Sunday, April 7, 2013

PENGURUS PENTAS M.BUTTERFLY: Nur Ameera Ramli




NUR AMEERA BT MOHD RAMLI 
Gadis berusia 27 tahun yang dibesarkan di Kuala Lumpur ini mula melanjutkan pelajaran dalam bidang lakonan di UiTM pada tahun 2004 dalam jurusan Diploma Seni Persembahan (Seni Lakon) sebelum melanjutkan pelajaran ke Jabatan Drama Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Muda (Pengarahan).
 
Sikap ramah dan mudah didekati beliau menyebabkan beliau banyak mendapat tawaran untuk berlakon dalam short film oleh para pelajar kursus skrin semasa di UiTM, walaupun beliau merupakan seorang pelajar teater. Bermula dengan teater SELENDANG JIWA, beliau kemudiannya terlibat dalam teater ALANG RENTAK SERIBU arahan Azhan Abd Rani sebagai pelakon dan teater MUZIKAL RAM, juga sebagai pelakon sebelum menyertai Festival Teater Selangor 2006 bersama THE ART STAGE CLUB (A.S.C) melalui teater AYAM JANTAN AYAM BETINA dan WAJAH LUMPUR sebagai WATI. Melalui watak WATI, beliau telah memenangi anugerah PELAKON WANITA TERBAIK bagi  Festival Teater Selangor 2007 dan Festival Teater Kebangsaan 2008.
 
Selain itu, beliau juga banyak terlibat dalam program mendeklamasi puisi sebagai penyajak, sebagai pekerja belakang tabir produksi teater dan terlibat sebagai korus dalam Teater URMI yang dipentaskan di Istana Budaya. Teater THE BIRDS merupakan penilaian beliau di Universiti Malaya yang dipentaskan di Auditorium Muzium Negara. Membawa watak Iskandar Muda di dalam pementasan MAK YONG TITIS SAKTI arahan Zizie Zulkifli yang dipentaskan di KLPAC. TANGAN KIRI AYAH adalah persembahan monodrama beliau yang telah berjaya di Festival Teater Selangor baru-baru ini dan terpilih untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. Terbaru beliau baru mementaskan teater KOMPILASI VOLUM 2 (LEGASI) di bawah Rumah Anak Teater (RAT).

Graduan Sarjana Muda ini pernah mengarah naskah “OOI YANG DI ATAS SANA” karya allahyarham Samoza untuk penilaian akhirnya di Universiti Malaya pada tahun 2010. Beliau juga banyak melibatkan diri di belakang tabir sebagai Pengurus Pentas bagi pementasan RANCANGAN HARI JADI TERHEBAT ADLI, SCANDALICIOUS ISSUE, SERANGAN PERTAMA ZOMBIE DI MALAYSIA, MEDEA, MUZIKAL UDA DAN DARA, MUZIKAL TERIMA KASIH CINTA, LAT KAMPUNG BOY SEBUAH MUZIKAL & PROJEK DISKO BALDI.

Sifat ingin tahu dan mencuba yang tebal dalam diri beliau kini membuatkan beliau beralih arah ke dunia tv/filem sebagai penolong pengarah/koordinator artis di PESONA PICTURES. Beliau baru sahaja selesai pembikinan filem PUTERA NEGARA arahan Shuhaimi Baba. Walaupun begitu berkarya di atas pentas masih lagi menjadi keutamaan beliau. Terbaru di dalam telemovie Aku Dia Dan Tong Sampah serta 90 Hari beliau mencuba posisi sebagai Penolong Penerbit. Beliau baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama 8 episod bertajuk Arka arahan Shuhaimi Baba sebagai coordinator artis/penolong pengarah(3). Selain itu beliau juga aktif berlakon antaranya di dalam teater Kawan Kawan Yang Kita Suka dan terbaru filem pendek Odah arahan Junad M. Nor.

Art is your personal diary where you may colour your thoughts and emotions on a page. –Sara, Los Cerros Middle School, 1999.









No comments:

Post a Comment