Sunday, October 23, 2011

KURSUS ASAS LAKONAN 3 HARI BERSAMA NAM RON


- Untuk yang menyimpan hasrat untuk menjadi pelakon tetapi keliru cara-caranya
- Untuk mereka yang ingin menambah keyakinan diri di hadapan khalayak ramai
- Untuk mereka yang mahu menambah keyakinan diri semasa proses temuduga
- Untuk mereka yang masih belajar dan ingin meningkatkan pencapaian dalam subjek lakonan
- Untuk mereka yang ingin mendapat pengalaman baru dalam kehidupan

Rumah Anak Teater (RAT) Production dengan bangganya akan mengadakan satu kursus jangka pendek lakonan untuk anda dibawah kendalian Nam Ron.

Maklumat tenaga pengajar Nam Ron:

* Nam Ron merupakan seorang pengarah, pelakon dan penulis untuk teater, tv dan filem
* Mempunyai pengalaman mengajar selama 9 tahun di ASWARA di Jabatan Teater dan kini mengajar sambilan di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang berkaitan
* Beliau banyak mengendalikan bengkel-bengkel lakonan dan pengarahan di seluruh Malaysia.
* Nam Ron juga pernah mengikuti kursus di Jepun dari tahun 2003 hingga 2005.
* Antara filem-filem lakonannya adalah Bunohan, Paloh, Gubra, Dukun, Histeria, Gadoh, Misteri Jalan Lama, Aku Tak Bodoh, The Year without Summer dan lain-lain.
* Antara drama tv lakonannya Warkah Terakhir, Dendam Kesuma, tersungkur di pintu syurga, Lembing dan Layang, Lima dan lain-lain
* Antara teater arahannya adalah Look Back in Anger, Lina dan Lijah, Proses, Misi, Gedebe, Jangan Bunuh Sam, Matderihkolaperlih, Lembu, WIP dan lain-lain lagi


Berikut adalah butir-butir tentang kursus yang bakal dianjurkan oleh RAT Production:

* Kursus Lakonan 3-hari oleh RAT Production
* Tenaga Pengajar: Nam Ron
* Tarikh: 11-13 November 2011
* Bayaran: RM 450
* Borang penyertaan: Boleh diperolehi dari link ini: http://bit.ly/clImRc
* Tempat: LEMBAH AZWEN RESORT, Hulu Langat

* Untuk mendapatkan borang penyertaan dan maklumat Lanjut, hubungi; Faisal 017-2002944 atau email: rumahanakteater@gmail.com

Friday, October 14, 2011

Pementasan SHORT EYES 3-4 Disember 2011 di Penang PAC



DVD rakaman pementasan SHORT EYES di PJLA )g0s 2010 lalu boleh dipesan secara online di TOKOBUKU.

Thursday, October 13, 2011

VIDEO HAK ANDA DAN KUASA POLIS





Menyedari tentang banyak kes yang melibatkan penahanan orang awam oleh pihak polis yang dipertikaikan, beberapa badan bukan kerajaan telah bergabung untuk memberikan pengetahuan asas kepada orang ramai mengenai hak asasi mereka ketika mereka berhadapan dengan situasi demikian.

Video sepanjang 15 minit yang berbentuk pendidikan ini memfokuskan situasi apabila diberhentikan oleh pihak polis , polis menyoalsiasat ketika diberhen...tikan, soal siasat polis tanpa tangkapan, keadaan apabila ditangkap dan sebagainya.

Video melalui lakonan sinis tersebut dilakon oleh Ayam Fared, Amerul Affendi dan Khairilridzuan. Pembikinan ini adalah usahasama Rumah Anak Teater, SUARAM, Lim Lian Geok Cultural Development Centre, Amnesty International Malaysia dan KOMAS.

ENGLISH


Recently, there are many controversial cases which has occurred in our country involving the detention of civilians by the police. Therefore, several NGOs have joined forces to produce this short film in order to provide basic knowledge to the people about their civil rights when they are confronted with such situations.

