Friday, July 23, 2010

SIDANG MEDIA "SHORT EYES"


Rumah Anak Teater (RAT) akan mengumumkan projek terbaru mereka melalui pementasan teater SHORT EYES karya Miguel Pinero.

Pementasan yang berbahasa Melayu ini arahan Fared Ayam dan Pengarah Artistiknya ialah Nam Ron.

Antara pelakon-pelakon yang akan menjayakan teater ini ialah Zahiril Adzim, Beto Kusyairy, Taiyuddin Bakar, Nam Ron, Amirul Affendi, Tayanithi, Khairunadzwan Rodzy, Khairil Ridzuan K'N, Kirin Muhamad, Hafizee Hatta dan Xavier Fong.

Maklumat lanjut mengenai pementasan ini boleh diperolehi di http://www.facebook.com/home.php?#!/event.php?eid=126792327352590

Sebelum sidang media, RAT melalui Projek Komuniti Kental (KoKen) akan menayangkan sebuah tayangan pementasan TANDA yang pernah diadakan di Kuala Lumpur Februari lalu.



Justeru itu, kami ingin menjemput pihak media untuk datang membuat liputan mengenai tayangan pementasan itu yang pernah menimbulkan kontroversi buat seketika waktu.

Butir-butir pementasan:

Tarikh : 24 Julai 2010

Tempat : Galeri Annexe, Pasar Seni, Jalan Hang Kasturi, KUALA LUMPUR

Masa : 4.00 petang - 6.00 malam



Persembahan teater ini berkonsepkan kolaborasi yang mengabungkan enam orang pengarah untuk mementaskan sebuah persembahan. Setiap pengarah akan mengarahkan sebuah cerita yang berkaitan dengan tema; iaitu alam sekitar dan kemusnahan alam yang berdurasi 15 minit setiap satu.

Setiap cerita pendek ini akan bercantum dengan teras utama cerita yang disampaikan dalam bentuk persembahan ensamble secara fizikal.

Pengarah Artistik bagi pementasan ini ialah Nam Ron.

Teater ini akan diarahkan oleh lima pengarah. Pengarah artistik bagi pementasan ini ialah Nam Ron.

Lebih daripada 20 pelakon akan menjayakan pementasan ini. Antaranya ialah Zahiril Adzim, Beto Kusyairy, Noris Ali, Dira Abu Zahar, Ameerul Affendi dan ramai lagi.

Maklumat lanjut berkaitan dengan pementasan ini boleh diperolehi daripad pautan http://www.facebook.com/home.php?#!/event.php?eid=110929445620031

Sebelum tayangan pementasan ini juga akan diadakan persembahan dari kumpulan Noris & The Bliss.


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Faisal 019-2232002.

No comments:

Post a Comment