Friday, January 16, 2009

Tenaga Produksi

NAM RON
PENGARAH ARTISTIK


ZAHIRIL ADZIM
PENGARAH "Teruk"


ZAHIRIL ADZIM adalah graduan dari ASWARA (Diploma Teater). Pengarahan beliau sebelum ini ialah kolaborasi Teater Eksperimen TANDA dan FATIHAH. Antara lakonan pentas beliau ialah AIRCON, INSTANT CAFE KURANG MANIS, PENTAS OPERA, UDA dan DARA, NATURALISASI, SI YATIM CHAO, GEMA MERDEKA. Selain itu, beliau juga bergiat dengan lakonan filem dan TV. Filem lakonan beliau ialah KAMI The Movie dan KARAOKE, sementara lakonan TV pula ialah Ghost 2 (siri), Merah Putih (siri), KAMI The Series (siri), Seandainya Aku Siti (telemovie) dan GADOH.

Beliau juga seorang penulis bersama Fared Ayam untuk ruangan Living Culture di laman web www.thenutgraph.com



FARED AYAM
PENGARAH "Stabil"

FARED AYAM adalah teruna berambut ikal mayang yang sentiasa penuh dengan cinta dan kemarahan dan pernah berkali kali gagal dalam percintaan. juga sering tertanya tanya tentang siapa dia di mata masyarakatnya lalu menjadikan teater, puisi dan segala macam cabang seni sebagai laman luahan ketidakpuashatian. antara pementasan hasil pengarahan dan lakonannya termasuk kolaborasi teater eksperimen TANDA, WAKTU eksperimental merdeka, NATURALISASI, SHORT EYES, BREAKING /JI PO/ KASI-PE-CAH, INSTANT CAFE KURANG MANIS serta UDA dan DARA.

Juga penulis bersama Zahiril Adzim untuk ruangan Living Culture di website www.thenutgraph.com.



KHAIRUNAZWAN RODZY
PENGARAH "Pokok Kelapa Sayang"

KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan Diploma Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Antara teater yang pernah di arahkan oleh beliau ialah ‘Gema Merdeka – perjuangan belum selesai’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak’, ‘Muzikal Uda dan Dara’, ‘No Exit’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka’, ‘Romeo dan Juliet’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam ASWARA, beliau juga membuat persembahan di sekitar Kuala Lumpur seperti di Annexe, MTC dan banyak lagi. Sekarang beliau merupakan pelajar Ijazah dalam Fakulti Teater di ASWARA.


KHARIL RIDZUAN
PENGARAH "Tambat Kaki"

KHAIRIL RIDZUAN anak kelahiran Pulau Langkawi ini lebih selesa di panggil KN. Graduan Diploma ASWARA ini mula bergiat secara serius seawal tahun 2004 lagi. Antara produksi yang pernah beliau terlibat seperti Atap Genting Atap Rumbia, Percakapan Seorang Oedipus, Bilik Sulit, Dua Bulatan Pukul Enam dan banyak lagi. Pernah bekerja dengan Suhaimi Baba dalam filem 1957 : Hati Malaya dan siri Anak Pontianak. Sekarang beliau menjadi pelakon sepenuh masa.


SHARIFFAH MARIAM - Pelakon

SHARIFFAH MARIAM bte Syed Abdullah atau nama pentasnya Sherry Abdullah mula berkenalan dengan dunia teater pada awal tahun 2003. Pemegang Diploma Teater ASWARA ini mula berlakon di bawah arahan Marlia Musa iaitu ‘Atap Genting Atap Rumbia’. Semasa menuntut di ASWARA, beliau banyak terlibat dalam produksi teater seperti ‘Meneachmi’ arahan Rohani Yousuff, ‘Dua Bulatan Pukul Enam’ arahan Namron, ‘The Maids’ arahan Roselina Khir Johari dan banyak lagi. Selain ASWARA, beliau pernah berlakon di KLpac iaitu ‘Race’ ,‘Kisah gadis- Gadis Jalan Burmah’ dan di Istana Budaya iaitu ‘Muzikal Ibu Zain’



INTAN DIYANA - Pelakon

INTAN DIYANA binti Zainal Abidin atau nama gelarannya dynna, pemegang Diploma Teater Di ASWARA dalam bidang lakonan. Antara persembahan yang pernah beliau lakonkan ialah Pentas Opera dan Tanda arahan Namron, Opera China Arahan Rohani Yusoff, Tok Perak arahan Syed Alwi, Ibu Zain arahan Rosminah Tahir dan banyak lagi.


AMERUL AFFENDI - Pelakon

AMERUL AFFENDI adalah graduan diploma Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang sekarang di kenali ASWARA dalam teater. Sekarang menyambung pelajarannya peringkat ijazah di Universiti Malaya. Banyak berlakon dalam teater, filem pendek, filem dan televisyen. Teater, Pentas Opera, Si Yatim Chao, Tanda, Waktu experimental Merdeka, Air Con, Uda dan Dara. Filem pendek, Aman dan kenapa ayah tak tanam pisang, Gadoh. Filem, Karaoke dan Jimbo. Televisyen, Rona Roni makaroni, Rembat dan Misteri Penarik Becha.


YUSMAN MOKHTAR - Sinografer


INDRA ZAABA - Pengarah Muzik


Moizzis R.Cong - Dramaturge

9 comments:

masMZ KaKiJaLaN said...

maK aiiiiii.... eKeKekE.....
SaLam BuaT SeMua :)

rumahanakteater said...

Salam juga untuk kamu. Jumpa di Stor teater.

nothing said...

ape2 pun..dina mmg cun! jumpe di stor!
yusman..i`m back!

Anonymous said...

semuanya "rokok". bagus. moga jaya!

Melody M. said...

Suka tengok lakonan Amerul. Sangat menjadi! Yang lain-lain pun bagus juga. Anyway, good job everyone! (^_^)

Anonymous said...

aku setuju. setakatni lakonan merul, belum pernah yang mengecewakan aku.

tahniah pada semua yang terlibat.
buat lagi.

xrantarox said...

satu geng yang power

zhactors said...

korg sume mmg cool....

Unknown said...

skang dynna aktif berlakon lg ke..???

Post a Comment