Monday, July 1, 2013

SELAK : SERAK Terima Keputusan Mahkamah Tinggi dan Mula Ubah PDRM



Mayat A. Kugan

TERJEMAHAN

Kenyataan Media SUARAM pada 1 Julai 2013

“Jika seorang pesalah itu boleh merayu, kenapa kerajaan tidak boleh?” ini kenyataan yang diberikan oleh Datuk Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri atas keputusan kerajaan untuk membuat rayuan terhadap keputusan tanda aras yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi minggu lalu. Kenyataan itu menunjukkan bagaimaa seorang Menteri Dalam Negeri sekarang berbicara mengenai hak asasi manusia dan kebebasan.

SUARAM ingin mengingatkan Menteri tersebut bahawa terdapat hak-hak lain yang beliau perlu sedar. Bagaimana pula dengan hak seseorang itu untuk hidup seperti yang termaktub dalam Artikel 3 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyebut “Tidak ada seseorang boleh mencabut nyawanya atau pun kebebasan dirinya berdasarkan undang-undang”? Adakah Menteri ini dan pihak berkuasa polis di bawah jagaan beliau sekarang tahu mengenai hak-hak sedemikian?

Hakim VT Singham telah memberikan satu keputusan tanda aras pada 26 Jun 2013 untuk saman sivil Kugan. Hakim Singham berkata Tan Sri Khalid Abu Bakar yang pada ketika itu Ketua Polis Selangor yang bertanggungjawab atas kematian Kugan empat tahun yang lepas dan mahkamah memerintahkan sejumlah RM851,700 buat ibunya, N. Indra kerana menyerang dan memukul, memeranjakan, kesakitan dan bebanan yang ditanggung. Selepas keputusan sedemikian, dia bersara.

Merayu dalam sebuah kes yang berkepentingan awam seperti kematian Kugan dalam tahanan polis yang mana jelas menunjukkan terdapat unsur-unsur ganas dan penyalahgunaan kuasa, ia menunjukkan bahawa kerajaan gagal untuk melihat kepada sentimen rakyat. Mayatnya dibawa terus dari sel lokap polis di USJ Taipan terus ke bilik mayat di Hopital Serdang pada 20 Januari 2009. Terdapat kesan dan darah dan buih keluar dari mulut mendiang.

Mengapa kerajaan tidak mengambil tanggungjawab ini dan bergerak terus untuk perubahan yang diperlukan buat Polis diRaja Malaysia? Kerajaan yang memerintah terus merudum dalam imej dan kredibiliti mata orang awam bahawa mereka akanmerayu atas keputusan mahkamah.

Pihak kerajaan dan polis sepatutnya menerima keputusan tersebut, dan mengambil tanggungjawab penuh atas kematian ketika berada dalam kawalan mereka.

No comments:

Post a Comment