This 15 minutes film is presented by Ayam Fared, Amerul Affendi and Khairilridzuan, in collaboration with Rumah Anak Teater, SUARAM, Lim Lian Geok Cultural Development Centre, Amnesty International Malaysia and KOMAS.

CHINESE

公民教育一直以来是社会关注的话题,由于受到各种客观条件的限制、公民教育并不普及化,所以我国的民主教育工作一直停滞不前,所以导致警方滥权事件频频发生。当遇到警察时,公众究竟要如何面对?所以,几个非政府组织发起了一个有关公民权利与警察权力的短片,并在当天举行推介礼与放映会,希望能让公众了解国家制度,提升他们对警察权力和自身权利的醒觉意识,避免警方滥权事情发生。

这部15分钟的短片是由Ayam Fared, Amerul Affendi以及Khairilridzuan演出. 联合单位有Rumah Anak Teater, 大马人民之声(SUARAM) ,林连玉基金会,马来西亚国际特赦组织( Amnesty International Malaysia) 和社会传播中心(KOMAS).

Sekiranya anda berminat untuk memperolehi dvd ini, anda boleh memesan melalui TOKOBUKU.

Thursday, September 29, 2011

ITS THIS WEEKEND FOLKS!!


Sila datang beramai-ramai! Tontonilah filem-filem yang gerenti hebat dan tidak mungkin anda tontoni di media massa tempatan ataupun ASTRO.

Tontonilah Trailer filem-filem kami di sini:
http://vimeo.com/29487611
http://vimeo.com/29597292

Masuk secara percuma. Sila buat booking di sini ataupun datang awal ke lokasi untuk mendaftar.

Cepat!! Tempat adalah terhad.

You are invited to FREEDOMFILMFEST2011!

20 human rights films over 2 days

Participate in engaging discussions about human rights with film makers and credible resource persons.

Support worthy causes and forge new linkages with like minded people

1 & 2 October, 2011
Auditorium Wisma Bentley, Mutiara Damansara(next to IKEA)

click here for venue and transport details


For full schedule and synopses of films, please click here

Please REGISTER ONLINE to get your FREE tickets

Enquiries: freedomfilmfest@komas.org


Please support us by sharing this with your friends.

FreedomFilmfest 2011
is organised by KOMAS in co-orperation with the Selangor and Penang State Government and funded by The European Union.

Sunday, September 25, 2011

Pelancaran Video Pendek Terbitan RUMAH ANAK TEATER dll




Menyedari tentang banyak kes yang melibatkan penahanan orang awam oleh pihak polis yang dipertikaikan, beberapa badan bukan kerajaan telah bergabung untuk memberikan pengetahuan asas kepada orang ramai mengenai hak asasi mereka ketika mereka berhadapan dengan situasi demikian.


Video sepanjang 15 minit yang berbentuk pendidikan melalui lakonan sinis tersebut dilakon oleh Ayam Fared, Amerul Affendi dan Khairilridzuan K'N. Pembikinan ini adalah usahasama Rumah Anak Teater, SUARAM, Lim Lian Geok Cultural Development Centre, Amnesty International Malaysia dan KOMAS.


Untuk Pertanyaan:
Sila hubungi 03-77843525 atau Lucas:016-4114147


Page Event: Short Video launching''Hak Anda dan Kuasa Polis''



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Launch of the Short Film '' Police Powers and Your Right ''

Date: 29hb Spetember 2011 (Thursday)
Time: 8.00pm (Registration begins at 7.30pm)
Venue: Auditorium, 1st Floor KL &Selangor Chinese Assembly Hall

Recently, there are many controversial cases which has occurred in our country involving the detention of civilians by the police. Therefore, several NGOs have joined forces to produce this short film in order to provide basic knowledge to the people about their civil rights when they are confronted with such situations.

This 15 minutes film is presented by Ayam Fared, Amerul Affendi and Khairilridzuan K'N, in collaboration with Rumah Anak Teater, SUARAM, Lim Lian Geok Cultural Development Centre, Amnesty International Malaysia and KOMAS.

