Ayam Fared atau nama sebenarnya Mohd Fared Jamaluddin (28 tahun) pernah dicalonkan sebagai Most Promising Artist di BOH Cameronian Arts Award untuk tahun 2008. Melalui pementasan teater Short Eyes (2011), Ayam Fared yang bertindak sebagai penagarah telah memenangi piala Pengarah Terbaik dalam BOH Cameronian Arts Awards 2012.
Binatang separa orang, perempuan separa jantan, yang sebahagian hidupnya cuma melayan kekecewaan, dan sebahagian lagi cuba menatang kemarahanm bersama cinta yang kononnya masih membara. Di Felda tempat dia membesar, orang-orang kampung memandangnya tidak lebih dari sekadar seorang anak yang sering memalukan keluarga, sedang di KL kota lumpur kepalsuan, selalu saja masyarakat menyalahertikannya sebagai orang gila.
Maklumat lanjut pementasan di sini.
No comments:
Post a Comment