Tuesday, March 1, 2011

SHORT EYES: Taiyuddin Bakar sebagai Longshoe Charlie Murphy


SALLEHUDDIN ABU BAKAR @ Taiyuddin Bakar (26) seorang artis independen yang terlibat dalam banyak aktiviti seni termasuk filem, teater, siri tv dan filem pendek.

Terlibat sejak 2002, Taiyuddin sudah berlakon sebanyak 28 teater, 5 filem dan 25 siri tv dan filem pendek. Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam menyumbang suara dalam beberapa suara latar dalam kempen dan pengiklanan.

Antara teater yang pernah dilakonkan oleh Tai ialah Tun Abdul Razak The Musical (2008), Jebat Menderhaka (2007), Mak Yong (2004) dan Perempuan Seorang Lt Inggeris (2002). Selain Legasi di dalam Teater Kompilasi vol 2, pada tahun 2009 juga terlibat dalam teater Gelanggang dan Sirah Junjungan Tahajud Cinta.

Melalui filem, beliau pernah berlakon di dalam filem Libas (2009), Lu Pikirlah Sendiri de Movie (2008), Punggok Rindukan Bulan (2008), 1957 Hati Malaya (2007) dan Mokhsin (2006).

Tai terlibat dalam lakonan siri tv sejak 2003. Antaranya ialah Sayangnya Khalid (2003), Daerah Permai (2004), Anjakan (2005), Selamat Hari jadi Abah (2006), Anak Pontianak (2007), Misteri Penarik Becha (2008) dan Aca da Atuk (2009).

Taiyuddin yang juga seorang pengarah tujuh (7) pementasan teater pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik dalam Festival Teater Kuala Lumpur (2005) melalui pementasan Anak Bulan di Kg Wa’ Hassan. Beliau juga pernah dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di BOH Cameronian Awards.

Keterangan lanjut mengenai SHORT EYES.

No comments:

Post a Comment