For any enquiries: Please contact Lucas at 03-77843525 or 016-411 4147.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

《认识你的权利:遇到警察怎么办?》短片放映会与推介礼



日期:2011年9月29号(星期四)

时间: 晚上7时半(柜台登记)

8时晚开始

地点 :隆雪华堂 楼上讲堂




公民教育一直以来是社会关注的话题,由于受到各种客观条件的限制、公民教育并不普及化,所以我国的民主教育工作一直停滞不前,所以导致警方滥权事件频频发生。当遇到警察时,公众究竟要如何面对?所以,几个非政府组织发起了一个有关公民权利与警察权力的短片,并在当天举行推介礼与放映会,希望能让公众了解国家制度,提升他们对警察权力和自身权利的醒觉意识,避免警方滥权事情发生。

这部15分钟的短片是由Ayam Fared, Amerul Affendi以及Khairilridzuan K'N 演出. 联合单位有Rumah Anak Teater, 大马人民之声(SUARAM) ,林连玉基金会,马来西亚国际特赦组织
(Amnesty International Malaysia) 和社会传播中心(KOMAS).

询问详情:

请联络:03-77843525 或 叶兴隆 016-4114147

面子书Page Event: Short Video launching''Hak Anda dan Kuasa Polis''

Friday, September 9, 2011

Cinta Benafas Haram Dalam ‘SeNaPas’



Hampir setiap hari kita mendengar di TV, terpampang di dada-dada akhbar mahupun majalah tentang kes-kes pembuangan bayi. Rata-rata dijumpai dalam keadaan menyedihkan bahkan ada situasinya jauh lebih dasyat yang tak pernah kita terfikir dek akal manusia. Sampai bilakah sikap ketidakperikemanusiaan ni akan berterusan?

Menyedari senario ni semakin kronik, berpaksi objektif bahwa permasalahan ni adalah tanggungjawab bukan hanya satu pihak saja sebaliknya kita bersama, Rumah Anak Teater (RAT) berkolaborasi bersama Revolution Stage, optimis ‘mempertontonkan’ isu semasa ni dalam bentuk teater, berjudul ‘SeNaPas’.

Tulisan selanjutnya di sini.

Friday, September 2, 2011

Teater Bawa Isu Pembuangan Bayi


Rumah Anak Teater dan Revolution Stage akan mementaskan teater yang berkisar mengenai kisah percintaan pasangan yang berasal dari latar belakang keberadaan yang berbeza dan tidak mendapat retu daripada keluarga. Selain itu, isu lain yang dibangkitkan ialah mengenai pembuangan bayi yang banyak berlaku di Negara kita sekarang ini.

Sejak lima tahun yang lalu, perangkaan yang diperolehi daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, terdapat , 407 kes direkodkan berkaitan pembuangan bayi.

Mengikut perangkaan yang dilaporkan Bernama di Dewan Rakyat 7 April yang lalu, statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi tertinggi iaitu sebanyak 105 kes.

Selain Selangor, Johor mencatatkan 83 kes pembuangan bayi, Sabah (65), Sarawak (34), Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (22), Perak (19), Pahang dan Kedah (17), Kelantan (10), Terengganu (5), Melaka (3), Kuala Lumpur (2) dan Perlis (1).

Menurut Menteri Datuk Seri Senator Shahrizat Abdul Jalil, antara punca berlakunya masalah pembuangan bayi apabila mangsa, wanita hamil luar nikah berasa takut dan malu kerana tidak mendapat sokongan keluarga, khuatir dihukum sekiranya masyarakat umum mengetahuinya dan bayi yang dilahirkan cacat.

Kurang pendidikan agama, tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sokongan seperti khidmat kaunseling dan perkhidmatan perlindungan untuk diri dan anak, bapa kepada bayi yang dilahirkan ghaib dan tidak mahu bertanggungjawab selain wanita pendatang asing tanpa izin takut diusir apabila meminta pertolongan, katanya.

Justeru, atas kesedaran tersebut, pementasan ini dapat sedikit sebanyak memberi kesedaran agar statistik tersebut dapat menjadi iktibar dan perhatian orang awam dan seterusnya perangkaan tersebut tidak menunjukkan peningkatan lagi pada tahun yang mendatang.

