Tuesday, January 18, 2011

KLPAC OPEN DAY: Tayangan GEDEBE Dan Ruang RAT



Bersempena dengan KLPAC Open Day pada 23 Januari 2011, Rumah Anak Teater akan menganjurkan beberapa program.


1. State of the Art Forum
Tempat: Indicine , KLPAC
Masa: 12 -1pm

Ayam Fared akan mewakili RAT bersama-sama Melissa Teoh dan U-EN Ng

2. Tayangan filem GEDEBE

Tempat: Indocine , KLPAC
Masa: 3.30 - 5pm
Kemasukan percuma

SINOPSIS

...Cassius seorang pengikut kumpulan skinhead tidak senang melihat ketuanya Ceaser yang cuba untuk menyatukan kumpulan skinhead dan punk. Cassius cuba menghasut Brutus yang merupakan orang kepercayaan Ceaser untuk turut serta bersamanya menentang Ceaser. Hanya ada satu jalan iaitu dengan membunuh Ceaser. Cassius memujuk Brutus untuk melaksanakan pembunuhan tersebut. Selepas diyakini oleh Cassius akhirnya Brutus bersetuju untuk membunuh Ceaser. Setelah segala perancangan telah diatur dan akhirnya Ceaser terbunuh, Namun mereka berdua telah ditahan oleh pihak berkuasa dan mereka telah disoal siasat di atas kematian Ceaser. Brutus menafikan bahawa dia yang membunuh Ceaser kerana ada orang lain yang telah membunuh Ceaser sebelum perancangan tersebut dilaksanakan. Dia menuduh Cassius yang melakukannya, sementara di Cassius pula menuduh Brutus. Persoalannya siapakah sebenarnya yang membunuh Ceaser? Apakah Brutus, Cassius atau pihak lain yang mempergunakan mereka?

Pelakon: Zul Huzaimy Marzuki, Ezendy Md Aziz
Sinematografi: James Lee
Arahan: Nam Ron
Penerbit: Amir Muhammad


3. Ruang RAT


Tempat: Lobi, KLPAC
Masa: 4 - 5pm
Kemasukan percuma

SUPERHERO ARJUNA

Sinopsis
Pengorbanan tanpa balasan.manusia menindas manusia,tulang rusuk adam kepada hawa.Lahir superhero yang ingin menyelamatkan hati kaum hawa yang telah kecundang dalam menempuh pentas dunia.Haris,lelaki yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan wanita dalam apa kjua musibah.”aku bukanlah superhero penyelamat Negara,tapi aku penyelamat hati wanita sengsara”

Senarai produksi
Pengarah : Naque Ariffin
Pelakon :
1. AIZAT AKMAL
2. FATANAH AMIRA
3. AMIRA ROSLI
4. ATIQAH ABU BAKAR


BACAAN PUISI dari artis-artis muda

a. Auf Abdul Razak
b. Atie
c. Seha
d. Fadlullah bersama Amir
e. JJ
f. Syuha
g. Mawi
h. syukor @ adam akashah

4. Barangan Rumah Anak Teater

Berikut ialah barangan-barangan yang ada dijual di meja box-office KLPAC:

a. DVD Teater Kompilasi Vol 1
b. DVD: TEATER TANDA
c. BUNYI RUNUT ASAL PROJEK KoKEN
d. DVD - GEDEBE
e. DVD - BANDUAN AKHIR DI SEL AKHIR

No comments:

Post a Comment