Mohd Haizal Yatiran bekas
pelajar Lakonan & Pengarahan di Universiti Sains Malaysia. Bergiat aktif
dalam lakonan dan pengarahan pentas semasa pengajian dan dua hingga tiga tahun
selepas tamat pengajian. Pernah terlibat dalam beberapa produksi teater di
Pulau Pinang sebagai pengarah dan pelakon. Biasa juga terlibat dalam beberapa
pementasan teater eksperimental, Mak Yong, Bangsawan, Wayang Kulit dan Kuda Kepang. Pernah berlakon
dalam teater eksperimental bertajuk “Arah”, teater “Harga Sebuah Maruah”, dalam
Mak Yong berjudul “Anak Raja Gondang” dan pernah menjadi tok dalang dalam
sebuah persembahan wayang kulit. Pernah berlakon dalam drama “Layang-Layang
Terputus Talinya” dan “Gerak Khas – Marin”. Sebagai pengarah, beliau
mengarahkan pementasan projek akhir bertajuk “Si Bongkok Tanjung Puteri”. Juga
aktif dalam teater dan persembahan jalanan.
Tersedar bahawa ‘pementasan
drama’ sebenar wujud di luar pentas drama teater, beliau menjerumuskan diri
dalam bidang kemasyarakatan sebagai ahli produksi sepenuh masa. Bertindak
sebagai pemerhati, pengkritik, aktivis dan hamba abdi dalam drama sebenar
masyarakat menjadi pekerjaan tetap beliau sehingga masa biodata ringkas ini
ditulis. Agar tidak menjadi seorang yang kelihatan poyo, beliau meneruskan
kerja sebagai yang dinyatakan di atas.
Pementasan bengkel: 14-16 Februari 2013
Pementasan penuh: 24 & 25 Mei 2014