Teater SeNaPas (Sejarah Nasib Lepas) akan dipentaskan pada 15-18 September 2011 pada jam 8.30pm di Stor Teater DBP, Jalan Dewan Bahasa Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi penerbit Faisal Mustaffa 017-2002944 atau emel kepada rumahanakteater@gmail.com

Keterangan lanjut, sila layari di sini.




Monday, August 22, 2011

Teater SeNaPas Temui Anda Di Syawal Ini


Rumah Anak Teater (RAT) yang seringkali mempersembahkan pementasan-pementasan kritis sejak penubuhannya empat tahun yang lalu, mereka berhibernasi untuk seketika bagi menghormati bulan Ramadhan.

Namun, sebaik sahaja Syawal tiba, mereka akan beraksi lagi melalui pementasan teater SeNaPas.

Ini bermakna di dalam bulan puasa ini, masa RAT akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti berkarya melalui penulisan skrip.

Latihan ringan dua kali seminggu bagi SeNaPas ini sudah pun bermula dua bulan yang lalu dan latihan intensif akan dijalankan bermula hrai raya kelima.

Tulisan selanjutnya di sini.

Saturday, August 20, 2011

Trailer SeNaPas





Dilakonkan oleh Aznah Mohamed Ramli dan Hasbullah Boolat.


Keterangan lanjut pementasan di sini.

Saturday, August 6, 2011

Pelakon Teater SeNaPas - Aznah Mohamed Ramli


Aznah Binti Mohamed Ramli Anak jati Negeri Perak ini merupakan seorang anak muda yang berjiwa besar dalam industry seni teater. Beliau menyandang gelaran graduan diploma teater Aswara dalam pengkhususan lakonan. Sepanjang pengajian di Aswara, Aznah telah melibatkan diri dalam pelbagai bidang kerja seperti krew pentas untuk The Crusible dan The Castle, Bahagian Mekap untuk Bangsawan Raden Galoh dan West Side Story dan lain-lain. Antara pementasan teater yang mendapat sentuhan lakonan dari beliau adalah Opera Primadona, Teater Eksperimental Kapital Mall, Teater Klasik Lysistrata, Teater Kanak-kanak Bila Zoo di tutup dan lain-lain. Di samping itu, beliau juga pernah terlibat sebagai pelakon extra dalam drama Pria terbitan Astro dan Kl Menjerit.

Keterangan lanjut mengenai pementasan SeNaPas di sini.

Friday, August 5, 2011

Pelakon Teater SeNaPas


Hasbullah Solehin Bin Zamri atau lebih mesra dengan panggilan Bulat, merupakan salah seorang graduan Aswara jurusan diploma teater dalam pengkhususan lakonan. Anak muda berusia 26 tahun ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang teater. Antara penglibatan beliau adalah seperti ‘Muzikal Gamat’ arahan Zaifri Husin yang pernah di pentaskan di Aswara, Istana Budaya dan Taman Budaya, Perlis, sebagai Ikan Buntal. Selain daripada itu, beliau juga pernah berlakon dalam pelbagai genre teater seperti Teater kanak-kanak SRI AYU 2007, Teater Moden LAWYER DAHLAN, Teater Klasik MACTBETH, VERTIGO arahan Nam Ron, Teater Bangsawan Raden Galoh dan banyak lagi. Di samping itu, minat yang mendalam terhadap seni tidak membataskan penglibatanya hanya sebagai seorang pelakon tetapi juga Hasbullah merupakan salah seorang anggota perkusi dalam White Percusion.

Maklumat lanjut mengenai pementasan di sini.

Wednesday, August 3, 2011

Biodata Pengarah Teater ‘SeNaPaS’


Khairunazwan Rodzy merupakan salah seorang graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Teater dalam pengkhususan pengarahan dan bergiat aktif sebagai aktivis teater di sekitar Kuala Lumpur.

