Tuesday, July 9, 2013

Teater Mengenang Kematian Dalam Tahanan




Pada bulan Julai 2009, terdapat dua kematian dalam tahanan berlaku di Negara ini. Seperti yang sedia maklum, pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) Ean Yong Hian Wah, Teoh Beng Hock mati ketika disoalsiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan R.Gunasegaran mati ketika berada di dalam lokap polis.

Menurut statistik badan bukan kerajaan Suara Rakyat Malaysia SUARAM, sejak tahun 2000 hingga Mei 2013 sudah terdapat seramai 218 orang mati ketika berada dalam tahanan. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2011, terdapat seramai lebih 1,500 orang mati dalam tahanan dalam tempoh tahun 2003 hingga 2007.

Memandangkan kes yang begitu banyak dan menjadi suatu perkara yang tidak asing lagi di Malaysia, sebuah kumpulan penggiat teater, Rumah Anak Teater akan mementaskan sebuah teater berjudul SELAK : SERAK. Pementasan itu akan berlangsung di panggung PJ Live Arts di Jaya One, Petaling Jaya pada 11-14 Julai 2013 ini. Terdapat lima pementasan sepanjang tempoh tersebut.

Pada Jun tahun lepas, Rumah Anak Teater telah berjaya mementaskan sebuah pementasan berjudul BENG HOCK di KL Performing Arts Centre (KLPac) dan di PenangPAC.

“Sambutan di kedua-dua panggung pementasan tersebut amat menggalakkan,” kata Faisal Mustaffa selaku Penerbit Eksekutif Rumah Anak Teater.

Akibat daripada permintaan yang amat menggalakkan itu, Rumah Anak Teater berhasrat untuk mementaskan sebuah naskah yang lain. Ianya bermain dengan isu-isu kematian yang berlaku semasa disoal-siasat dan ianya didedikasikan kepada Teoh Beng Hock.

SELAK : SERAK diarahkan oleh Pengarah Ayam Fared (28 tahun) bersama kolaborasi pelakon Lorna Hoong dan Khairil Ridzuan K’N.

Ketiga-tiga mereka amat teruja dengan projek pementasan ini kerana sedikit sebanyak menyumbang kepada kempen kesedaran tentang isu semasa terutama kepada kes yang melibatkan nyawa insan yang masih belum terbukti kesalahan. 10 peratus daripadahasil penjualan tiket ini akan disumbangkan kepada Tabung Membantu Keluarga Mangsa Mati Dalam Tahanan yang dikelolakan oleh kumpulan masyarakat sivil yang menggelar diri mereka Malaysians for Beng Hock.

Orang ramai boleh membeli tiket dengan menghubungi Box Office PJ Live Arts di talian 017-2BUY-TIX (0172289849) atau di pautan www.tix.my atau hubungi wakil Malaysians for Beng Hock di talian 01222658448.

Makumat lanjut mengenai pementasan ini. 

No comments:

Post a Comment