Sunday, July 12, 2009

Siri Berbual Kosong 1 - FARED AYAM

RUMAH ANAK TEATER terdiri daripada beberapa orang anak muda yang masih sedang cuba untuk bertahan di Kuala Lumpur. Setakat ini, belum ada lagi yang putus harapan dan pulang ke kampung halaman. Mereka masih lagi kental atau sekurang - kurangnya bertahan seperti satu.

Jadi, untuk lebih mengenali anak - anak muda ini, RUMAH ANAK TEATER telah cuba bertanyakan beberapa soalan kepada mereka dalam entri SIRI BERBUAL KOSONG.

FARED AYAM
(Pengarah, Penulis)

RAT : So, cerita sikit pasal lu. Umur berapa, asal mana, belajar mana atau apa yang lu buat hari ini untuk cari makan? Atau dah berapa kali lu kecewa percintaan?

FARED AYAM : Umur hanyalah angka. Tak menjadi soal. Asal, Mersing Johor. Berdarah kacukan (Pan-Asian) dan hobi mengumpul setem, teater, puisi dan segala macam cabang seni sebagai laman cari makan hari ini (tu pasal selalu tak cukup makan hingga pernah hampir menjadi gigolo).

Tak pernah kecewa bercinta kerana tidak lagi percaya pada cinta. Hanya percaya pada sains dan teknologi sebagai modal pembangunan insani.

RAT : Apa kerja - kerja lu sebelum ni yang lu dah buat? Atau selama ni, lu banyak menyusahkan orang je?

FARED AYAM : Menemani ayah memburu di hutan tebal (hutan yang kecoh ada bigfoot tu) sejak umur 5 tahun. Menguruskan pekerjaan keluarga (memetik buah kelapa sawit) dan pernah hampir - hampir menjadi seorang marine engineer untuk MISC/Petronas (alhamdulillah tak kesampaian).

Juga telah banyak menyusahkan orang tanpa niat.

RAT : Setakat ni, yang mana satu kerja lu yang lu boleh gebang kat orang? Yang kalau orang kampung lu dengar, boleh bangga mengaku lu orang kampung diaorang.

FARED AYAM : Bersahabat dan pernah membawa Bob Zahiril serta Amerul Affendi, pelakon yang sedang hangat di pasaran (sila google untuk info) pulang bersama ke kampung halaman berjalan - jalan. Hnnsssss.... hhnnnnsss (hidung kembang kuncup kerana teruja)

RAT : Lu puas hati dengan kerja - kerja lu sebelum ni? Atau lu banyak tak puas hati dengan kerja orang je?

FARED AYAM : Belum pernah puas dengan kerja sendiri juga kerja orang lain. Mungkin kerana nafsu aku nafsu kuda liar (Mustang) yang susah untuk dipuaskan.

RAT : Apa lu nak dalam masa akan datang? Maksud gua, lu nak buat teater sendiri ke? Buat gig sendiri ke? Buat filem sendiri ke? Buat solo exhibition ke? Atau lu nak buat nametag bagi orang kenal nama lu dulu?

FARED AYAM : Nak buat pinjaman bank, nak beli tanah kat pulau, buat rumah lalu tinggal di situ bersama nature dan mati as a lonely old man yang happy.

RAT : Apa yang lu harapkan daripada atau kepada RUMAH ANAK TEATER? Lu nak RAT bagi belanja tiap - tiap bulan ke? Bayar sewa rumah lu ke? Atau lu nak kembangkan RAT jadi satu pergerakkan yang disegani oleh brader - brader tarik kereta? Apa?

FARED AYAM : Aku harap RUMAH ANAK TEATER akan betul - betul ada rumah tak lama lagi. Sapa ada rumah lebih tu, bagilah satu supaya RAT ni akan jadi satu gerakan yang mampu menarik balik kereta - kereta yang ditarik oleh brader - brader tarik kereta.

RAT : Baik, soalan untuk menguji lu layak jadi Perdana Menteri ke tak. Kenapa lu rasa sport rim 19" nampak smart dekat kereta BMW biru tentera laut?

FARED AYAM : Sorry, aku himbo (teruna bimbo). Soalan ini terlalu dalam untuk aku tafsir, apatah lagi menjawabnya. Tak tercapai akalku.


Stabil Untuk Siapa - Fared Ayam (Kredit untuk Ieja^bynks)


Metafora Dari Tuhan - Fared Ayam (Kredit untuk Ieja^bynks)




Dan akan datang, kita ada lagi anak - anak RAT yang lain.. Tunggu!!!

9 comments:

Shamimi Haniza said...

Sungguh menarik baca perbualan bersama encik ayam ni. Unik. Rasa macam nk berkawan lbh rapat ngn dia. Boleh ke? =)

mimiette said...

encik ayam memang unik orangnye! =)

beautiful.disgrace said...

kelakar la weh.. tp mesej sampai.. terima kasih..

Pegawai Khalwat said...

masih ingat kata-kata en. ayam malam KoKen pertama (bukan malam pertama), "sorilah kalau bodi gua tak cun".

Mungkin kali ni bodi dia cun.

Psss. gua bukan gay.

rumahanakteater said...

Tapi sayang, Ayam tak berlakon kali ni. Tidak ada lagi exhibitionnya. Haha!

Tapi kalau mahu boleh bayar lebih (belakang panggung)

beautiful.disgrace said...

uishh.. rosak akhlak..

tomoko said...

bile aku nk tgk ko berlakon ayam?

kongkek N Go said...

ayam bukan pelakon la..
haha

Anonymous said...

ketenangan hati yang mungkin sdg dicari hanya boleh diperoleh dgn mendekatkan diri pd Allah yg maha esa...Dialah yg memberi segala kepayahan, maka pada Dialah harus diminta untuk dipermudahkan segala urusan..

Post a Comment