Beliau merupakan seorang pengarah muda yang sangat berbakat dan mendapat perhatian serta kepercayaan pelbagai pihak. Antaranya, ASWARA yang telah memberikan kepercayaan kepada beliau menjadi pengarah teater muzikal bertajuk ‘Muzikal Tun Abdul Razak’ (2008) yang telah di pentaskan di Panggung Eksperimental Aswara. Di samping itu, beliau juga mendapat kepercayaan tinggi dari pengarah filem popular terkenal iaitu Erma Fatima yang melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada teater arahan Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dalam pementasan ‘Teater Sirah Junjungan’, ‘Sirah Junjungan Tahajud Cinta’ Dan ‘Teater Natrah’.
Selain daripada itu, Khairunazwan Rodzy merupakan seorang pendidik yang berkaliber. Beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan realiti TV ‘Pilih KASIH 1 dan 2’ terbitan RTM. Beliau juga mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater. Antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘Pegawai Khalwat (ASWARA)’ , ‘Teater Eksperimental; Manusia Hina (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (ASWARA)’, ‘No Exit (ASWARA)’, ‘Romeo dan Juliet (ASWARA)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (ASWARA)’, ‘Waktu – Sebuah Eksperimen Merdeka (MTC)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (ASWARA. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASWARA)’, ‘Projek Koken – Pokok Kelapa Sayang (Stor DBP)’, ‘Projek Koken – Tanda – Ikan Paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (Stor DBP)' , ‘Pokok Kelapa Sayang (UM, SOLARIS, ASWARA)’, ‘Menyerahnya Seorang Perempuan (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi.

Baru-baru ini, beliau telah diberi kepercayaan oleh Istana Budaya untuk menjadi pengarah kepada pementasan ‘Teater Badai Semalam’ yang bakal dipentaskan pada bulan November 2011 di Panggung Sari Istana Budaya.

Maklumat lanjut mengenai pementasan ini di sini.

Monday, August 1, 2011

Pementasan Teater SeNaPas


Sinopsis

‘Sejarah Nasib Lepas’ (‘SeNaPas’), Razak merupakan anak muda yang dikatakan berpendirian matang yang hadir dari keluarga yang mengamalkan kehidupan yang bertitik tolak dari rasa cinta. Pertemuan Razak dengan Kamariah iaitu guru tuisyennya telah memutikkan sebuah rasa cinta diantara mereka akhirnya merubahkan kehidupan Razak kepada kehidupan yang benar-benar matang. Kamariah yang lebih usia daripada Razak telah berjanji untuk bersama Razak demi cinta mereka walaupun keluarga kedua-dua pihak membantah keras, mereka akhirnya telah bersekedudukan jauh daripada keluarga dan hidup sebagai sepasang suami Isteri yang sah. Maka bermulalah KISAH CINTA BERNAFAS HARAM. Setelah lama bersekedudukan, pada suatu hari Kamariah hamil dan mereka spakat untuk menggugurkan kandungan. Pelbagai kaedah telah dilakukan tetapi semuanya gagal. Suatu hari, saudara Kamariah berjumpa Kamariah dan mengetahui keadaan Kamariah lalu memberitahu keluarganya. Razak dan Kamariah teruk dibelasah oleh keluarga masing-masing. Akhirnya mereka bersetuju membenarkan pasangan ini bernikah sehingga tempoh berpantang tamat kemudian mereka dikehendaki berpisah dan anak itu diserahkan kepada pihak lain. Selepas melahirkan, Kamariah dan Razak seakan berat hati untuk menyerahkan anak mereka dan berharap agar kedua-dua orang tua mereka berubah hati dengan keputusan terdahulu apabila melihat anak mereka.

Keterangan lanjut mengenai pementasan di sini.

Monday, July 25, 2011

Faisal: Pegang teguh pada Prinsip, Tidak Tunduk pada Penaja

Berikut ialah sebahagian daripada temuramah yang dijalankan oleh pelajar UiTM, ‘AISYAH EZRAL untuk salah satu daripada kerja kuliah beliau yang dijalankan tidak berapa lama dahulu.

Kajian beliau yang meneliti kegiatan Rumah Anak Teater telah menemuramah Pengarah Urusan Rumah Anak Teater, FAISAL MUSTAFFA.


