Publika sekali lagi menganjurkan satu tayangan dokumentari bertajuk “Happy”. “Happy” adalah sebuah dokumentari yang menangani banyak isu-isu asas yang kita hadapi dalam masyarakat kini. Apakah maknanya untuk berasa bahagia? Pengertian gembira itu sendiri? Bagaimana kita mewujudkan kebahagiaan untuk diri kita sendiri? Semua itu diperbincangkan dalam dokumentari tersebut.
“Happy” yang ditayangkan pada 12 Februari lepas membawa penonton ke seluruh dunia untuk mencari kunci kebahagiaan. Pembikin dokumentari ini membuat penyelidikan melalui kisah-kisah manusia yang luar biasa dan kebijaksanaan yang dikongsi bersama mereka. Ianya memberi inspirasi dan membawa kita kea rah pemahaman yang lebih mendalam mengapa dan bagaimana kita boleh mengejar sesuatu yang lebih memuaskan, kehidupan yang lebih bahagia dan sihat.
“Profesor itu berkata pada saya, anda tidak dapat mengukur kebahagiaan. Maka mengapa mereka fikir anda boleh mengukur kemurungan yang mereka semua lakukan, tetapi anda tidak dapat mengukur kebahagiaan,entahlah saya tidak pasti." Kata seorang ahli psikologi, dalam “Happy”
“Happy” yang turut mendapat penganjuran dari Majalah Territory diarahkan oleh Roko Belic, salah seorang calon di Academy Awards dan Pemenang di Sundance Award. Sejak “Happy” dilancarkan, Belic telah memenangi banyak anugerah di pelbagai anugerah filem antarabangsa, seperti Filem Festival Amsterdam dan Festival Filem Maui. Justeru, ia terus membuat gelombang di seluruh dunia.
Pada tahun 1996, Roko Belic mengasaskan Syarikat Penerbitan Filem Wadi Rum bersama abangnya Adrian. Arahan sulung beliau , Genghis Blues (1999) telah dicalongkan untuk Academy Award untuk kategori Ciri Dokumentari Terbaik dan memenangi Anugerah Penonton di Sundance. Sepanjang kerjaya, Belic telah bekerja sebagai Pengarah Fotografi , Penyunting, Penulis, Penerbit dan Pengarah. Beliau turut mengarahkan sebuah dokumentari 44 minit yang dipanggil DREAMS: CINEMA OF THE SUBCONSCIOUS.
Selaku pihak penganjur, Alex Yong yang bertindak sebagai ko-ordinator bagi Publika memberitahu bahawa Publika berbesar hati untuk berkongsi naskah yang baik ini dengan ramai orang. “Happy” merupakan naskah yang tampak biasa tapi bermakna.
“Kita dapat melihat bagaimana seseorang itu menafsir kegembiraan dalam hidupnya dan bagaimana dia mencapai kebahagiaan untuk dirinya. Antara salah satu nilai untuk menjadi gembira dan bahagia ialah dengan pengalaman hidup dan sentiasa mudah untuk mengambil cabaran”, terang Alex lagi.
Filem ini bermula dengan memahami makna psikologi positif. Antara individu-individu yang mahir dalam bidang itu termasuklah Mihaly Csikzentmihalyi penulis buku , Flow: The Psychology of Optimal Experience telah ditemubual.
Beliau menerangkan bahawa kita perlu lalui apa saja yang kita ingini dan sudah tentu kita akan abadikannya buat selamanya. Terdapat banyak lagi contoh dalam filem ini bagaimana orang ramai lalui kegembiraan mereka. Terdapat satu contoh yang sangat menarik dimana ada seorang lelaki yang sangat gembira memasak di sebuah restoran.
“Alami sendiri kebahagiaan itu, kegembiraan itu sebenarnya adalah seperti memberi kita satu tenaga mahupun semangat baru bukan kepenatan. Selalunya apabila kita mengalami tekanan, kita akan lakukan perkara yang mengembirakan kita dan akan berkuranganlah tekanan kita”, jelas Csikzentmihalyi.
Secara psikologinya semua pasangan yang telah berkahwin, anak itu merupakan satu kebahagiaan yang tidak dapat dijual beli.
“Happy” telah memenangi Hadiah Utama Juri di Festival Filem Amsterdam, Pilihan Penonton di Festival Filem Maui, Festival Filem Antarabangsa Arizona, Festival Filem Mendocino dan pelbagai anugerah lain seperti Anugerah Dokumentari yang paling memberi Inspirasi di Festival Filem Antarabangsa DocMiami. Ia turut memenangi Anugerah Pilihan Rakyat di Festival Filem Flagstaff Mountain. Sewaktu di Festival Filem Antarabangsa Mexico pula “Happy” menerima anugerah Dokumentari Terbaik.
Filem ini turut ditayangkan di Pulau Pinang pada 18 Februari 2012 bertempat di China House Upstairs Victoria.
No comments:
Post a Comment