Wednesday, January 8, 2014

Pelakon AWEK CHUCK TAYLOR



Sulaeman Akbar, dilahirkan di Jakarta, Indonesia. Beliau mula aktif dalam kesenian di Indonesia pada 1999 bersama Taring Padi sehingga 2004. Pertama kali ke Malaysia pada 2004 bagi mengadakan projek kolaborasi Samaprojek://Taring Padi_Exhibition dalam Woodcut Exhibition Tour bersama beberapa kolektif seni Malaysia.

Beliau telah aktif dengan aktiviti seperti Food Not Bombs Kuala Lumpur dan melibatkan diri dalam teater Bilik Sulit arahan Hishamuddin Rais (2005).  Sulaeman telah melibatkan diri dalam persada seni kontemporari Malaysia dan menghasilkan karya seni persembahan (sebut;performance art) mulai  tahun 2005 pada festival Notthatbalai (Kuasa Tinggi) dan StopOver International Performance Art (Japan-Singapore-Malaysia). Seterusnya, beliau telah mengikuti acara SatuKali  International Art Performance dan 2007 Festival Notthabalai (Sama-Sama).  Pada 2010 beliau juga telah mengadakan performance di acara pembukaan MapKL, Solaris Dutamas dan seterusnya mengadakan performance di Buka Festival, Kompleks One Utama dan Buka Jalan International Art Performance Festival.  Pada 2013, beliau mengikuti acara seni komuniti di Padang Jawa iaitu Street Art Festival Padang Jawa dan terakhir Art Exchange Malaysia-Indonesia Population: In or Out.

Sejak dari tahun 2008, selain dari bidang kesenian, beliau juga konsisten dan fokus dalam perkebunan permaculture dan organik. Sekarang ini beliau sedang membangun kesadaran awam tentang pentingnya makanan organic, sihat dan menanam sendiri makanan khususnya perkebunan di kawasan bandar dan berlahan terbatas atau sempit. Dalam membangung jaringan pekebun kota muda Malaysia dan Indonesia.

No comments:

Post a Comment