Temubual bersama Encik Faisal Mustaffa telah dijalankan menerusi panggilan telefon, dan
berjalan tanpa formaliti. Saya akan membentangkan segmen temubual ini menggunakan cara
Q&A iaitu soalan diikuti dengan jawapan. Jawapan daripada Encik Faisal tidaklah diambil bulat-
bulat dan telah diolah serba sedikit untuk menampakkan kekemasan dan supaya menepati skop
soalan.

1) Soalan: Apakah yang membezakan Rumah Anak Teater (RAT Production) dengan produksi teater lain? Apakah keistimewaan dan kelainan RAT?

Jawapan (J): Apa yang membezakan RAT Production dengan produksi teater lain adalah matlamat kami yang tidak menumpukan kepada keuntungan semata-mata.

Keuntungan bukanlah matlamat utama kami, sebaliknya pada peringkat awal, RAT Production ditubuhkan secara ‘loose’, sebagai ruang untuk kami berkarya. Dapat disimpulkan bahawa RAT lebih menyerupai sebuah persatuan, namun setelah beberapa lama barulah didaftarkan sebagai syarikat supaya memudahkan kerja-kerja penerbitan.

Selain itu, melihat kepada aspek pelaksanaan suatu projek teater, Rumah Anak Teater tidak mengamalkan kaedah kebiasaan produksi teater lain iaitu konsep ‘top-to-down’ iaitu orang atasan di produksi tersebut akan merancang apakah projek yang akan dipertanggungjawabkan kepada pihak pengarahannya untuk dilaksanakan. Sebaliknya di RAT, kami menggunakan konsep ‘bottom-to-top’ yakni secara kontranya, pihak yang akan bergiat sendiri dalam pementasan teater tersebut yang akan mengeluarkan dan merancang idea untuk projek tersebut, seterusnya barulah diserahkan kepada pihak atasan untuk mendapatkan kelulusan.


2) Soalan: Kalau dikatakan bukan untuk meraih keuntungan, bolehkah Encik Faisal terangkan dengan lebih spesifik lagi mengenai matlamat penubuhan dan pergerakan RAT Production?

J: Rumah Anak Teater (sebelum didaftarkan secara rasmi sebagai RAT Production) pada mulanya hanya ditubuhkan secara ‘loose’ dan tidak formal. Pada peringkat awalnya, walaupun saya belum ditawarkan dan dilantik secara rasmi untuk memegang jawatan dalam RAT Production, kami semua yang terlibat dalam Rumah Anak Teater sudah lama berkawan dan berkongsi minat yang sama. Justeru, Rumah Anak Teater asalnya dibentuk supaya kami mempunyai suatu platform untuk kami bersama-sama berdiskusi mengenai pelbagai perkara yang berkaitan. Dengan wujudnya Rumah Anak Teater, walaupun setiap anggota masing-masing mempunyai full-time job, kami masih mempunyai ruang yang memberi peluang kepada kami untuk menggerakkan sesuatu yang diminati. Kami dapat buat apa yang kami betul-betul nak buat tanpa rasa terikat atau terpaksa, kerana apa yang kami buat bukanlah semata-mata untuk
mendapatkan imbuhan.

3) Soalan: Selain daripada penerangan yang disertakan dalam profail syarikat, apakah tugas-tugas lain Encik Faisal selaku Penerbit Eksekutif dan ‘pemegang amanah’ Rumah Anak Teater? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘pemegang amanah’?

J: Mudah saja disimpulkan, sebagai pemegang amanah, semestinya saya memegang amanah untuk menjaga setiap aset syarikat. Contohnya dalam suatu projek pementasan teater, saya harus memastikan ‘props’ dan ‘equipment’ yang digunakan selamat dan berada dalam keadaan asal. Begitu juga dari segi kewangan, setiap pulangan yang diperoleh daripada apa-apa projek, saya akan pastikan pembahagian kepada setiap anggota projek sama ada pelakon atau kru berjalan dengan lancar, dan setiap anggota mendapat imbuhan, walaupun imbuhan bukanlah prioriti mereka.

