengarah / Pereka Visual: Azzad Mahdzir
Pengurus Pentas: Ameera
Sinografer: Yusman Mokhtar

Tarikh pementasan: 11-14 April 2013 di MapKL

Harga: RM15*
*tidak termasuk kos penghantaran


Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type DVD M.BUTTERFLY  
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)