Sebagai penerbit eksekutif pula, untuk melaksanakan sesuatu projek, khususnya pementasan teater, saya yang bertanggungjawab menyiapkan semua kertas kerja, ‘proposal’, mencari lokasi,
mendrafkan strategi pemasaran, pendek kata, saya yang mengusahakan segala kerja-kerja
atasan untuk menjayakan suatu projek pementasan teater.


4) Soalan: Dan semua itu dilakukan Encik Faisal seorang diri?

J: Ya, saya bekerja seorang, walaupun banyak beban kerja dan meletihkan, namun saya lebih selesa dan merasakan lebih mudah sebegitu. Saya sukar untuk mempercayai orang lain untuk melakukan tugasan yang mampu saya lakukan sendiri.


5) Soalan: Difahamkan bahawa Encik Faisal turut berperanan sebagai seorang dramaturge bagi projek-projek teater RAT. Bolehkah Encik Faisal terangkan dengan spesifik lagi apakah tugas seorang dramaturge, mungkin boleh kaitkan dengan salah satu pementasan teater RAT?

J: Dramaturge merupakan orang yang berperanan penting dalam melancarkan perjalanan cerita dan keberkesanan suatu pementasan teater. Sebagai dramaturge, samaada sebelum atau selepas terhasilnya suatu skrip pementasan, saya bertanggungjawab melakukan research mengenai tema dan persoalan yang diketengahkan melalui teater tersebut. Contohnya seperti teater TANDA yang ingin memaparkan kisah tanda-tanda kiamat dan kemusnahan alam. Sebelum terhasilnya cerita, sudah tentu saya harus mengkaji sedalam-dalamnya fakta yang sebenar mengenai tanda-tanda kiamat dari aspek sains dan juga agama.Sesuatu teater tidak sepatutnya menyampaikan fakta dan mesej yang salah kepada penonton.Dramaturg berkaitrapat dengan penulisan skrip.


6) Soalan: Sudah berapa lama Encik Faisal terlibat dengan RAT Production? Dan adakah Encik Faisal merancang untuk komited dengan RAT untuk jangka masa yang lama lagi? Apakah yang mendorong Encik Faisal untuk kekal dalam produksi ini?

J: Secara tidak rasminya, saya sudah bergerak secara sosial bersama anggota-anggota RAT sebelum tertubuhnya RAT dengan rasmi. Namun begitu saya tidak terlibat dengan pengasasannya, dan hanya setelah beberapa bulan tertubuhnya RAT barulah mereka menawarkan saya untuk bertugas secara rasmi di RAT. Saya sudah tiga tahun bersama RAT, dan saya berharap akan dapat terus memperjuangkan RAT selagi saya mampu dan jika Tuhan mengizinkan. Seni teater itu sendiri yang mendorong saya untuk terus terlibat dengan RAT, dan saya ingin memperjuangkan hak-hak penggerak teater yang ditindas oleh sesetengah pihak.


7) Soalan: Latar belakang pendidikan Encik Faisal jelas lebih menjurus kepada bidang perniagaan, jadi bagaiman Encik Faisal boleh terlibat dengan seni teater? Adakah Encik Faisal mengaplikasikan ilmu tersebut dalam pekerjaan kini? Atau menyimpang jauh?

J: Tidak menyimpang jauh, kerana saya bukan sahaja mempunyai kelulusan dalam bidang perniagaan, malahan bidang pengurusan juga. Justeru ilmu tersebut tetap berguna dalam tugasan-tugasan saya kini.


8) Soalan: Adakah sememangnya Encik Faisal sendiri berminat dalam bidang seni teater? Kerana dapat diperhatikan Encik Faisal turut menyumbangkan tenaga sebagai pelakon dalam beberapa pementasan teater RAT, contohnya Short Eyes.

J: Bidang seni lakon bukanlah salah satu daripada minat utama saya. Saya lebih selesa berada di balik tabir, dan tidak menonjolkan diri. Menjadi pelakon tambahan hanyalah sekadar untuk membantu dan memberi sokongan kepada rakan-rakan. Namun saya merupakan seorang pencinta seni. Sebelum saya terlibat dengan RAT, saya sudah lama bergerak dengan mengkritik filem dan teater.


9) Soalan: Apakah antara cabaran-cabaran yang dihadapi dalam menjadi seorang yang terlibat dengan produksi teater seperti RAT khususnya, dan bidang seni teater umumnya? Dan apakah kebaikan atau perkara yang disukai oleh Encik Faisal mengenai pekerjaan Encik Faisal?

J: Antara konsekuensi yang saya hadapi dalam menggerakan suatu projek teater adalah sekiranya saya terlepas pandang suatu perkara walaupun sekecil mana sekalipun, pihak saya akan mengalami kerugian. Meskipun keuntungan bukanlah prioriti utama kami, dan keuntungan yang bakal diperolehi tidaklah banyak, namun kerugian tetaplah sesuatu yang meruncingkan. Keduanya, saya rasa tercabar apabila hak-hak kami sebagai penggerak teater dihalang, contohnya hak bersuara dan mempertahankan diri.

Contoh terdekat adalah seperti projek teater TANDA kami yang dihalau keluar dan dikondem oleh pihak ASWARA. Petisi kami untuk mempertahankan diri langsung tidak mendapat respons. Dan semestinya, pasti akan kecewa jika sesuatu projek yang telah bertungkus-lumus kami cuba jayakan, gagal mendapat sambutan daripada orang awam atau penonton, contohnya seperti mesej yang ingin diketengahkan oleh suatu pementasan teater itu tidak sampai kepada penonton.

Pementasan TANDA


Seterusnya, apa yang saya sangat suka mengenai penglibatan saya dalam bidang ini ialah peluang untuk bekerja dengan banyak pihak yang datang daripada pelbagai latar belakang. Di samping dapat bersosial dengan kenalan baru dan lama, saya jugak dapat bersaing dalam industri seni tanah air, dan itu adalah satu kepuasan buat saya.Selain itu, saya juga berasa puas hati kerana dapat melaksanakan sesuatu yang benar-benar saya mahukan, iaitu untuk menyampaikan mesej melalui perantaraan seni.


10) Soalan: Baiklah sebelum saya mengakhiri temuramah saya, ini soalan terakhir saya. Apakah harapan dan matlamat Encik Faisal untuk RAT khususnya, dan industri teater tanah air umumnya?

Jawapan: Harapan saya adalah agar masyarakat awam dapat menghargai seni melalui teater kerana masalah yang dihadapi sekarang adalah kos produksi yang melebihi kuasa membeli kerana kurang pasaran. Saya harap penggiat teater dapat berpegang teguh pada prinsip mereka, dan tidak tunduk pada penaja-penaja korporat yang mata duitan. Matlamat saya bagi RAT adalah supaya RAT dapat sampai kepada mass market dan bukan hanya kepada golongan minoriti seperti sekarang.

Saturday, July 23, 2011

Masih Mahukah Kau Berdiam?

Kami Rakyat, dengan sekeras-kerasnya membantah penahanan 6 aktivis Parti Sosialis Malaysia(PSM) dibawah Ordinan Darurat(EO). Kami mendesak kesemua mereka dibebaskan dengan serta merta tanpa syarat atau didakwa di mahkamah terbuka. Penahanan mereka seterusnya adalah salahguna kuasa dan satu pencabulan hak asasi manusia.

6 orang yang ditahan adalah aktivis sosial dan ahli PSM yang banyak berjuang untuk rakyat secara terbuka. Mereka semua terlibat dalam isu-isu seperti perumahan selesa untuk rakyat, gaji minima untuk pekerja, hak pekerja kilang dan ladang, pendidikan percuma untuk pelajar, sistem kesihatan yang mampu dibiayai oleh rakyat dan banyak lagi aktiviti dan kempen yang dijalankan secara terbuka.

Malah Dr. Jeyakumar adalah Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat secara
demokrasi. Pihak PDRM pastinya mengetahui aktiviti yang dijalankan oleh aktivis PSM ini kerana semua program ini dibuat secara terbuka. Mereka bukannya sekumpulan pengganas atau penjenayah yang merancang untuk
menguling kerajaan.

Tandatangani petisyen di sini: http://www.petitiononline.com/mod_perl/signed.cgi?eo6&451

sumber:
http://www.parti-sosialis.org/